Wanita ini berkongsi resepi pajeri nenas yang mengingatkan kenangan manis antara dia dan arwah ayahnya “arwah ayah cakap inilah resepi pajeri nenas paling sedap dia pernah makan”
Dengan hanya menggunakan bahan-bahan simple sahaja, kita sudah boleh adunkan menjadi menu sihat. Selain menjadi menu diet sihat, kerabu pucuk paku tauge dan kerang ini adalah antara menu orang dulu-dulu ataupun menu kampung yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Wanita dan diet tidak dapat dipisahkan. Mesti ramai di antara kita yang sedang ber diet, cuba ber diet ataupun pernah ber diet atas banyak sebab. Faktor paling banyak orang ingin berdiet adalah untuk kurus, namun tidak kurang juga yang ber diet untuk sihat tubuh badan.
Menu orang dulu-dulu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas selalunya membangkitkan selera bila dimakan bersama lauk pauk kampung yang lain. Asam pedas batang keladi salah satu resepi lauk kampung yang sangat menyelerakan dimakan bersama nasi putih, ulam-ulaman dll.
Terpengaruh sungguh dengan mukbang viral China, nampak diorang makan benda kecil hijau rangup-rangup macam petai. Rupanya bawang putih jeruk. Begitulah sangkaan daripada AJ Idris yang kemudiannya berkongsi resepi laba bawang putih ini yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
Masakan melayu kampung selalunya digemari masyarakat melayu kita, tidak kiralah sebagai menu makan tengah hari mahupun menu makan malam.Β Ada pelbagai jenis menu kampung ataupun masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba sebagai hidangan makan keluarga.Β
Pucuk paku adalah salah satu sayur yang senang tumbuh melata dah boleh didapati di tepi-tepi jalan kampung pedalaman. Tetapi bila di bandar, seikat pucuk paku ini dijual dengan harga RM2 – RM3 seikat.
Hidangan makanan selalunya tidak lengkap tanpa sayur baik untuk menu tengah hari mahupun menu makan malam. Ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang kita boleh pelbagaikan masakannya. Selalunya sayur-sayuran ini kita goreng tumis sahaja.Β
Musim-musim covid19 tentu ramai yang risau jika terkena jangkitan kuman covid19 ni kan. Selalunya bila kita rasa tak sedap badan, kita akan cari sup panas-panas. Antara resepi sup sihat ialah sup yang tidak ditumis atau dipanggil ‘clear soup’. Sup jernih (clear soup) ni selain sihat berkhasiat juga sesuai sebagai sup diet, pemilihan bahan utama boleh diubahsuai (terpulang nak letak ayam atau daging atau seafood atau telur atau sayur sahaja).
Selain sup sihat, bahan-bahan sup ini juga ringkas & simple dengan cara memasak yang sangat senang….bak kata orang, sup campak-campak je dah siap! Bahan utama sup sihat ni kami gunakan dumpling yang sudah siap di peket, boleh beli di pasaraya. Kalau nak buat sendiri dumpling pun lebih bagus, boleh ikut selera kita. Cuma disebabkan kekangan masa & nak masak cepat, kami beli je readymade dumpling & meatball.
BAHAN-BAHAN -2 inci halia -6 ulas bawang putih -akar daun bawang -2 sb minyak bijan -1 sb kicap pekat manis -dumpling -bebola daging @ meatball -pak choy @ bok choy -hirisan daun bawang -kiub ayam -garam bukit -1 peket kuey teow
Resepi Pajeri Nenas dari Mak Mertua yang macam lauk kenduri ni dah lama sis dapat, berbelas tahun yang lalu. Selalu sis pakai resepi ni je, tak pernah pakai resepi pajeri nenas yang lain sebab memang dah terbukti sedap & disukai sesiapa sahaja jika sis hidangkan menu kampung tradisi ni. Baru sekarang sis rasa terbuka hati nak share kat korang resepi pajeri nenas kenduri, jadi rugilah siapa yang tak ambil peluang untuk cuna resepi pajeri nanas ni.
Β Rasanya yang berempah, ada juga rasa kari tetapi ada manis semulajadi dari buah nenas memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, jika digandingkan dengan ikan kering pun dah boleh bertambah nasi berpinggan-pinggan. Inikan pula jika dimakan bersama sambal belacan, ulam-ulaman & ikan goreng…ish, menaip ni pun dah rasa kecur air liur!
Β
Resepi pajeri nenas tanpa udang kering ni memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang alergik dengan udang kering terutamanya penghidap resdung, ada alergik gatal-gatal badan pun eloklah jangan dimakan udang kering. Tiada masalah pun tiada udang kering, sebab tetap boleh menjadi dengan sedapnya.
Β
Β
Masakan melayu kampung macamni selalunya susah dah nak dapat kat kedai makan, jarang-jarang sekali kita jumpa. Kalau lauk kenduri pun beruntunglah kalau dapat jumpa menu kampung tradisi macamni. Tambah-tambah musim pkp 2.0 ni tiada kenduri, lagilah kempunan nak merasa pajeri nenas bagi sesiapa yang suka sangat dengan masakan melayu kampung macamni. Jangan risau, masakan sedap tapi simple ni boleh di masak sendiri di rumah korang, just follow betul-betul resepi kat bawah ni & kalau nak lebih faham dan jelas tengok tutorial cara memasak pajeri nenas sini