aszulqa.com

khasiat pokok mutiara untuk barah payu dara

Petua ini telah dikongsikan oleh Md Rosdi Hasan (fb). 
Mungkin telah menjadi rezekinya dengan keizinnan Allah. Seorang wanita berjumpa secara kebetulan di hentian RNR Tapah ketika saya keluar dari surau telah menegur saya dengan wajah yang begitu gembira sekali sehingga membuat saya menjadi terpingga-pingga kerana melihat sikap kegembiraan dari wanita itu dengan memperkenalkan diri saya pada teman-temannya.

Read more

Mamak Bukit Jelutong

Datang Bukit Jelutong nak lepak kat mamak. Mungkin ada appointment dengan client, nak makan-makan dengan keluarga atau nak lepak di mamak dengan kawan-kawan. Berikut adalah senarai restoran mamak Bukit Jelutong.

MMZ
MMZ Bukit Jelutong adalah restoran mamak terawal yang wujud di sekitar Bukit Jelutong ini dan sangat popular sekitar 10-20 tahun lepas. MMZ Bukit Jelutong pernah menjadi port lepak geng-geng konvoi kereta kereta kawasannya yang lapang dan parking yang banyak. Kini terdapat 2 cawangan restoran mamak di sekitar Bukit Jelutong. 

Restoran MMZ yang terawal adalah yang terletak di Bukit Jelutong Timur, bersebelahan dengan balai bomba Shah Alam. Sewaktu artikel ini ditulis restoran mamak MMZ bj timur dalam proses renovasi dan tutup untuk sementara waktu. Manakala cawangan lain MMZ ialah MMZ D’Bayu yang terletak di sekitar Jalan Serambi, bersebelahan dengan Domino Pizza. Berikut ialah alamat MMZ D’Bayu Bukit Jelutong.

ALAMAT:
MMZ D’Bayu Bukit Jelutong,
Lot 03-G, D’ Bayu, Jalan Serambi U8/24,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Read more

resepi ayam tumi serai…menu ayam simple dan ekspres

Resepi masakan ayam sentiasa dicari dan selalunya menjadi kegemaran seisi keluarga terutamanya anak-anak. Ada pelbagai resepi ayam, baik yang kompleks cara pembuatannya hinggalah resepi ayam yang mudah dan simple. Selalunya menu ayam simple lah yang dicari-cari bila tiba hari persekolahan dan hari bekerja. Al-maklumlah kesibukan bekerja dengan urusan anak-anak bersekolah lagi membuatkan ibu-ibu kesuntukan masa menyediakan pelbagai jenis lauk, jadi menu ayam simple sentiasa menjadi pilihan.

Read more

LABA GARLIC @ Laba bawang putih…makanan mukbang viral china disangka petai rupanya bawang putih jeruk

Terpengaruh sungguh dengan mukbang viral China, nampak diorang makan benda kecil hijau rangup-rangup macam petai. Rupanya bawang putih jeruk. Begitulah sangkaan daripada AJ Idris yang kemudiannya berkongsi resepi laba bawang putih ini yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

Pengalaman masuk kecemasan hospital shah alam

Sambungan dari luka dahi anak yang bernanah sebelum ini……..maka sesampainya kami di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Shah Alam jam 10.30 malam, saya terus ke Kaunter Triage Primer (Primary Triage). Staf disitu memeriksa keadaan anak kemudian memberi nombor giliran.

Dengan nombor giliran itu, sis perlu beratur sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan hospital di kecemasan tu. Anak sis tunggu dengan suami dalam kereta, risau sangat berjangkit macam-macam kuman kat sini, sebab ada juga dua budak-budak yang kelihatan demam teruk didukung ibunya dalam barisan itu. Pengawal keselamatan ada berjaga di hadapan pintu, tugasnya mengawal jumlah pesakit yang dibenarkan masuk ke dalam.

Sis tengok kat dalam tu lebih kurang 4-6 pesakit sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu masa. Bila pesakit kat dalam dah selesai saringan, cek suhu dan sebagainya dengan Medical Officer dan dibenarkan bergerak ke kaunter pendaftaran barulah pengawal keselamatan membenarkan pesakit baru masuk ke dalam. Panjang juga barisannya, lebih kurang 1 jam menunggu sebelum dibenarkan masuk. 

