Resepi nasi sememangnya popular bila tiba musim bulan puasa. Kali ini kami akan kongsikan resepi viral mudah dan sedap, 7 resepi nasi untuk berbuka puasa bulan Ramadan.
Month: March 2022
7 RESEPI AIR MINUMAN SEGAR BERBUKA PUASA IFTAR RAMADAN
7 RESEPI AIR MINUMAN BERBUKA PUASA IFTAR RAMADAN antara koleksi resepi viral mudah dan sedap.
5 KUIH MUIH TRADISIONAL MUDAH UNTUK BERBUKA PUASA RAMADAN
Mencari kuih muih tradisional Melayu sedap dan mudah untuk berbuka puasa? Anda boleh cuba beberapa resepi kuih muih tradisional yang kami kongsikan di bawah ini.
Tidak lengkap bulan puasa rasanya tanpa kuih muih tradisional sebagai pencuci mulut. Ada juga yang berbuka puasa dengan kuih terlebih dahulu sebagai pelapik perut sebelum menunaikan kewajipan solat Maghrib.
5 resepi kuih muih tradisional melayu, resepi viral mudah dan sedap:
1.kuih cara berlauk
2.kuih badak berendam
3.kuih bakar
4.kuih melaka @ onde-onde
5.seri muka durian
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
MENU BERBUKA PUASA TANPA NASI
Nasi dan tekak Melayu memang tidak dapat dipisahkan. Selalunya bila tiba waktu berbuka puasa, menu berasaskan nasi dan lauk pauk menjadi pilihan yang mengenyangkan. Namun ada ketikanya kita inginkan menu berbuka puasa tanpa nasi. Jadi di sini kami senaraikan menu berbuka puasa tanpa nasi yang boleh anda cuba.
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan-bahan spaghetti bolognese
- spaghetti
- segenggam ayam cincang
- 1 biji bawang merah potong dadu (sebaiknya guna bawang holland)
- 1 batang carrot (potong dadu)
- 1 capsicum (potong dadu)
- 1 batang saderi (dipotong)
- garam bukit secukup rasa
- 1 botol sos bolognese (traditional)
- mixed herbs
- 1 pek spaghetti (direbus hingga lembut)
Cara masak spaghetti bolognese simple klik sini
RESEPI SPAGHETTI CARBONARA
Bahan-bahan spaghetti carbonara tanpa sos prego
- sedikit butter/ mentega
- 1 biji bawang holland (racik halus atau potong dadu kecil)
- 2 keping daging burger
- 1 cili merah besar (dihiris)
- 1 cawan susu (kami guna 3 sudu besar susu tepung full cream larutkan dalam secawan air)
- 4-5 cheese keping
- 4-5 biji cendawan shitake (dihiris)
- beberapa biji meatball
- 12 ekor udang
- 1 sudu besar tepung jagung (dilarutkan bersama sedikit air)
- 1 peket spaghetti
Cara masak spaghetti carbonara tanpa sos prego klik sini
RESEPI MAKARONI GORENG CHEESE
Bahan-bahan makaroni goreng cheese
- 4 genggam makaroni
- 1 biji bawang merah besar diracik (sebaiknya guna bawang holland)
- 3 ulas bawang putih (diracik)
- segenggam isi ayam (dihiris)
- 1 biji telur
- 4-5 keping cheese
- 1/2 batang carrot
- 1/2 batang saderi
- 4 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar serbuk kari
Cara masak makaroni goreng klik sini
RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan-bahan bihun goreng singapore
- sebungkus bihun direndam dengan air suhu bilik supaya sedikit lembut
- 10 ulas bawang putih (diracik @ ditumbuk)
- 1 tangkai cili merah (dihiris)
- 1 sudu besar lada hitam @ black pepper (ditumbuk)
- isi ayam (dipotong kecil)
- 1 biji telur
- 1 batang lobak merak (dihiris halus memanjang)
- 3/4 biji kobis (dihiris halus memanjang)
Cara masak bihun goreng singapore klik sini
RESEPI SPAGHETTI CARBONARA CREAMY (CHEESE + AYAM)
Bahan-bahan spaghetti carbonara cheese
- mentega @ marjerin
- 1 biji bawang holland (potong dadu)
- 3 ulas bawang putih (potong dadu)
- 1 cili merah (dihiris)
- cendawan shitake (dihiris)
- 1 dada ayam (dihiris kecil)
- 2 cawan susu (susu segar @ susu tepung @ susu cair)
- 2 sb tepung gandum + sedikit air
- 2 cheese keping
- black pepper @ serbuk lada hidam
- parmesan cheese
- 1 peket spaghetti
Cara masak spaghetti carbonara cheese klik sini
RESEPI AYAM BAKAR DAN MASHED POTATO
Bahan-bahan ayam bakar dan mashed potato
- 1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
- 13 sb sos cili
- 2 sb kicap pekat manis
- lada hitam
- 3 sb gula
- garam
- 2 bawang merah (dikisar)
- 4 bawang putih (dikisar)
Cara masak ayam bakar dan mashed potato klik sini
Tempat Makan Menarik Kelantan_Kedai Kopi Din Tokyo KB
Kelantan yang terkenal sebagai syurga makanan, tidak sah jika ke Kelantan jika tidak Jalan Jalan Cari Makan. Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan sudah semestinyalah mempunyai banyak port makanan menarik untuk mencuba pelbagai jenis makanan tradisional Kelantan mahupun makanan menarik yang lain.
Jika ke pusat bandar Kota Bharu, Kelantan tidak sah jika tidak berkunjung ke Pasar Siti Khadijah. Di dalam pasar Siti Khadijah itu sendiri sudah terlalu rambang mata untuk memilih makanan sedap-sedap untuk dibungkus mahupun makan di situ sahaja. Ada satu tingkat khas iaitu di tingkat satu Pasar Siti Khadijah wing baru dikhaskan untuk peniaga gerai-gerai makanan. Laksam, laksa kuah putih, sup keting, sup perut, nasi kerabu, nasi dagang, nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk pauk, kuih muih Kelantan dan banyak lagi boleh anda dinikmati di gerai-gerai makanan di situ.
Namun jika anda ingin berkunjung ke tempat makan menarik Kelantan yang lebih santai dalam masa yang sama menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional Kelantan anda boleh berkunjung ke Kedai Kopi Din Tokyo yang terletak di Jalan Tok Hakim, bandar Kota Bharu.
Kedai Kopi Din Tokyo terletak di deretan lot kedai lama, dan boleh dilihat dengan jelas dari jalan besar signboardnya yang berwarna hitam. Asalnya Kedai Kopi Din Tokyo ini hanyalah dari sebuah lot kedai makan kemudian berkembang sehingga kepada dua lot kedai makan.
Jika dilihat dari depan Kedai Kopi Din Tokyo ini masih mengekalkan ciri-ciri asal rekaan kedai kopi orang Kelantan zaman dulu-dulu. Rekaan dan susun atur kedai kopi berkonsepkan bar kampung dengan pelayan restoran berada di tengah-tengah bar mengambil order air dan terus membuat air pesanan pelanggan sambil ditonton oleh pelanggan.
Setelah memesan minuman, pelanggan boleh memilih sendiri menu makanan yang terpampang besar di hadapan mereka iaitu di signboard berwarna oren (menu & harga dinyatakan sekali). Makanan Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan nasi tumpang ada dijual siap berbungkus dengan harga semurah RM3.50 sahaja.
Berikut adalah lokasi dan alamat Kedai Kopi Din Tokyo:
Kedai Kopi Din Tokyo KB,
3945, Jalan Tok Hakim, Bandar Kota Bharu,
15000 Kota Bharu, Kelantan
STAYCATION RAMADAN 2022 KUALA LUMPUR & SELANGOR

