aszulqa.com

kek coklat blender kukus

Selain kek sarang semut, kek coklat blender kukus juga adalah antara resepi kek paling mudah yang sangat popular dan digemari ramai! Resepi kek coklat blender kukus ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

kek sarang semut rice cooker

Kini anda boleh buat kek sarang semut dengan cara yang paling mudah. Percaya atau tidak, sekarang anda boleh buat kek sarang semut hanya menggunakan rice cooker, sangat mudah. Kek sarang semut rice cooker adalah versi kek sarang semut paling mudah dibuat. Resepi kek sarang semut rice cooker ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

kuih butir nangka sukatan cawan_Kuih tradisional melayu yang mudah

Kuih butir nangka adalah antara kuih tradisional Melayu yang mudah. Jika anda ada masa kurang setengah jam lagi untuk berbuka puasa, anda boleh cuba buat kuih butir nangka ini untuk berbuka puasa. Aromanya yang harum semerbak memang membangkitkan selera. Resepi kuih muih yang mudah dan cepat sebegini patut anda cuba.

Read more

NILAI PAMPASAN KEMALANGAN PERKESO [Part 3]

Seperti yang dijanjikan panda entri part 2 sebelum ini, sis akan melaporkan perkembangan terkini tuntutan kemalangan PERKESO. Sebelum tu, boleh bantu sis SUBSCRIBE channel YTC kat bawah:

 

24.10.2022 duit pampasan kemalangan berjaya dimasukkan ke akaun suami secara automatik seperti gambar di atas. Ramai yang bertanya berapa lama proses tuntutan PERKESO?

Di sini sis kongsikan berdasarkan pengalaman sis ya, jadi bermula dari tarikh hantar dokumen secara lengkap pada 8.9.2022 sehingga 24.10.22, maka penerimaan nilai pampasan kemalangan PERKESO mengambil masa selama lebih kurang 1 bulan setengah atau lebih tepatnya 47 hari.

Sepanjang tempoh menunggu 47 hari kami tidak dihubungi langsung oleh mana-mana pegawai PERKESO/ SOCSO bermakna dokumen yang kami hantar adalah lengkap sepenuhnya. Tahu-tahu duit pampasan sudah automatik masuk ke dalam no. akaun yang diberi semasa mengisi borang dokumen hari itu. Jumlah pampasan PERKESO selama lebih kurang 2 minggu lebih kurang RM1K ++, semoga perkongsian ini memberi ‘bench mark’ figure untuk anda yang masih tertanya-tanya jumlah pampasan PERKESO yang bakal diterima kelak. 

Tempoh proses tuntutan PERKESO ini mungkin boleh jadi lebih cepat atau lebih lama berdasarkan kes kemalangan dan lengkap atau tidaknya dokumen yang dihantar. Jadi anda bolehlah mengandaikan tempoh tuntutan PERKESO ini mengambil masa 1 bulan hingga 2 bulan.

Ramai juga yang bertanya, bagaimana pengiraan nilai pampasan kemalangan PERKESO?
Ok, pengiraan nilai pampasan kemalangan PERKESO adalah berdasarkan jumlah cuti sakit atu MC yang kita terima. Kecederaan atau kesakitan akibat kemalangan yang mengakibatkan anda tidak dapat bekerja sekurang-kurangnya 4 hari. Berikut ialah kiraan pampasan PERKESO:
-80% daripada jumlah gaji harian anda ataupun
-maksimum RM105.33 sahaja

Contohnya, walaupun gaji anda sehari ialah RM200, anda hanya akan mendapat claim maksimum sebanyak RM105.33 sahaja. Jika kurang daripada jumlah itu maka akan dikira 80% daripada gaji harian anda.

