Air jagung ketagih sememangnya resepi air viral yang sedap hingga menyebabkan orang ingin minum berulang-ulang kali. Kali ini kami akan kongsikan resepi air jagung ketagih yang lebih power, bukan sahaja ada jagung malahan ada tambahan laici dan cincau. Rasa sekali pasti nak lagi!
Air minuman sedap daripada air rebusan goji berry, kurma merah dan longan kering dengan 1001 khasiat untuk kesihatan wanita dan juga lelaki. Resepi air kurma merah dan longan beserta goji berry ini adalah perkongsian daripada Dr. As Zulqa.
Resepi air barli dan kurma merah minuman sedap berkhasiat untuk tubuh badan. ‘Ubat’ demam sedap yang mujarab kerana air barli dapat sejukkan badan dan menurunkan suhu badan panas demam.
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF Youtube (klik subscribe) FB Page (klik like & follow) FB Group (klik join group) Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Cara masak air barli mudah bersama kurma merah kena lihat video sampai habis. Resepi air barli viral ini bagus untuk kesihatan tubuh badan kerana tiada sebarang campuran gula putih. Dengan kos yang sangat murah, air barli memberikan 1001 khasiat dan kelebihan pada kita.
Selain boleh dijadikan ‘ubat’ demam sedap, air barli juga banyak khasiat lain.
1] Air barli untuk kencing kotor
2] Air barli untuk batu karang
3] Air barli untuk kencing manis
4] Air barli untuk pesakit buah pinggang
4] Air barli untuk ibu hamil
5] Air barli untuk batuk
6] Air barli untuk gastrik
7] Air barli untuk kolesterol
8] Air barli untuk gout
9] Air barli untuk diet
BAHAN-BAHAN
-200g barli
-100g kurma merah
-1.5 liter air
-madu (secukup rasa)
Selain dijadikan minuman sedap yang berkhasiat, air barli juga sesuai sebagai air detox. Boleh dijadikan salah satu resepi air berbuka puasa yang dapat mengembalikan tenaga dan bagus untuk detox tubuh selepas seharian badan kita berehat dari makan minum.Air barli dengan khasiat 2 in 1 yang mana menghilangkan dahaga dan menjaga kesihatan tubuh badan kita.
Mesti ramai yang tercari-cari resepi nasi lemak guna sukatan cawan dan cara buat nasi lemak berderai-derai. Kali ini sis akan kongsi cara buat nasi lemak berderai-derai dan menggunakan sukatan cawan. Ketiga-tiga video ini adalah Resepi Nasi Lemak As Zulqa.
Boleh rujuk ketiga-tiga video di bawah kerana asa antara video ni sis kongsi resepi nasi lemak santan kotak @ nasi lemak guna santan kotak. Tapi jika tiada masa nak masak sendiri nasi lemak, beli sahaja nasi lemak mcd.
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF Youtube (klik subscribe) FB Page (klik like & follow) FB Group (klik join group) Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
A] RESEPI SAMBAL NASI LEMAK PALING SEDAP & CARA MASAK NASI LEMAK
Kita selalu makan atau masak ikan keli bakar kan, tapi resepi ikan keli bakar berempah kali ini sudah semestinya lain dari yang lain. Bak kata orang, sekali rasa pasti nak lagi.
Selain dibuat bakar, antara resepi lain berasaskan ikan keli yang boleh dicuba ialah ikan keli bakar berlada, ikan keli bakar air asam, ikan keli masak berlada, ikan keli masak lemak cili api, ikan keli goreng rangup, ikan keli masak sambal, ikan keli masak berlada hijau, ikan keli sambal hijau, ikan keli goreng berempah.
Antara banyak-banyak cara membakar ikan keli seperti bakar guna arang, oven, air fryer atau pemanggang ajaib, kali ini sis pilih guna pemanggang ajaib sebab ikan keli akan lebih ‘moist’ jika dibandingkan dibakar guna oven.