Apabila dibenarkan masuk ke dalam, menunggu lagi 4 pesakit di depan. Dah hampir sampai giliran baru sis call suami minta hantarkan anak. Jadi, bila sampai giliran kami…anak sis diperiksa suhu, ‘heart beat’ dan soalan-soalan yang berkaitan luka dahi anak. Kemudian kami diminta mendaftar di kaunter pendaftaran dengan bayaran RM1 sahaja. 

Selesai urusan pendaftaran kami perlu menunggu nombor giliran dipanggil. MO tadi suruh kami tunggu kat ‘area’ sebelah kiri kaunter pendaftaran. Rupanya, kawasan situ adalah untuk ‘dengue bay’…kebanyakannya kes demam denggi. Takdelah sis risau sangat tunggu situ mengenangkan denggi ni tak berjangkit.

Lebih kurang jam 1.30 pagi nombor giliran kami dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. Setelah memeriksa doktor memberitahu luka itu tak sepatutnya bernanah. Disebabkan anak ada panas badan, muntah dan cirit-birit maka ujian darah/ blood test perlu dilakukan. Betullah seperti jangkaan sis, memang memerlukan blood test untuk kenalpasti jika ada apa-apa jangkitan yang tidak kena. Doktor juga memaklumkan untuk keputusan darah akan mengambil masa 1-2 jam. 

Selepas darah anak diambil, kami perlu ke bilik prosedur pula untuk ‘wound dressing’. Bilik prosedur ni betul-betul berhadapan dengan wad pesakit Covid19. Terpaksalah sis pasrah menunggu di situ. Bila tiba giliran anak, pelekat luka dibuka sepenuhnya oleh staf dan memang sahlah bernanah! Luka nampak terbuka dan staf beritahu luka itu tak sepatutnya terbuka macamtu. Kesian anakku, luka terpaksa dicuci balik…kena korek sikit lepas tu baru dicuci dan digam lukanya. Nasib baik dia kuat semangat tak melawan. Kalau kat rumah sis nak sentuh sikit kemain meraung dia tak bagi tapi kalau orang lain buatkan baik pula dia….alahai la anak!

Lebih kurang pukul 2 pagi dah selesai prosedur cuci dan gam luka. Kami perlu menunggu lagi untuk keputusan darah pula. Sis dah tak tahan nak buang air kecil, maka sis telefonlah suami ambil kami bawa ke tandas kat petrol pam di luar. Sekitar tepi jalan menuju kecemasan dipenuhi dengan kereta yang parking termasuklah kereta suami sis. Kasihan dia lama menunggu kepanasan kat tepi jalan. Alang-alang dah keluar sis belilah air dan roti sekali, kelaparan juga tunggu lama.

2.30 pagi dah selesai urusan kat luar, sis masuk balik ke dalam tunggu giliran. Jam 3.30 pagi mata dah mula mengantuk, bila sampai jam 4 pagi nombor anak belum dipanggil sis dah tak senang duduk, kot-kot masa sis keluar tadi doktor dah ada panggil nombor giliran anak. Maka sis ketuk pintu bilik doktor cuba bertanya kalau-kalau nombor giliran anak dah terlepas dipanggil. Rupanya memang belum, doktor pun terlepas pandang nak cek balik keputusan darah anak…bila di cek dalam sistem rupanya memang dah keluar pun keputusan darah anak. Alhamdulillah, keputusan darah anak OK dan tiada jangkitan. Barulah lega hati sis.

Doktor ada bagi ubat paracetamol dan air garam. Selesai semua urusan dan kami bergerak keluar dari Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Shah Alam lebih kurang jam 4.30 pagi.

Jika nak dibandingkan waktu menunggu hospital swasta dengan hospital kerajaan lebih kurang je lamanya. Orang yang ramai pun lebih kurang sama. Cuma bezanya layanan staf pada kita, keselesaan & suasana tempat menunggu dan jika taknak menunggu kat dalam hospital boleh minta staf hospital swasta telefon kita bila giliran dah sampai. Di hospital swasta sepanjang tempoh menunggu selepas jumpa doktor tu kita boleh lepak kat kafe dulu jadi tidaklah stress sebab lama sangat menunggu. 