Ini adalah nilai pampasan kemalangan PERKESO untuk cuti sakit (faedah hilang upaya sementara) tanpa sebarang kecederaan teruk seperti patah tulang dll, jika ada kecederaan patah tulang mana-mana anggota badan, seperti kemalangan patah jari, kemalangan patah kaki maka akan ada nilai pampasan tambahan yang lain lagi kerana ianya dikira sebagai faedah hilang upaya kekal. Yang ni sis tak boleh nak komen lebih sebab kemalangan jalanraya suami sis tidak melibatkan sebarang patah tulang, hanya bengkak pada tulang rusuk iaitu kategori faedah hilang upaya sementara, jadi hanya dapat tuntutan cuti sakit selama 2 minggu sahaja. Sis menulis berdasarkan pengalaman sendiri sahaja bukan copy paste dari tempat lain.

Read more

cara buat spaghetti sos bolognese homemade resepi asal dari orang UK

Kebiasaannya kita memasak spaghetti bolognese menggunakan sos bolognese ‘ready made’ yang banyak terdapat di pasaraya. Apa kata cuba resepi sos bolognese ‘homemade’ perkongsian daripada Jalwaa Jamali di bawah ini. Perkongsiaan beliau ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

Mudahnya resepi sandwich telur…buat sendiri lebih jimat

Di dalam situasi kenaikan harga barang yang sangat terasa dalam tempoh sebulan dua kebelakangan ini, banyak belanja yang perlu kita teliti balik. Apa yang boleh kita jimat, kita cubalah untuk berjimat. Contohnya belanja makan sekeluarga. Jika sebelum ini kita sering makan di luar atau banyak membeli makanan luar apa kata kita cuba buat resepi yang mudah-mudah dahulu untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga.

Read more

kerabu pucuk paku, tauge, kerang…menu orang dulu-dulu & menu diet sihat!

Dengan hanya menggunakan bahan-bahan simple sahaja, kita sudah boleh adunkan menjadi menu sihat. Selain menjadi menu diet sihat, kerabu pucuk paku tauge dan kerang ini adalah antara menu orang dulu-dulu ataupun menu kampung yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Read more

pengalaman masuk wad Ara Damansara Medical Centre

Bila punca sakit tidak diketahui dan sakit berterusan walaupun on dan off, hati mana yang tidak bimbang bukan. Sudah banyak kali buat ‘blood test’, tiada apa-apa masalah serius pada keputusan ‘blood test, namun sakit tidak hilang dan tetap juga ada.

Jadi sis ambil keputusan berjumpa dengan doktor pakar di hospital swasta sekitar Selangor. Sebelum memilih Ara Damansara Medical Centre, sis memang dah buat survey dan study sikit beberapa ‘private hospital’ lain especially ‘specialist’ yang bakal sis nak jumpa nanti. 

Mengikut rancangan asal, sis nak jumpa hari Sabtu sebab senang sikit tak perlu ambil cuti. Malangnya hari Sabtu kebanyakan jadual doktor pakar yang sis dah ‘short listed’ kan dah penuh. Ada juga doktor pakar yang memang ‘off day’ pada hari Sabtu dan hanya bekerja pada hari Sabtu tertentu sahaja. Jadi sis terpaksa tukar plan, buat ‘appointment’ melalui telefon untuk datang pada hari Selasa.

Bila dah ada appointment memang mudah urusannya, datang ke klinik doktor pakar pada tarikh appointment, daftar kemudian tunggu sahaja nama dipanggil. Alhamdulillah, doktor pakar yang sis pilih kali ini betul, mengikut kriteria yang sis kehendaki. Beliau memahami masalah sakit sis dan mencadangkan cara diagnosis yang sis dah lama nak buat iaitu MRI. Bila kita memilih doktor pakar ni seakan kita mempertaruhkan nasib kita, sebab kita belum tahu karakter sebenar doktor pakar tersebut…adakah beliau betul-betul memahami masalah kita atau seakan-akan memaksa kita untuk mempersetujui pendapat mereka tanpa memahami masalah pesakit. Sis cakap berdasarkan pengalaman, baik doktor pakar di hospital swasta mahupun hospital kerajaan.

Read more

Scroll To Top