BAHAN KISAR -1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-3 tangkai cili kering
-1/2 sudu besar serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari
-1 sudu besar biji ketumbar
-1 sudu besar jintan manis
BAHAN LAIN
-5 ekor ikan keli (dikelar)
-1 keping asam keping
-1 sudu besar gula
-2 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK 1.Panaskan minyak masak & masukkan kesemua bahan kisar
2.Kacau sebati seketika
3.Kemudian masukkan asam keping, gula & garam bukit
4.Kacau seketika & apabila rempah sudah sebati masukkan kesemua ikan keli
5.Masak ikan keli kurang dari 5 minit (biar keli separuh masak sahaja)
6.Tutup api
7.Sediakan pemanggang ajaib & pindahkan ikan keli dari periuk ke pemanggang ajaib
8.Bakar @ panggang keli hingga masak
9.Tutup api & bolehlah dihidang panas
Selain sedap dibakar atau dipanggang, ikan keli juga sedap dimasak berlado (ikan keli masak berlada)
Ikan keli berlado @ Resepi ikan keli berlada yang bila makan buat nasi tambah berpinggan-pinggan. Tak rugi tengok video Ikan KELI berlado ni sampai habis sebab dalam video ni ada banyak petua, tips & cara:
1) petua dan cara bersihkan Ikan KELI supaya tak hanyir
2) cara dan petua siang Ikan KELI untuk hilangkan hanyir
3) tips dan petua goreng Ikan KELI tak meletup dan tak melekat di kuali
BAHAN-BAHAN A] Ikan keli goreng garing
-5 ekor keli
-serbuk kunyit
-garam
-tepung beras
B] Sambal berlada @ sambal berlado
-7 cili merah (dikisar kasar)(*boleh lebihkan jika suka pedas)
-15 cili api (dikisar kasar) (*boleh lebihkan jika suka pedas)
-2 bawang merah besar (dikisar kasar)
-5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
-1 bawang merah besar (dihiris membulat)
-asam jawa + air
-gula
-garam
BAHAN UNTUK BERSIHKAN IKAN KELI
-tepung gandum
-asam jawa
*boleh juga gunakan limau kasturi @ limau nipis
Antara resepi kuih muih orang lama yang sedap & sentiasa diminati adalah Kuih Bakar Pandan atau kuih bakar Kemboja. Rasanya yang lemak manis, bila digigit garing diluar tapi lembut dan kenyal di dalamnya. Sangat sedap dibuat minum petang bersama kopi O panas atau teh O panas. Bahan-bahannya ringkas & kebanyakannya bahan kebiasaan yang ada di dapur.
Selain sedap dibuat minum petang, sentiasa juga dicari bila tiba bulan puasa. Kalau tak berkesempatan ke bazaar ramadhan, tambahan musim-musim covid19 ni….follow je resepi kuih bakar pandan sukatan cawan ni, confirm menjadi kalau ikut teknik yang betul seperti yang ditunjukkan. Resepi viral mudah dan sedap kuih bakar tradisional seperti di bawah:
Resepi nasi kali ini adalah nasi ayam ayam penyet, yang asalnya dari Indonesia tapi sudah menjadi resepi nasi kebiasaan di Malaysia juga. Dengar nama sambal ayam penyet pun dah kecur air liur dibuatnya….apatah lagi jika memasaknya. Belum sempat masak pun dah kecur air liur tengok ayam penyet dan sambal ayam penyet. Lihat video sampai habis untuk dapatkan tips dan petua hasilkan bumbu yang banyak dan sedap dimakan bersama ayam penyet.
Nasi lemak SPECIAL extra sedap, extra aroma wangi, extra tips dan PETUA menyedapkan lagi nasi lemak akan kami kongsikan di sini. Resipi nasi lemak sedap bertambah-tambah lagi sedapnya bila dihidang dan dimakan di atas daun pisang. Wangi dan lembut je nasi lemak resepi viral mudah dan sedap ni.
Teknik dan CARA SUKAT air dan santan perlulah betul supaya nasi lemak masak lembut dan cantik berderai-derai juga tidak melekat. Cara masak nasi lemak berderai cara orang lama ni senang untuk dipraktikkan, tambahan lagi memasaknya menggunakan rice cooker sangatlah memudahkan kerja. Teknik dan cara masak nasi lemak sukatan cawan digabungkan dengan cara orang lama sukat air dan santan menggunakan ruas jari sahaja….kena tengok video sampai habis supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Cara sukatan nasi lemak guna cawan, perlulah menggunakan saiz cawan yang sama untuk menyukat santan dan air (untuk resepi nasi lemak pandan ini, kita guna air pandan). Untuk sukatan nasi lemak santan kotak, untuk resepi nasi lemak special ini…gunakan 1 setengah cawan santan kotak yang ditambah dengan satu setengah cawan air menjadikan jumlah santan 3 cawan.
