aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN BANGI RESORT HOTEL

Buffet ramadan Bangi Resort Hotel yang sis terkenang-kenangkan 3 tahun yang lepas sebelum wabak covid19 melanda. Sebenarnya, ini bukan kali pertama sis ke buffet ramadan Bangi Resort Hotel, sebelum PKP sis pernah ke ramadan buffet hotel ni 3 kali, sekitar tahun 2018 dan 2019. Jadi boleh dikatakan buffet ramadan Bangi Resort Hotel ni memang sedaplah tahun 2018 & 2019 dulu.

Dahulu hotel ini dikenali sebagai Bangi-Putrajaya Hotel dan sis pun tak pasti sejak bila ditukar nama kepada Bangi Resort Hotel.

Walaupun resort hotel ni bertaraf 5 bintang tapi harga buffet ramadan bawah RM100, masih mampu milik. Jangan pula tertukar dengan Bangi Golf Resort, memang tak sama walaupun Bangi Golf Resort cuma terletak bersebelahan dengan Bangi Resort Hotel ni. Boleh baca food review Iftar Ramadan 2022 Bangi Resort Hotel ni kat bawah ye.

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Iftar ramadan hotel ini berlangsung di Funtasia, ground floor. Ruang makan buffet memang luas dan besar. Jadi selesa dan tidak bersesak. Antara menu buffet ramadan Bangi Resort Hotel termasuklah menu masakan kampung, western food, kambing bakar, satay, soup station, bubur lambur, kek, puding dan kuih muih tradisional melayu, pop corn, cotton candy, serawa durian dan pengat pisang, buah-buahan tempatan, assam laksa dan mee kari, pelbagai kerabu, air balang dan hot drinks. 

Oh ya! parking tak perlu risau sebab depan resort hotel ni memang open parking dan percuma je untuk guest. Lepas paking terus walk in ke Bangi Resort Hotel sebab sama level kemudian turun tangga ke ground floor untuk ke Restoran Funtasia.

 

Dessert tahun ni kurang banyak berbanding buffet ramadhan sebelum PKP hampit 50% kurang rasanya. Tahun 2018 dan 2019 buffet ramadan di sini sangatlah meriah banyak pilihan dessert terutamanya kek sampai tak termakan waktu tu. Antara sebab sis nak repeat makan di sini adalah mengingatkan dessert dan kek nya yang bukan sahaja banyak tapi kek premium yang sedap-sedap belaka. Tahun ini kek yang ada cuma kek basic sahaja dan ada yang terlebih manis. 

Antara kuih muih tradisional yang disajikan adalah sagu gula melaka, kuih ketayap, kuih lopes, karipap, pulut kelapa, kuih seri muka, talam keladi, talam ubi kayu dan lain-lain. Selain kuih muih tradisional ada juga 2-3 jenis puding.

 

Pencuci mulut lain seperti serawa durian dan pengat pisang pun ada. Cuma sis kecewa sebab rasa serawa durian yang cair tidak berasa duriannya, sudah tidak sedap seperti dulu. Kalau sebelum PKP dulu, serawa durian ni sis ulang 3 kali makan sebab memang sedap pekat terasa durian dan lemak santan pendek kata memang tip toplah serawa durian waktu tu. Antara menu yang sis terbayang-bayang untuk repeat makan di Bangi Resort Hotel ini. Mungkin ketua chef kat sini dah bertukar orang kot jadi semua makanan sudah tidak sedap seperti dahulu, entahlah sis agak je.

 

Stall cotton candy menjadi salah satu daya penarik di sini. Anak-anak mesti suka akan gula kapas yang lembut dan manis ni, boleh berulang kali diambilnya. Sebelah stall cotton candy ni ada popcorn panas, bolehlah buat kudap-kudap lepas dah makan main dish.

 

Selain cotton candy, menu gelato aiskrim juga mesti menjadi kesukaan kanak-kanak. Ada 2 jenis gelato aiskrim, coklat dan yang hijau tu sis tak pasti nama apa…cuma bukan peppermint. Aiskrim ni pun rasa dia so so je…tapi topping dia banyak pilihan, seronoklah tabur-tabur topping kat atas tu.

 

Satu lagi menu sedap kat Bangi Resort Hotel ni ialah assam laksa. Satu-satunya menu yang konsisten sedap dari dulu sampai sekarang. Rasa assam laksa ni memang sedap tidak menghampakan, tak perlu tambah condiments pun memang dah sedap. Sis tanya chef situ kuah assam laksa ni guna ikan apa dan diberitahu mereka menggunakan ikan tenggiri dan sardin.

 

Selain lauk pauk kampung, menu western food juga ada seperti spaghetti bolognese (hanya sejenis pasta ini sahaja, tiada carbonara atau pasta lain), pizza, pan fried gyoza…erm apa lagi ya, itu jelah yang sis ingat. Oh ya! sushi pun ada, cuma sejenis mungkin untuk buat syarat sahaja. Lagipun sis memang tak repeat dah sushi tu sebab kering dan keras.

 

Air tebu, bandung dan soya adalah antara menu air balang kat Bangi Resort Hotel. Kalau tak nak minum air manis, kat atas meja memang ada disediakan sky juice atau air kosong yang akan sentiasa di top up oleh waiter bila dah habis. Kat sebelah air balang tu adalah hot drink macam teh tarik dan kopi. Lagi satu yang buat sis repeat makan sini sebab dulu ada coffee machine dan ada mocha, mocha dia sedapppp ya ampun! Tapi tahun ni tinggal kenangan, usah kata mocha…cofee machine pun dah rosak, jadi memang takde lah ye mocha ke, capucinno ke, espresso ke…jangan dimimpi dah.

 

Menu masakan kampung dengan lauk pauk seperti kari kepala ikan, ayam masak kapitan, paru dendeng, daging kerisik, sotong berlada cili hijau, sayur campur, dory lemon dll. Sebab apa sis cerita tentang nasi dan lauk pauk ni last…..sebab sis memang sangat jarang makan nasi bila kat buffet hotel. Tapi disebabkan makanan tak banyak pilihan dan sis taknak lah balik kena singgah kedai mamak lagi, jadi sis pun makanlah nasi. Nasi yang ada ialah nasi putih, nasi minyak dan nasi briyani. Jadi sis ambil nasi minyak bersama lauk pauk seperti gambar kat atas tu. Sedaplah juga nasi bersama lauk pauk tu. 

 

Suami dan anak-anak sis makan nasi beriani bersama kambing bakar. Cerita tentang kambing bakar ni, korang kena ambil cepat ye sebab kambing bakar dia tak besar kat tag pun tulis “roasted lamb leg”. 

Secara overall sis pun taknak komen lebih-lebih, cuma sebab sis pernah datang buffet ramadan Bangi Resort hotel 3 kali sebelum ni jadi tentulah sis akan buat perbandingan. Kalau korang nak cuba buffet di sini boleh je, sebab harga masih mampu milik bawah 100 dan tempat pun cantik, besar dan selesa. Surau kat tingkat atas pun selesa. 

Untuk info lanjut, harga dan tempahan boleh klik sini

 

 

One thought on “BUFFET RAMADHAN BANGI RESORT HOTEL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × three =

Scroll To Top