Memasuki tahun ketiga kita berada dalam era wabak covid19 dan beberapa hari lagi negara Malaysia akan beralih daripada fasa pandemik kepada fasa endemik. Industri perhotelan yang suram sejak 2 tahun lepas, tahun ini bakal bernafas lega apabila segala aktiviti tidak disekat lagi seperti fasa PKP dahulu.
Banyak hotel sudah bersedia menyambut fasa endemik ini dengan membuka tawaran ramadan staycation kepada para pengunjung, di mana pengunjung boleh menginap di hotel dalam masa yang sama boleh berbuka puasa buffet ramadan ataupun bersahur dalam satu pakej staycation dengan harga yang menarik (senarai staycation ramadan 2022 akan di update dari masa ke semasa).
Antara hotel yang menawarkan pakej ramadhan staycation 2022 di Kuala Lumpur adalah seperti Berjaya Times Square Hotel KL, Premiera Hotel KL, Corus Hotel Kuala Lumpur, The Pearl Hotel Kuala Lumpur, Novotel Hotel KL dan banyak lagi .
Manakal antara hotel yang menawarkan pakej ramadan staycation 2022 di Selangor adalah seperti Zenith Hotel Putrajaya, Nexus Regency Suites Hotel Shah Alam, Park Inn Radisson Hotel Putrajaya, Armada Hotel Petaling Jaya, Eastin Hotel PJ, Avante Hotel Damansara, Tenera Hotel Bangi, Best Western I-City Hotel Shah Alam dan banyak lagi.
Info lanjut dan cara menghubungi hotel untuk tempahan staycation boleh merujuk pada poster hotel-hotel berkenaan di bawah:
BUFFET RAMADAN 2022 KUALA LUMPUR (KL)
Senarai buffet ramadan Kuala Lumpur 2022 dapat memudahkan anda membuat pilihan tempat berbuka puasa ramadhan ini mengikut citarasa masing-masing. Berikut ialah senarai harga hotel-hotel Malaysia di Kuala Lumpur yang menawarkan buffet berbuka puasa iftar Ramadhan pada tahun ini:
Hotel Intercontiental, KL RM209.90nett
Hotel Hilton, KL RM208nett
Hotel Sheraton, KL RM198nett
Hotel The Westin, KL RM188nett
Hotel Impiana, KLCC RM178++
Hotel Pullman, KLCC RM188++
Hotel Tamu, KL RM159nett
Hoter Le Quadri, KL RM158nett
Hotel Seri Pacific, KL RM150
Hotel Melia, KL RM135
Hotel Sunway Putra RM129++
Hotel Premiera, KL RM128nett
Hotel Novotel, KL RM128nett
Hotel The Pearl, KL RM118
Hotel Perdana KL RM118nett
Hotel Maya, KL RM110++
Corus Hotel Kuala Lumpur RM108nett
Hotel Dorsett, KL RM108nett
Hotel Dorsett, Hartamas RM98nett
Hotel Vivatel, KL RM98nett
Food review buffet ramadhan Corus Hotel Kuala Lumpur klik sini
BUFFET RAMADAN 2022 DI CORUS HOTEL KUALA LUMPUR