Cara Claim Socso & Senarai Semak DOKUMEN UNTUK TUNTUTAN KEMALANGAN SOCSO/ PERKESO (part 1)

Sis dapat senarai semak dokumen untuk tuntutan kemalangan PERKESO ini daripada pegawai Perkeso melalui panggilan telefon. Pegawai menyatakan cheklist/ senarai semak tuntutan kemalangan PERKESO yang lengkap sebegini tiada di dalam website. Kemalangan yang sis maksudnya ialah kemalangan jalan raya sewaktu bekerja. Nasib baik sis telepon untuk kepastian, kalau tidak putih mata juga bila dah sampai sana tapi dokumen yang dibawa tidak lengkap. Nanti terpaksa datang lagi di lain kali, rugi masa, tenaga dan duit. 

Jadi semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat untuk anda yang masih memerlukan kepastian dokumen apa yang perlu dibawa supaya kelak tidaklah menyusahkan kalian berulang alik dua tiga kali ke pejabat PERKESO untuk urusan dokumen yang tidak lengkap. Ini untuk memudahkan kes tuntutan kemalangan yang diuruskan sendiri oleh pencarum mahupun keluarga pencarum, rasanya jika diuruskan oleh pihak majikan tiada masalah berbangkit. Kerana mengikut staf PERKESO/ SOCSO sepatutnya urusan tuntutan kemalangan ini diuruskan oleh pihak pengurusan majikan.

Berikut adalah senarai lengkap dokumen tuntutan kemalangan yang wajib di hantar ke pejabat PERKESO/ SOCSO:
1. Borang 34 (muat naik di sini)
2. Salinan IC pencarum
3. Slip gaji pencarum 6 bulan terbaru
4. Surat pengesahan akaun bank (bank untuk duit claim masuk, hanya 9 bank diterima…semak senarai 9 bank di bawah)
5. Punch kad (jika tiada, perlukan surat pengesahan bekerja dari majikan pada hari kemalangan)
6. Peta lakaran tempat kemalangan
7. MC yang asli/ original sahaja
8. Report polis yang asli/ original sahaja
9. Borang BKA-1 (muat naik di sini)….yang ni sis dapat waktu dah sampai pejabat socso, maksudnya pegawai yang di telefon itu tertinggal nak bagitau borang BKA-1 ini perlu dihantar sekali…jadi harapnya dengan perkongsian ini anda tak tertinggal untuk print borang ni sekali ya.

Read more

Pengalaman rawatan prosedur luka di Klinik Menara Bukit Jelutong

Salah satu klinik swasta yang sudah lama bertapak di Shah Alam ialah Klinik Menara Bukit Jelutong. Klinik ini merupakan klinik panel banyak syarikat di luar sana. Jika ke klinik ini anda boleh memilih sendiri doktor mana untuk merawat anda. Mungkin ini salah satu kelebihan Klinik Menara yang menyebabkan ramai pesakit memilih klinik swasta ini. Klinik Menara ada 3 cawangan iaitu Klinik Menara Bukit Jeluting, Klinik Menara Bandar Seri Sendayan Seremban & Klinik Menara Bayan Lepas Penang.

Sis juga dah banyak kali datang ke Klinik ini untuk rawatan sakit biasa, dan kebanyakannya puas hati jugalah dengan servis kat sini. Suami juga pernah ke Klinik Menara pcr test. Sis suka pergi Klinik Menara sebab ada Dr Syairah…selesa dengan dia, tapi sejak dia dah tak bertugas kat situ jarang sangat dah ke sana. Cuma kali ni pertama kali nak buat prosedur rawatan luka…puas jugalah sis cari Klinik Menara review untuk buat prosedur tapi tak jumpa. Jadi kat sini sis nak kongsilah pengalaman pertama kali buat rawatan prosedur luka di Klinik Menara Bukit Jelutong. Ceritanya begini…..anak sis terjatuh basikal dan mengalami kecederaan luka terbelah lebih kurang 1 inci lebar kat dahinya.

Setelah diteliti, doktor bertugas menyatakan hanya perlu di gam sahaja dan tak perlu dijahit. Luka anak sis disapu beberapa kali dengan alkohol untuk menyahkan kuman. Selepas itu doktor meletakkan gam dan ditutup dengan pelekat. Ringkas sahaja prosedurnya dan kos prosedur melekatkan gam pada luka kat dahi tu berjumlah RM95.

