aszulqa.com

LMP FOOD FIESTA di LUMI MARKETPLACE yang sangat mengujakan dengan pelbagai aktiviti menarik

Jika anda suka makan dalam suasana bandar dan dikelilingi lanskap yang cantik, apakata anda berkunjung ke LMP Marketplace yang menganjurkan LMP Food Fiesta bermula 19 Ogos 2023 sehingga 29 Oktober 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai.

 

Lumi Marketplace terletak di Lumi Tropicana, Petaling Jaya dan menawarkan pelbagai pilihan restoran, kafe dan pasaraya sesuai untuk anda dengan gaya hidup moden. Menariknya, Lumi Marketplace bakal menganjurkan LMP Fiesta dan anda boleh menyertainya secara percuma apabila anda berbelanja di Lumi Marketplace bermula dari 19 Ogos 2023 sehingga 29 Oktober 2023.

Buat anda yang mengamalkan gaya hidup sihat, anda pasti teruja untuk menyertai aktivit seperti yoga, pilates, zumba, flyjam, ‘jumping Malaysia’, ‘physiotherapy talk’ dan ‘dental talk’ yang bakal berlangsung pada tarikh yang telah ditetapkan seperti poster di bawah. Untuk aktiviti keluarga yang pasti disukai ramai terdapat aktiviti seperti ‘kids face painting’, ‘character cosplay’, ‘kids party magician’, ‘giant jenga’, ‘games booth’, ‘bubble station’ dan sebagainya juga mengikut jadual seperti yang tertera di poster di bawah ini. Manakala jika anda berkunjung pada waktu malam anda akan dihiburkan dengan persembahan ‘live band’ dan DJ yang pastinya menyeronokkan.

 

Read more

makan buffet hotel mewah ‘International buffet dinner’ hotel Hilton Kuala Lumpur yang mengujakan!

Makan buffet hotel mewah ‘International buffet dinner’ hotel Hilton Kuala Lumpur adalah pengalaman yang sangat mengujakan! Hotel 5 bintang yang gah ini terletak berhampiran dengan KL Sentral. 

Jika anda dari tempat letak kereta di P1 dan menuju ke lobi hotel, anda akan melalui terlebih dahulu dua ‘entrance’ hotel yang sebelah menyebelah iaitu di sebelah kanannya ialah pintu masuk ke lobi Hotel Le Meridien Kuala Lumpur dan sebelah kirinya pula barulah Hotel Hilton KL. Jangan tertukar masuk ke pintu masuk Le Meridien KL pula ya! Bayaran parking Hilton Hotel KL sewaktu artikel ini ditulis ialah RM9 dan perlu di ‘validate’ di kaunter reception sebelum anda keluar.

Daripada lobi hotel anda boleh sahaja bertanya dengan staff hotel yang ramah untuk ke Vasco’s di mana buffet dinner ini diadakan, restoran ini terletak sama ‘level’ dengan lobi. Sebaik melangkah masuk ke Vasco’s, anda akan terpesona dengan rekabentuk dalamannya yang gah dan lain daripada yang lain. ID yang gah ini seakan-akan berkonsepkan ‘Antoni Gaudi’s Architecture’.

Read more

Buffet Ramadhan 2023 The Club Bukit Utama by Tumis Teak 5

Jika anda masih mencari-cari lokasi buffet Ramadhan 2023 Damansara dan sekitar Petaling Jaya, apa kata anda cuba buffet Ramadan The Club Bukit Utama hasil ‘air tangan’ Tumis Teak 5 yang popular di Publika.

Berlokasi strategik di bandar Utama, Petaling Jaya memudahkan anda untuk ke lokasi bufet Ramadan The Club Bukit Utama. Anda boleh membeli-belah di sekitar mall seperti One Utama Shopping mall yang terletak berhampiran iftar bufet ini.

Untuk ke tempat buffet Ramadan ini dianjurkan, anda perlu mencari kawasan swimming pool. Jika anda menjumpai satu banner dan kereta antik yang dipamerkan disebelahnya, anda sudah sampai ke lokasi yang tepat. Dari situ anda perlu menuruni anak tangga ke basement dan menjumpai Olympic swimming pool.