Jika anda masih mencari-cari buffet ramadan 2022 Kuala Lumpur, Corus Hotel Kuala Lumpur menawarkan sajian iftar berbuka puasa dengan lebih 200 menu masakan dengan harga mampu milik RM100++.
Corus Hotel Kuala Lumpur terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, bersebelahan dengan KLCC. Untuk ke stesen LRT KLCC bawah tanah hanya mengambil masa 2 minit berjalan kaki dari Hotel Corus Kuala Lumpur dan 5 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas. Sekiranya anda ingin ‘shopping’ persiapan raya di sekitar KLCC dan mall berdekatan, anda boleh berbuat demikian kerana jaraknya hanya ‘walking distance’ dari Hotel Corus, KL ini.
Untuk yang mencari-cari buffet hotel Halal, Corus Hotel Kuala Lumpur adalah salah satu hotel dengan status HALAL JAKIM. Jadi tiada keraguan dan was-was untuk menikmati hidangan buffet hotel di sini.
Antara menu istimewa yang bakal disajikan di Corus Hotel Kuala Lumpur ialah daging salai masak lemak pucuk ubi mangga muda. Masak lemak cili api yang sememangnya sinonim dengan Negeri Sembilan, cukup terasa pedas dan lemaknya. Manakala Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Udang Masak Kapitan pula antara masakan dari Melaka turut diketengahkan di Dondang Sayang Coffee House ini sebagai tarikan iftar berbuka puasa. Menu masakan Kelantan iaitu ayam percik juga tidak kurang sedapnya.

