Kelantan sememangnya terkenal dengan keenakan makanannya yang pelbagai. Selain sedap, makanan di Kelantan juga masih lagi murah jika dibandingkan dengan Lembah Klang. Sebagai salah satu destinasi percutian, ramai yang gemar datang ke Kelantan untuk menikmati keenakan makanannya dah juga berkunjung ke tempat-tempat menarik dan salah satunya ialah pasar. Pasar yang paling besar dan popular di Kelantan dan wajib disinggahi ialah Pasar Siti Khadijah.
Tempat Menarik
Nasi kerabu sedap di Kelantan
Nasi Kerabu amat sinonim dengan negeri Kelantan. Nasi kerabu tumis adalah makanan ruji orang Kelantan sepanjang hari baik untuk sarapan, makan tengahari mahupun makan malam. Ini kerana nasi kerabu sangat senang didapati di kedai-kedai makan yang menawarkannya.
Walaupun penyediaan nasi kerabu ini remeh dan susah, namun kerana terdapat banyak permintaan dan banyak sumber bahan mentah di Kelantan maka harga nasi kerabu di Kelantan masih lagi murah jika dibandingkan dengan kawasan bandar di Lembah Klang. Nasi kerabu yang sudah siap berbungkus juga mudah didapati di kebanyakan kedai makan dan restoran di Kelantan walaupun kedai makan itu tidak menyediakan nasi kerabu.
pasar pagi jumaat wakaf bharu, tempat menarik di kelantan
Majoriti tempat-tempat menarik di Kelantan yang popular & sering menjadi tumpuan untuk bercuti di Kelantan selalunya tertumpu kepada tempat makan menarik dan kawasan pasar. Kelantan sememangnya terkenal dengan banyak pasar menarik kerana bahan jualannya yang pelbagai yang hanya boleh didapati di Kelantan sahaja dan juga harganya yang murah.
Antara pasar yang wajib anda kunjungi apabila datang ke Kelantan ialah Pasar Siti Khatijah, Pasar Malam Wakaf Che Yeh, Pasar Berek 12 dan banyak lagi. Pasar pagi Jumaat Wakaf Bharu juga tidak kurang menariknya. Pasar pagi Jumaat Wakaf Bharu hanya terletak 5km sahaja dari bandar Kota Bharu.
Wakaf Bharu merupakan sebuah bandar satelit dan daerah di Jajahan Tumpat, Kelantan. Pasar terbesar di sini ialah Pasar Wakaf Bharu yang terdiri daripada pasar basah dan pasar kering. Pasar Wakaf Bharu dibuka setiap hari menjual bahan basah seperti ikan, ayam, sayur-sayura dan sebagainya. Pasar Wakaf Bharu akan sesak dan sibuk pada setiap pagi Jumaat kerana adanya “Pasar Jumaat” ini. Peniaga akan memasang khemah jualan di sepanjang jalan sekitar Pasar Besar Wakaf Bharu untuk memasarkan bahan jualan mereka di Pasar Pagi Jumaat Wakaf Bharu.
Tonton video di bawah sampai habis untuk lihat suasana Pasar Pagi Jumaat Wakaf Bharu yang sentiasa sesak dengan ramai orang: