aszulqa.com

IKAN KELI BAKAR BEREMPAH: Lain Dari Yang Lain, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

Kita selalu makan atau masak ikan keli bakar kan, tapi resepi ikan keli bakar berempah kali ini sudah semestinya lain dari yang lain. Bak kata orang, sekali rasa pasti nak lagi.

Selain dibuat bakar, antara resepi lain berasaskan ikan keli yang boleh dicuba ialah ikan keli bakar berlada, ikan keli bakar air asam, ikan keli masak berlada, ikan keli masak lemak cili api, ikan keli goreng rangup, ikan keli masak sambal, ikan keli masak berlada hijau, ikan keli sambal hijau, ikan keli goreng berempah.

Antara banyak-banyak cara membakar ikan keli seperti bakar guna arang, oven, air fryer atau pemanggang ajaib, kali ini sis pilih guna pemanggang ajaib sebab ikan keli akan lebih ‘moist’ jika dibandingkan dibakar guna oven.

BAHAN KISAR
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-3 tangkai cili kering
-1/2 sudu besar serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari
-1 sudu besar biji ketumbar
-1 sudu besar jintan manis

BAHAN LAIN
-5 ekor ikan keli (dikelar)
-1 keping asam keping
-1 sudu besar gula
-2 sudu teh garam bukit

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak masak & masukkan kesemua bahan kisar
2.Kacau sebati seketika
3.Kemudian masukkan asam keping, gula & garam bukit
4.Kacau seketika & apabila rempah sudah sebati masukkan kesemua ikan keli
5.Masak ikan keli kurang dari 5 minit (biar keli separuh masak sahaja)
6.Tutup api
7.Sediakan pemanggang ajaib & pindahkan ikan keli dari periuk ke pemanggang ajaib
8.Bakar @ panggang keli hingga masak
9.Tutup api & bolehlah dihidang panas

Selain sedap dibakar atau dipanggang, ikan keli juga sedap dimasak berlado (ikan keli masak berlada)

Ikan keli berlado @ Resepi ikan keli berlada yang bila makan buat nasi tambah berpinggan-pinggan. Tak rugi tengok video Ikan KELI berlado ni sampai habis sebab dalam video ni ada banyak petua, tips & cara:
1) petua dan cara bersihkan Ikan KELI supaya tak hanyir
2) cara dan petua siang Ikan KELI untuk hilangkan hanyir
3) tips dan petua goreng Ikan KELI tak meletup dan tak melekat di kuali

BAHAN-BAHAN
A] Ikan keli goreng garing
-5 ekor keli
-serbuk kunyit
-garam
-tepung beras

B] Sambal berlada @ sambal berlado
-7 cili merah (dikisar kasar)(*boleh lebihkan jika suka pedas)
-15 cili api (dikisar kasar) (*boleh lebihkan jika suka pedas)
-2 bawang merah besar (dikisar kasar)
-5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
-1 bawang merah besar (dihiris membulat)
-asam jawa + air
-gula
-garam

BAHAN UNTUK BERSIHKAN IKAN KELI
-tepung gandum
-asam jawa
*boleh juga gunakan limau kasturi @ limau nipis

 

ROTI GARDENIA RESEPI > Resepi Roti Cheese Cendawan

Biasanya roti gardenia kita buat breakfast sapu mentega, jem atau kaya. Nak lebih sedap buatlah roti bakar. Tapi kalau hari-hari roti disapu mentega, jem atau kaya pun bosan juga ye.

Roti gardenia ni sebenarnya banyak resepi yang kita boleh olah jadikan ia sebagai menu sarapan pagi mahupun menu minum petang. Bagi yang masih mencari-cari roti gardenia resepi bolehlah klik link ni , ada 6 roti gardenia resepi yang telah diolah oleh As Zulqa.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Resepi ke-6 roti gardenia resepi iaitu roti cheese cendawan ini sangat sedap & rangup bila digoreng. Tak memerlukan masak yang lama untuk menggoreng kerana roti goreng ini senang garing. Roti goreng cendawan cheese boleh disimpan di dalam peti atau difrozenkan untuk tahan lama…jadi bila terasa nak makan just ambil dan goreng…siap sudah tersedia untuk menu breakfast juga sesuai untuk menu minum petang. Anak-anak pasti suka sebab ada cheese tarik nanti. Selalunya resepi viral mudah dan sedap~ roti cheese pasti disukai seisi keluarga.

 

BAHAN-BAHAN roti cheese cendawan poket sandwich
A) Roti keping sandwich
B) Bahan inti Cendawan Cheese
-7 cendawan shitake (potong dadu)
-1/2 batang carrot (potong dadu)
-1 genggam daun sup (dihiris)
-5 keping cheese cheddar
-mozarella cheese
-150g daging kisar @ minced beef
-1/2 biji bawang holland (potong dadu)
-7 ulas bawang putih (potong dadu)
-1 susu besar tepung gandum
-garam

 

CARA PENYEDIAAN
1.Mula-mula masak dulu inti cendawan cheese
2.Panaskan minyak dan masak daging kisar
3.Kemudian tumis bawang holland & bawang putih hingga layu
4.Masak cendawan & carrot

 

5.Masukkan susu segar
6.Masukkan kepingan cheese & kacau sebati
7.Masukkan tepung gandum untuk memekatkan masakan
8.Masukkan garam
9.Masukkan hirisan daun sup & kacau sebati
10.Tutup api & biarkan sejuk
11.Ambil kepingan roti & guna cawan@gelas untuk tekan dan potong bentuk bulat
12.Ambil satu potongan bulat dari roti tadi kemudian letakkan sedikit mozzarella cheese & 1 sudubesar inti cendawan cheese
13.Tutupkan inti tadi dengan potongan bulat roti yang lain
14.Tekan-tekan bahagian bulat tepi roti supaya kemas tertutup
15.Kemudian ambil garfu & tekan bahagian bulat tepi roti supaya ada pattern dan kemas tertutup 16.Dah siap bolehlah digoreng dengan api perlahan (jangan guna api besar nanti cepat hangus rotinya)
17.Sedia dihidang!

 

Untuk lebih faham kami sudah sediakan video cara buat roti cheese cendawan ni

Jika suka resepi ni, bolehlah di share di wall korang supaya tak hilang bila nak guna nanti. Selamat mencuba!

Scroll To Top