Walaupun zaman beredar, resepi nasi lemak tradisional sentiasa dicari-cari. Mungkin ramai yang terkenangkan nasi lemak air tangan ibu yang sedap tu. Korang boleh sesuaikan bahan ikut selera masing-masing, mungkin ada tambahan bahan lain atau taknak masukkan bahan yang kami gunakan terpulang pada citarasa korang, yang penting teknik dan cara masak perlu betul supaya nasi lemak yang dimasak sedap dimakan, tak lembik & tidak melekat.
Resepi nasi lemak kali ini kami gunakan air daun pandan menjadikan ia nasi lemak pandan yang wangi berwarna hijau semulajadi dari ekstrak daun pandan. Tiada sebarang tambahan pewarna hijau sudah cukup terserlah nasi lemak hijau pandan nya. Ditambah lagi aroma dari satu bahan tambahan lain, menjadikan nasi lemak ini special extra aroma semerbak wanginya. Bertambah extra wangi bila keluar je nasi lemak panas dari rice cooker terus dihidang ke atas daun pisang. Dah jadi nasi lemak pandan halba daun pisang….wangi semerbak, lembut dikunyah bersama sambal nasi lemak, telur rebus, timun dan bahan lain seperti ikan bilis dan kacang tanah goreng. Jika tak suka air daun pandan atau tiada stok daun pandan, masih boleh jadikannya nasi lemak wangi dengan hanya meletakkan halba…maka jadilah nasi lemak halba. Tapi jangan letak terlalu banyak, takut jadi pahit pula nasi lemak…letak sedikit sahaja…cukup untuk membangkitkan aroma wangi nasi lemak halba tu.
Selain membangkitkan lagi aroma wangi nasi lemak, dikatakan tips supaya nasi lemak lebih tahan lama dan tidak cepat basi adalah dengan memasukkan halba ke dalam nasi lemak.
BAHAN-BAHAN Nasi Lemak Pandan Halba Special
-6 pot beras
-3 cawan santan
-3 cawan air pandan
-1 biji bawang merah besar (hiris mayang)
-2 inci halia (hiris mayang)
-1 sb minyak masak -1 st garam
-halba
Juga ada bonus resepi ayam goreng kari simple. Selalunya nasi lemak lagi sedap makan dengan ayam goreng berempah, tapi kalau nak cepat dan kesuntukan masa bolehlah cuba resepi ayam goreng kari simple ni. Memang boleh menambah selera dan menambah pinggan nasi lemak dibuatnya nanti.
BAHAN-BAHAN Ayam Goreng Kari -4-5 ketul ayam
-5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
-2 inci halia (ditumbuk lumat)
-2-3 sb serbuk kari ayam
-1 sb tepung beras
-garam
*kalau ada daun kari boleh letak sekali…lagi sedap!
Untuk resepi sambal nasi lemak sedap, cara masak sambal nasi lemak cantik warna merah gelap dan pecah minyaknya sempurna boleh klik sini .
Resepi kari ikan sugu pavithra nampak seperti kari ikan mamak & indian style. Cara masak kari ikan sugu pavithra ini nampaknya berlainan dari kari ikan melayu kerana kari ikan sugu pavithra ada banyak step yang perlu diikuti, cara memasak juga lain. Kena hafal step tu, kalau tak biasa boleh terlupa stepnya.
Sis tak pasti samada resepi ini adalah sama seperti resepi kari ikan mamak atau tidak. Yang pastinya berbeza dengan resepi kari kepala ikan pekat yang sis pernah share kat bawah ni
Kari ikan cara Sugu Pavithra ni bagi sis agak rumit sebab banyak step & bahan, lagi satu sis tak biasa masak kari Indian style sebelum ni. Agaknya kalau memang dah biasa buat takdelah susah manapun kan. Bak kata omputih “practice makes perefect”
Berbezanya kari ikan cara Sugu Pavithra ni dengan kari ikan yang biasa sis masak ialah, kari ikan stail India ni perlu memasukkan tomato dan terung terlebih dahulu di awal proses memasak. Kalau kebiasaannya kari ikan yang kita masak…tomato dan terung akan dimasukkan di akhir sekali proses memasak. Kaedah memasaknya memang berlainan.