Read more

Ramadan Buffet 2023 di Pullman KLCC bertemakan “Bazaar Buffet”

Bazaar Buffet Pullman KLCC, itulah tema buffet Ramadan Pullman KLCC 2023. Pertama kali melangkah masuk ke Sedap Restoran di mana ramadan buffet diadakan kemudian melihat deretan ‘live stalls’ di luar, barulah kami faham kenapa ianya dinamakan ‘Bazaar Buffet’. Seronok dapat merasai suasana ala-ala bazaar ramadan di dalam hotel bertaraf 5 bintang KLCC.

 

Read more

buffet ramadan bawah RM100 di NORANOM, sesuai untuk seisi keluarga

Ibadah puasa yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam bakal tiba pada 23 Mac 2023. Syukur alhamdulillah kita masih dikurniakan rezeki bertemu lagi dengan bulan Ramadan tahun ini.

Read more

review buffet dinner di the westin kuala lumpur

Review buffet dinner di The Westin Kuala Lumpur ini adalah perkongsian daripada Ainul Mardhiah Kalam. Untuk lebih banyak review hotel buffet boleh join fb group MALAYSIA HOTEL BUFFET 2023 & BUFFET RAMADAN 2023 

Read more

buffet ramadan melaka 2023 harga early bird!

Jika anda biasa iftar berbuka puasa di buffet ramadan pada tahun-tahun sebelum ini, anda pasti teruja untuk meninjau senarai buffet Ramadan pada tahun ini 2023 untuk mengambil peluang tawaran harga promosi yang menarik iaitu early bird ramadan buffet!

Oh ya! sebarang PREVIEW BUFFET RAMADAN 2023 boleh berhubung terus ke email kami di aszulqa.com@gmail.com, masih belum terlambat untuk mempromosikan buffet ramadan 2023 anda.

Read more

32 Buffet Ramadan Kuala Lumpur Selangor 2023 harga early bird!

Tidak lama lagi bulan puasa bakal tiba, bagi anda yang tinggal di Lembah Klang dan suka makan buffet hotel pasti sudah membuat tinjauan ke destinasi buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor untuk sesi iftar berbuka puasa nanti.

Oh ya! sebarang PREVIEW RAMADAN BUFFET 2023 ataupun berminat untuk memasukkan buffet ramadan anda ke dalam senarai ini boleh email kami di aszulqa.com@gmail.com, masih belum terlambat untuk mempromosikan buffet ramadan 2023 anda.

Read more

kuih muih viral pasar berek 12

Kelantan sememangnya terkenal dengan keenakan makanannya yang pelbagai. Selain sedap, makanan di Kelantan juga masih lagi murah jika dibandingkan dengan Lembah Klang. Sebagai salah satu destinasi percutian, ramai yang gemar datang ke Kelantan untuk menikmati keenakan makanannya dah juga berkunjung ke tempat-tempat menarik dan salah satunya ialah pasar. Pasar yang paling besar dan popular di Kelantan dan wajib disinggahi ialah Pasar Siti Khadijah.

Read more

Nasi kerabu sedap di Kelantan

Nasi Kerabu amat sinonim dengan negeri Kelantan. Nasi kerabu tumis adalah makanan ruji orang Kelantan sepanjang hari baik untuk sarapan, makan tengahari mahupun makan malam. Ini kerana nasi kerabu sangat senang didapati di kedai-kedai makan yang menawarkannya.

Walaupun penyediaan nasi kerabu ini remeh dan susah, namun kerana terdapat banyak permintaan dan banyak sumber bahan mentah di Kelantan maka harga nasi kerabu di Kelantan masih lagi murah jika dibandingkan dengan kawasan bandar di Lembah Klang. Nasi kerabu yang sudah siap berbungkus juga mudah didapati di kebanyakan kedai makan dan restoran di Kelantan walaupun kedai makan itu tidak menyediakan nasi kerabu. 

Read more

Scroll To Top