aszulqa.com

5 Jenama Kosmetik & penjagaan diri MALAYSIA yang tersenarai mendapat sijil halal JAKIM (Januari 2018)

Lambakan jenama kosmetik di pasaran Malaysia tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Setiap hari ada sahaja yang berani mengambil langkah untuk menjadi ‘brand owner’ atau ‘founder’ kepada jenama kosmetik sendiri. Justeru persaingan di dalam bidang kecantikan dan penjagaan diri adalah sangat sengit.

Mutakhir ini, kosmetik halal sering menjadi sebutan. Perkembangan kajian dan ilmu pengetahuan telah membuktikan kepentingan kosmetik halal terhadap umat Islam secara khususnya. Walaupun demikian, aplikasi kosmetik halal bukan hanya terhad kepada penganut agama Islam sahaja, malah ia telah manjadi pilihan ramai penganut bukan Islam kerana halal itu universal.

Ramai yang tidak tahu bahawa status halal sesuatu produk kosmetik itu boleh diperiksa melalui laman web DIREKTORI HALAL.

Untuk panduan bersama, di bawah ini ada disertakan beberapa jenama kosmetik dan penjagaan diri di Malaysia yang telah tersenarai mendapat sijil halal sah JAKIM bagi tahun 2018.

Read more

Scroll To Top