Jika anda penggemar masakan pedas, anda juga patut mencuba sotong masak sambal hijau. Boleh dipadankan dengan aneka jenis kerabu yang ada disitu contohnya kerabu sotong, kerabu magga, kerabu ulam-ulaman dan banyak lagi. Kalau dah makan pedas-pedas tu jangan risau, anda boleh seimbangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti betik, tembikai, longan, mangga dan banyak lagi.


Walaupun berharga RM100++ anda masih boleh menikmati hidangan kambing golek yang sentiasa dicari-cari bila berbuka di hotel. Penggemar kambing golek mesti gembira dapat menikmati hidangan kambing panggang bila berbuka nanti.


Selain hidangan lauk pauk masakan melayu, ada juga sup tulang rawan yang sedap. Bila dihirup sup tulang rawan ni panas-panas memang sedap dan terasa rempahnya.
Kalau rindu dengan bubur lambuk, anda juga boleh menikmatinya di hotel ini.
Tidak lengkap buffet ramadahan tanpa dessert. Pelbagai jenis kek, puding, tart dan pemanis mulut ada disajikan di sini. Pilih sahaja mana yang berkenan! Oh ya! kuih-muih tradisional melayu seperti bingka ubi, talam, pulut panggang, cara berlauk dsbg juga tidak ketinggalan dihidangkan.
Santapan Warisan @ Ramadhan Buffet Dinner Corus Hotel Kuala Lumpur
Tarikh: 5 April 2022 hingga 30 April 2022
Masa: 6.30 petang hingga 10 malam
Tempat: Dondang Sayang Coffee House, Corus Hotel KL (ground floor)
Harga Dewasa: RM108 nett
Harga kanak-kanak: RM70 nett
Promosi: Tempah 10pax PERCUMA 1pax
Untuk sebarang tempahan buffet ramadhan boleh hubungi 03-2161 8888 atau emel kepada fnb@corushotel-kl.com


Resepi Pulut Kuning Ringkas: Cara Masak Pulut Kuning Mudah

Resepi pulut kuning ringkas dan sedap dimakan bersama begitu sahaja ataupun bersama rendang ayam. Sebenarnya nak masak pulut kuning ni tak susah pun, kena tahu cara yang betul dan mudah untuk masak pulut kuning supaya menjadi! Jika salah cara masak, pulut kuning boleh menjadi lembik ataupun keras.
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Tips dan petua untuk mengelakkan pulut kuning keras apabila siap dimasak ialah dengan merendam beras pulut semalaman di dalam air. Tips dan petua supaya pulut kuning masak cantik berkilat ialah dengan merendam beras pulut bersama dengan asam keping semalaman. Sekiranya kita ingin memasak pulut kuning keesokan harinya, malamnya kita wajib rendam beras pulut dahulu.
Tips memasak pulut kuning supaya tahan lama dan tidak cepat basi ialah dengan mengukus pulut kuning kali kedua selepas menggaulkannya dengan santan. Cara masak pulut kuning sukatan cawan dan pulut kuning guna santan kotak ini senang difahami, boleh tonton video bawah sampai habis.
Bahan-bahan:
500g beras pulut (4 cawan beras pulut)
Air secukupnya untuk merendam beras pulut
2 sb serbuk kunyit
3 asam keping
200ml santan kotak
200ml air
garam secukup rasa
30 HARI 30 MENU RESEPI BERBUKA PUASA RAMADAN

Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Bulan penuh barokah yang sentiasa dirindui muslimin dan muslimat setiap tahun. Selain mempertingkatkan amal ibadah, kita sebolehnya cuba untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dengan berbuka puasa bersama keluarga tersayang.
Ibu-ibulah yang paling pening memikirkan 30 resepi sepanjang Ramadan. Jangan risau, kami bantu anda memudahkan perancangan 30 resepi sepanjang Ramdan dengan 30 HARI 30 MENU RESEPI BERBUKA PUASA by As Zulqa. Cadangan 30 menu berbuka puasa boleh dijadikan panduan asas dan diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Semoga bermanfaat buat semua.
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)