Musim durian tiba lagi. Tahun 2022 menyaksikan musim raja buah ini mengalami penurunan harga yang banyak. Satu rahmat buat penggemar durian yang selama ini kempunan nak makan durian yang setiap tahun mengalami kenaikan harga.
Musim durian 2022 Malaysia yang menjadi pada Jun tahun ini menyebabkan banyak peniaga durian menawarkan harga yang murah berbanding beberapa tahun yang lepas. Harga durian terkini 2022 iaitu durian kampung boleh dibeli pada harga RM5 satu kilogram, dah macam beli harga borong…murah bukan?!