Doktor pesan supaya jangan kena air di kawasan pelekat luka selama 3 hari. Jadi selama 3 hari tu memang sis jaga betul, bahagian kepala memang tak basuh…mandi pun hanya basuh bahagian bawah badan anak sahaja. Nasib baik anak lelaki, rambut pendek jadi tak susah jaga. Pendek kata memang tiada kena air langsung sepanjang 3 hari dan bahagian kepala sentiasa kering.

Hari ketiga selepas prosedur tu, anak sis mula panas badan, cirit birit dan muntah. Walaupun demamnya tak teruk tapi dia hilang selera makan…bila makan nasi dia muntah balik. Sis dah mula risau, waktu tu sis tak syak apa-apa lagi berkaitan dengan luka di dahi anak. Suami pula balik lambat malam lebih kurang jam 10 malam. Bila suami balik perancangannya memang sis nak terus ke Klinik Menara Bukit Jelutong dan sebelum pergi sis cuba kopek sikit kat hujung pelekat nak tengok keadaan luka tu. Sepanjang 3 hari memang sis tak usik langsung pelekat luka tu ikut nasihat doktor.

Alangkah terkejutnya sis melihatkan luka tu bernanah! Itu baru kopek sikit kat hujung pelekat belum buka semua pelekat. Ngeri sis tengok bernanah…sis dah cemas, Klinik Menara tutup jam 11 malam, ada lagi sejam nak tutup. Kenapa pulalah boleh bernanah, sedangkan sis dah jaga elok kering tak bagi kena air. Adakah luka tak dicuci dengan bersih dan elok waktu prosedur….entahlah, wallahua’lam. Ni anak sis dah demam, cirit-birit, muntah…sis dah risau terkena jangkitan kuman. Siapa pula nak bertanggungjawab ni….

Sis ambil keputusan untuk ke Kecemasan Hospital Shah Alam terus. Kalau pergi Klinik Menara mungkin mereka hanya akan bersihkan dan tampal balik sahaja…bagaimana nak tahu ada jangkitan kuman atau tidak kalau tak buat ‘blood test’? Dan jika buat blood test kat klinik sekalipun, keputusannya berapa hari pula baru boleh dapat…dah sis nak kena bayar 2 kali pula untuk prosedur tampal luka yang sepatutnya tak bernanah! 

Maka bergegaslah kami ke Kecemasan Hospital Shah Alam…tempat yang sehabis mungkin kami nak elak untuk pergi sebab dah boleh bayangkan kesesakannya bagaimana, tambahan lagi risau sesangat dengan jangkitan Covid19 yang masih berleluasa sekarang ni. Kalaulah kami tahu jadi macamni, waktu awal-awal anak luka terjatuh tu kami dah bergegas ke Emergency Hospital Shah Alam. Sebab nak elak kesesakan dan jangkitan banyak kuman kat Emergency Hospitallah kami pilih ke klinik swasta, tapi nasi dah jadi bubur. Pasrahlah kami ke Hospital juga. 

Ok, sesaampainya kami ke Hospital Shah Alam jam 10.30 malam………..baca sambungan di sini 

nasi kak wook @ nasi kak wok resepi viral mudah dan sedap

Pasti ramai yang biasa mendengar nama nasi Kak Wok samada pernah merasainya sendiri mahupun pernah mendengar namanya sahaja kerana nasi Kak Wok ini sudah lama popular. Nasi putih yang dibungkus bersama gulai ayam, ayam goreng saiz kecil-kecil dan sambal kelantan. Cuma seringkas itulah hidangan yang dikenali sebagai nasi Kak Wook.

Read more

kek lapis dua rasa susu: kek lapis paling mudah

Resepi kek lapis mudah iaitu resepi kek lapis dua rasa susu ini adalah perkongsian dari Himpunan Resepi Kek Lapis Sarawak dan telah mendapat lebih 1k share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

Masak Lemak Pisang Muda campur petai dan tempoyak…menu orang dulu-dulu sedap tak terkata!

Siapa yang tidak gemar dengan menu lauk pauk kampung untuk makan tengahari? Mendengar senarai panjang menu lauk pauk kampung pun sudah boleh membuatkan kecur air liur apatah lagi jika ianya menu orang dulu-dulu.

Read more

Scroll To Top