aszulqa.com

3 Scrub Muka Untuk Kulit Kering

TAHUKAH ANDA ADA 3 SCRUB MUKA BOLEH DIGUNA UNTUK KULIT KERING?

Ramai orang yang berkulit kering berasa was-was untuk menggunakan scrub muka. Ini kerana penggunaan scrub dikhuatiri akan mengeringkan lagi kulit yang sedia kering. Tapi jangan risau, masih ada scrub yang sesuai digunakan untuk kulit kering.

Scrub Oat + Yoghurt + Madu


Cara Buat & Cara Guna:
Campurkan bahan – bahan Oat + Yoghurt + Madu, kemudian kacau sehingga sebati. Scrub ini boleh dipakai seminggu sekali. Kesemua bahan-bahan bersifat lembut pada kulit kering. Scrub ini boleh menanggalkan sel-sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru. Selepas menggunakan scrub ini, disarankan memakai serum yang berfungsi untuk menghidratkan & melembapkan kulit muka semula.

 

Read more

RESEPI UNTUK KULIT CANTIK

Kali ini kami akan kongsikan resepi untuk kulit cantik, kerana kulit yang cantik juga berkait rapat dengan pola pemakanan dan gaya hidup seharian kita. Pola pemakanan yang sihat amatlah disarankan kerana ia mempengaruhi keadaan kulit muka kita.

RESEPI ini sangat mudah, easy peasy 😉

OVERNIGHT OAT lah jawapannya.

Bahan-bahan resepi kecantikan overnight oat
1.susu segar
2.oat
3.yogurt
4.madu
5.chia seed
6.buahan potong boleh pilih macam pisang, kiwi, strawberry, delima, berries…macam-macam lagi ikut kesukaan masing-masing

Nak lagi sedap boleh juga tambah kismis/ choc chips/ kekacang.

Easy peasy cara buatnya
*masukkan kesemua bahan di dalam botol & biarkan di dalam peti semalaman. Esok dah boleh makan! Nyummmmmm

Rugi sangat kalau anda tak try resepi untuk kulit cantik yang easy peasy ni ;))

KENAPA PAKAI SKINCARE TAK BERKESAN?

Kenapa pakai skincare tak berkesan?

Itu pertanyaan biasa bila kita cuba banyak skincare tetapi seakan-akan kesemua skincare itu tak berkesan pada kulit muka kita.

Sebenarnya, selain produk skincare,
ada banyak faktor lain juga mempengaruhi keadaan kulit muka.

Sebab-sebab skincare tidak berkesan:

  • Pencemaran udara & pencemaran sekeliling
    Contoh asap kenderaan, asap rokok

 

  • Tabiat pemakanan
    Cth Suka makan fastfood ke suka makan wholesome real food, Makan Sayur or buah-buahan ke tak

 

  • Gaya hidup/ lifestyle
    Cth selalu tidur lewat malam atau tak cukup waktu rehat, suka bersenam atau memang tak pernah bersenam, suka makan or beli kat kedai ke masak sendiri sebab makan kat kedai selalunya ajinomoto/MSG tu tak boleh nak elak dll

 

  •  Hormon
    Selalunya lepas bersalin atau usia makin meningkat akan ada perubahan pada hormon tubuhbadan kita

 

  • Skincare yang pernah dipakai sebelum ini
    Adakah skincare itu jenis natural based atau jenis yang banyak bahan sintetik, atau lagi memburukkan keadaan pernah tersalah pakai produk timbang kilo kati

 

  • Rutin Harian penjagaan kulit muka
    Rutin penjagaan yang salah cth kita tak bersihkan mekap dengan betul & tak buat double cleansing… maka senanglah pori-pori muka tersumbat. Keluar rumah tak pakai sunblock/ UV protector memang saja nak jemput cik jeragat bertandang lagi 2,3 tahun akan datang dll

 

  •  Stress/ tekanan
    Cth stress dengan kerja, stress bercinta, stress dengan hidup dll

 

Cuba kita perhatikan kesemua faktor di atas. Analisa & cari punca kenapa kulit muka kita ni banyak sangat masalah nya. Dah letih pakai macam-macam tapi macamtu jugak. Kesemua faktor kat atas tu memang sangat berkait rapat antara satu sama lain.

Alah, samalah macam kita dengan adik beradik kita… ada pertalian darah kan. Gitulah juga pertaliannya antara kesemua faktor di atas dengan keberkesanan produk skincare yang kita pakai.

Pendek kata nak kulit muka yang sihat & cantik ni bukan sekadar kena tepek-tepek aje dah settle. Semua aspek kena jaga & kena teliti.

Kulit muka kita, hanya kita yang lebih mengenalinya.

Lain lah kalau kita memang sanggup spend untuk consultation dengan pakar kulit muka… haaa, itu lain ceritalah.


Dr. As Zulqa

 

Read more

Scroll To Top