aszulqa.com

30 HARI 30 MENU RESEPI BERBUKA PUASA RAMADAN

Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Bulan penuh barokah yang sentiasa dirindui muslimin dan muslimat setiap tahun. Selain mempertingkatkan amal ibadah, kita sebolehnya cuba untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dengan berbuka puasa bersama keluarga tersayang. 

Ibu-ibulah yang paling pening memikirkan 30 resepi sepanjang Ramadan. Jangan risau, kami bantu anda memudahkan perancangan 30 resepi sepanjang Ramdan dengan 30 HARI 30 MENU RESEPI BERBUKA PUASA by As Zulqa. Cadangan 30 menu berbuka puasa boleh dijadikan panduan asas dan diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Semoga bermanfaat buat semua.

 

30 RESEPI BERBUKA PUASA_30 Hari Resepi Viral Mudah dan Sedap Sepanjang Ramadhan

30 Hari Menu Ramadhan [30 Hari 30 Resepi Menu Masakan Berbuka Puasa] ini adalah perkongsiaan dari As Zulqa yang telah mendapat 54,000 capaian (54k reach) & 1,000 kongsi balik (1k shares) melalui group fb Resepi Viral Mudah dan Sedap. Boleh klik join fb group untuk dapatkan resepi penuh kesemua 30 hari 30 resepi As Zulqa.

Kebanyakan Menu Masakan Melayu atau Masakan Malaysia ini selalu menjadi menu yang sering didapati di kedai-kedai makan Melayu @ restoran Melayu. Juga sering dimasak di rumah oleh rakyat Malaysia.

Resepi 30 hari bulan puasa ini sangat pelbagai yang mana terdiri daripada resepi ayam, resepi ikan, resepi sotong, resepi ketam, resepi makanan Barat dab sebagainya. Masakan berkuah selalunya digemari sebagai lauk pauk berbuka puasa seperti menu kari ayam, kari ikan, kari kepala ikan, masak lemak cili api, asam pedas, masak kurma dll. Boleh rujuk pada gambar di bawah untuk resepi dan cara masak:

Scroll To Top