Sis menggunakan ikan bawal, ikan lain yang sedap dimasak kari ialah kari ikan tenggiri, kari ikan tongkol, kari ikan kembung, kari ikan pari, kari ikan merah, kari ikan mayong dan boleh disesuaikan dengan ikan lain juga ikut kesukaan masing-masing. Ikan bawal masak kari memang kegemaran keluarga sis. Untuk lebih faham tengok resepi dan cara masak kari ikan Indian style di bawah
BAHAN-BAHAN kari ikan -2 ekor ikan bawal emas (dipotong)
-4 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
-1 biji bawang merah besar (dihiris)
-1 labu bawang putih (dihiris) -1 sudu besar halia ditumbuk
-1 sudu besar halba campur
-air asam jawa (setengah kepal asam jawa dicampur dengan sedikit air)
-3 tangkai daun kari
-2 biji tomato dibelah -3 biji terung bulat (dibelah & direndam dalam air garam cara sugu pavithra bagi mengelakkan terung bertukar warna -3 tangkai cili hijau (dibelah dua) -9 bendi -santan kotak (nak guna santan segar pun boleh) -daun ketumbar (sebagai hiasan)
CARA MASAK KARI IKAN cara Sugu Pavithra
1.Panaskan minyak dan masukkan halba campur
2.Kemudian masukkan bawang merah & bawang putih…kacau
3.Bila bawang dah naik bau masukkan cili hijau & halia yang telah ditumbuk…kacau
4. Masukkan dauk kari bersama tangkainya sekali (kari ikan cara sugu pavithra)
5.Masukkan tomato, kemudian masukkan bendi…kacau
6.Masukkan bancuhan serbuk kari…kacau sebati
7.Masukkan air secukupnya
8.Masukkan air asam jawa 9.Masukkan sedikit santan (jangan banyak sangat)
10.Masak dan kacau sehingga ia mendidih
11.Dah mendidih masukkan bendi kemudian perasakan dengan garam
12.Masukkan kesemua potongan ikan 13.Kacau perlahan-lahan sahaja supaya ikan tidak hancur
14.Masaklah sehingga ikan betul-betul masak & sebati dengan kuah kari
15.Akhir sekali taburkan daun ketumbar sebagai hiasan juga penambah rasa
16.Siap untuk dihidang!
Boleh juga rujuk resepi kari ikan pekat likat sedap yang biasa sis masak kat rumah macam video kat bawah ni….yang ni memang terangkat bila makan! Makan dengan nasi panas sodap, cicah dengan roti canai pon sodap…musim-musim lockdown 3.0 ni boleh goreng roti paratha segera tu then cicah dengan kari ni…makan tak berganjak jawabnya!
*BLENDED INGREDIENTS -1 red onions -3 cloves garlic -1 inch ginger -5 tbsp fish curry powder -water
HOW TO COOK fish curry 1.Heat cooking oil in a medium sized pot. 2.Add mix fenugreek & curry leaves and let them splutter briefly 3.Fry red onion and garlic in hot oil until soft 4.Add blended ingredients and keep stirring until the oil separates 5.Add tamarind paste 6.Add water and bring to a boil 7.Pour in coconut milk 8.Season with salt 9.Add fish and let it cook for a while 10.Once the fish is cooked, add lady finger and tomato 11.Cook for 10 seconds then turn off the heat 12.Immediately cover the pot with a lid 13.Done!
Memandangkan nasi lemak adalah makanan kesukaan rakyat Malaysia yang selalunya dimakan sebagai sarapan pagi…namun disebabkan kesedapannya, sekarang nasi lemak Malaysia boleh didapati tidak kira waktu samada sebagai menu sarapan pagi, menu makan tengahari mahupun menu makan malam. Jadi saya akan kongsikan resipi nasi lemak & sambal nasi lemak paling sedap beserta tips & petua masak sambal cantik pecah minyak berwarna merah gelap beserta tutorial cara masaknya sekali. Berikut adalah feedback daripada mereka yang telah memasak nasi lemak dan sambal nasi lemak seperti yang saya kongsikan di Youtube.