aszulqa.com

MAGGI Goreng Mamak

Antara menu mamak yang paling digemari ramai adalah maggi goreng mamak. Selalu nampak kat kedai mamak, maggi goreng mamak bukan sahaja digemari orang dewasa tetapi juga disukai kanak-kanak. Jadi apa salahnya masak maggi goreng mamak sendiri di rumah untuk seisi keluarga, lebih jimat dan puas hati makan sebab bahan-bahannya bukan sahaja mudah tapi juga murah.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

BAHAN-BAHAN maggi goreng mamak
-2 keping maggi
-2 perencah kari maggi
-1 bawang merah
-7 bawang putih
-2 biji telur
-isi ayam
-sos cili
-kubis
-lobak merah

CARA MASAK MAGGI GORENG MAMAK
-maggi dimasak terlebih dahulu dalam air mendidih kemudian toskan
1.tumiskan bawang merah & bawang putih
2.masukkan telur terus kacau hancur
3.masukkan maggi
4.masukkan perencah maggi ( nak masuk 2 perencah maggi terus pun boleh)
5.masukkan sos cili
6.masukkan kobis & carrot
7.perasakan dengan garam
8.kacau sebati, dah siap tutup api!

TIPS MEMASAK maggi goreng mamak resepi viral mudah dan sedap ialah kena lebihkan bawang putih semasa menumis…kalau makan kat mamak memang akan terasa bawang putihnya.

AYAM BEREMPAH SAMBAL by As Zulqa @ Resepi Ayam Berempah

Ayam berempah sangat sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak mahupun nasi lemak. Bila digigit ayam goreng ni, rasanya penuh dengan rempah masakan melayu dan sangat sedap.

Untuk dapatkan ayam goreng berempah yang sedap, bahan perapan perlulah mencukupi dan masa perapan perlulah lama, seeloknya semalaman. Tapi jika masa tidak mencukupi ataupun dah tak sabar nak makan lauk bersama nasi, perap 1 jam ke 2 jam sudah mencukupi. Tips memasak ayam berempah sedap, bahan perapan perlulah banyak supaya banyak serdak boleh dihasilkan.

 

Biasanya kita buat ayam berempah sahaja kan, apa kata kali ni cuba ‘to the next level’ ayam berempah sambal olahan As Zulqa. Dengan rasa yang kaya dengan rempah, pedas dan manis anda wajib cuba sendiri resepi olahan As Zulqa ni untuk tahu kesedapannya. Untuk mengetahui cara masak ibu sambal @ sambal paste sila klik sini 

BAHAN-BAHAN
-1/4 ekor ayam
-1 sb serbuk kunyit
-2 sb serbuk kari
-2 sb tepung beras
-1 sb serbuk cili (dalam video tak letak)
-1-2 tangkai daun kari
-garam

BAHAN KISAR 
-2 biji bawang merah
-2 inci halia
-4 ulas bawang putih
-2 batang serai (boleh lebihkan buat 5 batang serai lebih sedap)
-1 sb jintan manis
-1 sb jintan putih
-1 sb biji ketumbar

 

NASI KERABU

Antara banyak-banyak resepi nasi, resepi nasi kerabu adalah resepi nasi yang paling renyah dan memakan masak yang lama untuk dibuat. Walaupun renyah dan banyak ‘step’ ,masih berbaloi untuk kita buat sendiri nasi kerabu ini kerana dijamin sedap dan boleh diubahsuai mengikut selera tekak kita sendiri. Memang puas hati jika dapat makan nasi kerabu hasil air tangan sendiri.

 

Read more

Nasi Lemak Special…Extra Sedap, Extra Aroma Wangi, Extra Petua dan tips memasak nasi lemak sedap.

Nasi lemak SPECIAL extra sedap, extra aroma wangi, extra tips dan PETUA menyedapkan lagi nasi lemak akan kami kongsikan di sini. Resipi nasi lemak sedap bertambah-tambah lagi sedapnya bila dihidang dan dimakan di atas daun pisang. Wangi dan lembut je nasi lemak resepi viral mudah dan sedap ni.


IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Teknik dan CARA SUKAT air dan santan perlulah betul supaya nasi lemak masak lembut dan cantik berderai-derai juga tidak melekat. Cara masak nasi lemak berderai cara orang lama ni senang untuk dipraktikkan, tambahan lagi memasaknya menggunakan rice cooker sangatlah memudahkan kerja. Teknik dan cara masak nasi lemak sukatan cawan digabungkan dengan cara orang lama sukat air dan santan menggunakan ruas jari sahaja….kena tengok video sampai habis supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Cara sukatan nasi lemak guna cawan, perlulah menggunakan saiz cawan yang sama untuk menyukat santan dan air (untuk resepi nasi lemak pandan ini, kita guna air pandan). Untuk sukatan nasi lemak santan kotak, untuk resepi nasi lemak special ini…gunakan 1 setengah cawan santan kotak yang ditambah dengan satu setengah cawan air menjadikan jumlah santan 3 cawan.

 

Walaupun zaman beredar, resepi nasi lemak tradisional sentiasa dicari-cari. Mungkin ramai yang terkenangkan nasi lemak air tangan ibu yang sedap tu. Korang boleh sesuaikan bahan ikut selera masing-masing, mungkin ada tambahan bahan lain atau taknak masukkan bahan yang kami gunakan terpulang pada citarasa korang, yang penting teknik dan cara masak perlu betul supaya nasi lemak yang dimasak sedap dimakan, tak lembik & tidak melekat.

Resepi nasi lemak kali ini kami gunakan air daun pandan menjadikan ia nasi lemak pandan yang wangi berwarna hijau semulajadi dari ekstrak daun pandan. Tiada sebarang tambahan pewarna hijau sudah cukup terserlah nasi lemak hijau pandan nya. Ditambah lagi aroma dari satu bahan tambahan lain, menjadikan nasi lemak ini special extra aroma semerbak wanginya. Bertambah extra wangi bila keluar je nasi lemak panas dari rice cooker terus dihidang ke atas daun pisang. Dah jadi nasi lemak pandan halba daun pisang….wangi semerbak, lembut dikunyah bersama sambal nasi lemak, telur rebus, timun dan bahan lain seperti ikan bilis dan kacang tanah goreng. Jika tak suka air daun pandan atau tiada stok daun pandan, masih boleh jadikannya nasi lemak wangi dengan hanya meletakkan halba…maka jadilah nasi lemak halba. Tapi jangan letak terlalu banyak, takut jadi pahit pula nasi lemak…letak sedikit sahaja…cukup untuk membangkitkan aroma wangi nasi lemak halba tu.

Selain membangkitkan lagi aroma wangi nasi lemak, dikatakan tips supaya nasi lemak lebih tahan lama dan tidak cepat basi adalah dengan memasukkan halba ke dalam nasi lemak.

 

BAHAN-BAHAN Nasi Lemak Pandan Halba Special
-6 pot beras
-3 cawan santan
-3 cawan air pandan
-1 biji bawang merah besar (hiris mayang)
-2 inci halia (hiris mayang)
-1 sb minyak masak
-1 st garam
-halba

Untuk cara masak nasi lemak sedap klik sini.

 

Juga ada bonus resepi ayam goreng kari simple. Selalunya nasi lemak lagi sedap makan dengan ayam goreng berempah, tapi kalau nak cepat dan kesuntukan masa bolehlah cuba resepi ayam goreng kari simple ni. Memang boleh menambah selera dan menambah pinggan nasi lemak dibuatnya nanti.

 

BAHAN-BAHAN Ayam Goreng Kari
-4-5 ketul ayam
-5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
-2 inci halia (ditumbuk lumat)
-2-3 sb serbuk kari ayam
-1 sb tepung beras
-garam
*kalau ada daun kari boleh letak sekali…lagi sedap!

 

Untuk resepi sambal nasi lemak sedap, cara masak sambal nasi lemak cantik warna merah gelap dan pecah minyaknya sempurna boleh klik sini .

 

Kari Ikan cara Sugu Pavithra @ Kari Ikan Indian Style

Kari ikan cara sugu pavithra pernah menjadi resepi kari viral sewaktu pkp 1.0 dulu, malah masih menjadi menu viral pkp 3.0 ataupun menu lockdwon 3.0.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Resepi kari ikan sugu pavithra nampak seperti kari ikan mamak & indian style. Cara masak kari ikan sugu pavithra ini nampaknya berlainan dari kari ikan melayu kerana kari ikan sugu pavithra ada banyak step yang perlu diikuti, cara memasak juga lain. Kena hafal step tu, kalau tak biasa boleh terlupa stepnya.

