aszulqa.com

CARA MASAK ASAM PEDAS DAGING TETEL YANG SENANG & SUPERB!

Mesti ramai yang nak tahu cara masak asam pedas daging tetel yang senang, sedap & superb kan! Jika google banyak sebenarnya versi asam pedas daging tetel ni, baik dari resepi asam pedas daging tetel mat gebu, resepi asam pedas tetel yatie kitchen, asam pedas daging azlita mahupun asam pedas daging daun kesum.

 

 

Mesti ramai juga yang nak tahu kan apa maksud daging tetel?
Daging tetel ni sebenarnya ialah lebihan daging yang mempunyai banyak urat dan banyak lemak. Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. Klik video di bawah untuk lihat cara masak daging tetel. NAK LEBIH BANYAK RESEPI VIRAL MUDAH DAN SEDAP? KLIK LIKE DAN FOLLOW SINI

 

 

 

 

Daging tetel ni adalah antara aneka masakan daging yang popular. Masakan asam pedas daging tetel ini jika kena cara buatnya pasti sedap, pekat likat & secukup rasa masam pedasnya. Sebelum memasak asam pedas, daging tetel ini perlu direbus sehingga empuk terlebih dahulu. Jom kita tengok cara buat asam pedas ni & subscribe 

 

 

BAHAN KISAR
-1″ halia
-1″ kunyit
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-minyak masak secukupnya

BAHAN -BAHAN LAIN
-segenggam cili kering kisar
-3 batang serai (diketuk)
-beberapa helai daun limau purut
-1 sudu besar asam jawa (dicampurkan sedikit air & dijadikan pes…buang bijinya ye)
-seikat daun kesum
-daging tetel (direbus empuk terlebih dahulu)

CARA MEMASAK
1.Kisarkan kesemua bahan kisar seperti di atas bersama minyak masak hingga hancur
2.Panaskan kuali & masukkan bahan kisar bersama minyak masak tadi & kacau sekejap
3.Kemudian masukkan cili kisar & kacau rata
4.Masukkan 3 batang serai yang telah diketuk
5.Masukkan air secukupnya
6.Masukkan daun limau purut & air asam jawa
7.Masaklah sehingga pecah minyak
8.Setelah itu masukkan daging tetel yang telah direbus empuk terlebih dahulu
9.Perasakan dengan 2 sudu teh garam bukit
10.Jika perlu, tambahkan air & biarkan mendidih dan perlu selalu dikacau
11.Akhir sekali masukkan daun kesum & gaul sebati
12.Siap untuk dihidang!

RESEPI ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Ramai yang masih tercari-cari resepi asam pedas ikan bersesuaian dengan lauk ikan yang nak dimasak nanti. Secara asasnya, asam pedas ikan ini boleh dipelbagaikan ikannya untuk dimasak contohnya asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembung, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan siakap, asam pedas ikan kerisi, asam pedas ikan patin, termasuklah asam pedas ikan jenahak.

Hujung minggu yang lepas kami ada membeli 2 ketul kepala ikan jenahak untuk dimasak kari kepala ikan. Memandangkan anak-anak tidak diajar untuk memakan kepala ikan (hanya kami sahaja yang makan), makanya hanya 1 ketul sahaja digunakan untuk memasak kari kepala ikan untuk sekali hidangan. Makanya…berbaki 1 ketul lagi kepala ikan jenahak….

“ermmm ikan ni nak masak apalah sedap?”

fikir punya fikir, kebetulan daun kesum pun ada stok di dapur….makanya masuklah kita ke dapur memasak asam pedas kepala ikan jenahak.

 

Memandangkan saiz kepala ikan jenahak yang dibeli itu besar, jadinya hanya seketul kepala ikan jenahak sahaja yang ngam-ngam muat untuk dimasak di dalam periuk kami. Dah tak boleh selit lagi dah isi ikan jenahak yang lain. Tak mengapalah, ini pun sudah mencukupi untuk satu hidangan makan. Tambahan lagi jika dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman, ikan kering, telur dadar…fuhhh! memang ke lautlah jawabnya diet hari tu.

Saya akan bagi cara masak asam pedas ikan jenahak yang paling simple & senang tapi sedap. Cuma perlu ikut cara memasak yang betul sahaja, supaya resepi ikan ini akan menjadi dengan jayanya. Jom kita tengok bahan-bahan & cara memasak di bawah;

BAHAN-BAHAN:
-Kepala ikan jenahak (boleh guna apa sahaja ikan kesukaan korang seperti pari, kembung dll)
-1 sudu besar asam jawa (dicampurkan sedikit air & dibuang bijinya
-Bendi
-Daun kesum

BAHAN KISAR
-9 tangkai cili kering
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih

BAHAN TUMBUK
-1 Inci halia
-1 inci kunyit hidup

CARA MASAK
1.Setelah minyak panas, masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat tadi (halia & kunyit hidup)
2.Kemudian masukkan bahan-bahan kisar & kacau sebati
3.Biarkan mendidih & hendaklah selalu dikacau supaya tidak hangit
4.Kemudian masukkan air asam jawa & kacau sebati. Tambahkan air secukupnya
5.Setelah masakan masak sebati, masukkan 1 sudu teh gula & 2 sudu teh garam (gula dimasukkan supaya masakan tidak pedas melampau & untuk menyeimbangkan rasa) kemudian kacau sebati
6.Setelah dimasukkan garam bolehlah dimasukkan kepala ikan jenahak pula
(*TIPS-garam perlu dimasukkan sebelum kepala ikan, jika garam dimasukkan selepas kepala ikan jenahak, agak susah untuk kacau kuahnya nanti dikhuatiri jika selalu kacau kepala ikan jenahak akan hancur)
7.Tutupkan periuk dengan penutup kemudian perlahankan api supaya ia masak sekata & tidak hangit
8.Selepas beberapa minit bolehlah dibuka penutup periuk & terbalikkan kepala ikan jenahak tadi
9.Ulang tutup periuk kembali
10.Selepas kepala ikan jenahak masak sekata, masukkan bendi & daun kesum
11.Biarkan mendidih selama beberapa saat sahaja kemudian tutup kembali periuk & segera tutup api (*TIPS-cara ini supaya bendi tidak layu, lembik atau terlebih masak)

Kalau taknak tersasar dari cara yang betul untuk memasak asam pedas ikan jenahak, wajib tengok & subscribe video yang dah bersusahpayah kami buat ni untuk korang follow step by step ya 😉

Scroll To Top