Sis tak pasti samada resepi ini adalah sama seperti resepi kari ikan mamak atau tidak. Yang pastinya berbeza dengan resepi kari kepala ikan pekat yang sis pernah share kat bawah  ni

 

Kari ikan cara Sugu Pavithra ni bagi sis agak rumit sebab banyak step & bahan, lagi satu sis tak biasa masak kari Indian style sebelum ni. Agaknya kalau memang dah biasa buat takdelah susah manapun kan. Bak kata omputih “practice makes perefect”

Berbezanya kari ikan cara Sugu Pavithra ni dengan kari ikan yang biasa sis masak ialah, kari ikan stail India ni perlu memasukkan tomato dan terung terlebih dahulu di awal proses memasak. Kalau kebiasaannya kari ikan yang kita masak…tomato dan terung akan dimasukkan di akhir sekali proses memasak. Kaedah memasaknya memang berlainan.

Sis menggunakan ikan bawal, ikan lain yang sedap dimasak kari ialah kari ikan tenggiri, kari ikan tongkol, kari ikan kembung, kari ikan pari, kari ikan merah, kari ikan mayong dan boleh disesuaikan dengan ikan lain juga ikut kesukaan masing-masing. Ikan bawal masak kari memang kegemaran keluarga sis. Untuk lebih faham tengok resepi dan cara masak kari ikan Indian style di bawah

BAHAN-BAHAN kari ikan
-2 ekor ikan bawal emas (dipotong)
-4 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
-1 biji bawang merah besar (dihiris)
-1 labu bawang putih (dihiris)
-1 sudu besar halia ditumbuk
-1 sudu besar halba campur
-air asam jawa (setengah kepal asam jawa dicampur dengan sedikit air)
-3 tangkai daun kari
-2 biji tomato dibelah
-3 biji terung bulat (dibelah & direndam dalam air garam cara sugu pavithra bagi mengelakkan terung bertukar warna
-3 tangkai cili hijau (dibelah dua) -9 bendi -santan kotak (nak guna santan segar pun boleh) -daun ketumbar (sebagai hiasan)

CARA MASAK KARI IKAN cara Sugu Pavithra
1.Panaskan minyak dan masukkan halba campur
2.Kemudian masukkan bawang merah & bawang putih…kacau
3.Bila bawang dah naik bau masukkan cili hijau & halia yang telah ditumbuk…kacau
4. Masukkan dauk kari bersama tangkainya sekali (kari ikan cara sugu pavithra)
5.Masukkan tomato, kemudian masukkan bendi…kacau
6.Masukkan bancuhan serbuk kari…kacau sebati
7.Masukkan air secukupnya
8.Masukkan air asam jawa
9.Masukkan sedikit santan (jangan banyak sangat)
10.Masak dan kacau sehingga ia mendidih
11.Dah mendidih masukkan bendi kemudian perasakan dengan garam
12.Masukkan kesemua potongan ikan
13.Kacau perlahan-lahan sahaja supaya ikan tidak hancur
14.Masaklah sehingga ikan betul-betul masak & sebati dengan kuah kari
15.Akhir sekali taburkan daun ketumbar sebagai hiasan juga penambah rasa
16.Siap untuk dihidang!

 

Boleh juga rujuk resepi kari ikan pekat likat sedap yang biasa sis masak kat rumah macam video kat bawah ni….yang ni memang terangkat bila makan! Makan dengan nasi panas sodap, cicah dengan roti canai pon sodap…musim-musim lockdown 3.0 ni boleh goreng roti paratha segera tu then cicah dengan kari ni…makan tak berganjak jawabnya!

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

=====================================================

Fish curry recipe is a typical malaysian food, favourite dish by Malay, Indian & Chinese. Check out fish curry ingredients & how to cook curry fish

*ENGLISH

INGREDIENTS fish curry recipe
-fish
-1 tbsp mix fenugreek
-3 stalk curry leaves
-2 red onions
-3 cloves garlic
-tamarind paste
-coconut milk
-lady fingers
-tomato
-salt

*BLENDED INGREDIENTS
-1 red onions
-3 cloves garlic
-1 inch ginger
-5 tbsp fish curry powder
-water

HOW TO COOK fish curry
1.Heat cooking oil in a medium sized pot.
2.Add mix fenugreek & curry leaves and let them splutter briefly
3.Fry red onion and garlic in hot oil until soft
4.Add blended ingredients and keep stirring until the oil separates
5.Add tamarind paste
6.Add water and bring to a boil
7.Pour in coconut milk
8.Season with salt
9.Add fish and let it cook for a while
10.Once the fish is cooked, add lady finger and tomato
11.Cook for 10 seconds then turn off the heat
12.Immediately cover the pot with a lid
13.Done!

Scroll To Top