aszulqa.com

resepi sup ayam macam kedai tomyam

Kedai tomyam sentiasa menjadi pilihan untuk makan malam kerana menu masakan panasnya yang pelbagai. Antara masakan panas yang digemari ramai ialah tomyam dan sup ayam.

Read more

rupanya asam pedas ayam lebih sedap berbanding asam pedas ikan, ada penambahan beberapa bahan penambah kesedapannya!

Jika sebelum ini anda hanya biasa makan asam pedas ikan, apakata cuba resepi asam pedas ayam power ni! Asam pedas ayam rupanya lebih sedap berbanding asam pedas ikan dengan penambahan beberapa bahan seperti di bawah:

Read more

rendang ayam simple, resepi rendang ayam berkuah sedap dimakan bersama pulut kuning

Rendang ayam sangat sinonim dengan menu masakan Melayu. Tidak Melayulah jika tidak kenal menu rendang. Saban tahun, resepi rendang ayam akan menjadi viral apabila tibanya musim perayaan. Pada hari biasa, rendang ayam berkuah ini sedap dimakan bersama pulut kuning mahupun nasi putih.

Read more

ayam masak rose resepi tukang masak kenduri

Alangkah enaknya makan nasi minyak kenduri kahwin bersama dengan ayam masak rose. Selalunya ayam masak rose senang didapati di majlis kenduri kahwin dulu-dulu yang masih mengamalkan konsep memasak bergotong royong.

Read more

resipi sup ayam mamak

Masyarakat majmuk memeriahkan kepelbagaian makanan di Malaysia. Antara tempat makan yang sering dikunjungi di Malaysia tidak mengenal kaum ialah kedai mamak ataupun restoran mamak. Kepelbagaian menu mamak merupakan tarikan utama ianya senang dikunjungi oleh semua kaum di Malaysia.

Selain roti canai, kedai mamak juga cukup terkenal dengan menu sup ayam mamak yang power! Sup ayam mamak yang pekat dan kaya dengan rasa rempah agak berbeza dengan sup ayam Melayu. Resepi ayam berkuah tanpa santan ini sedap dihirup begitu sahaja dan dicicah bersama roti ataupun dimakan bersama nasi putih. Jika sebelum ini kita hanya menikmati sup ayam mamak ini di kedai mamak, apa kata kita cuba sendiri masak di rumah resepi sup ayam mamak style yang pekat dan berempah seperti resipi di bawah ini:

bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
4 sekawan
1 peket kecil rempah sup
2 sb rempah kurma
1 sb serbuk kunyit
5-7 biji ubi kentang
1 batang carrot
daun ketumbar
garam
air

Read more

ayam goreng ala KFC rangup

Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah??. Berikut ialah perkongsian daripada Murni Rahmat ini yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Ayam goreng KFC yang rangup dan juicy selalunya digemari baik dewasa mahupun kanak-kanak. Sedap dimakan di restoran makanan segera ini, mahupun dibungkus bawa pulang. Jika dibeli 1 set tidaklah terasa mana, tapi jika dibeli untuk seisi keluarga lebih dari 5 orang ahli keluaraga memang terasa mahalnya.  Read more

7 RESEPI NASI UNTUK BERBUKA PUASA RAMADAN

Resepi nasi sememangnya popular bila tiba musim bulan puasa. Kali ini kami akan kongsikan resepi viral mudah dan sedap, 7 resepi nasi untuk berbuka puasa bulan Ramadan.

7 RESEPI NASI UNTUK BERBUKA PUASA RESEPI VIRAL MUDAH DAN SEDAP sempena bulan Ramadan:
1.Resepi nasi lemak & sambal nasi lemak viral
2.Resepi nasi minyak
3.Resepi nasi arab
4.Resepi nasi briyani
5.Resepi nasi kerabu
6.Resepi nasi ayam penyet
7.Resepi nasi ayam

Read more

Ayam Bakar dan Cara Buat Mashed Potato

Ayam bakar sememangnya menu kegemaran ramai rakyat Malaysia. Selain mudah disediakan, ianya juga salah satu menu diet sihat. Sebelum itu boleh tonton resepi ayam bakar menggiurkan yang telah mendapat 25k views ini:

Read more

AYAM MASAK LEMAK CILI API

AYAM MASAK LEMAK CILI API resepi berniaga nasi campur, sedap tak terkata…belum cuba belum tahu.

 

BAHAN-BAHAN Ayam Masak Lemak Cili Api
-1/2 ekor ayam (potong kecil)
-1 mangkuk santan
-3 biji kentang
-1 asam keping
-5 helai daun kunyit
-10-15 helai daun limau purut
-3 cili api merah untuk hiasan

BAHAN KISAR ayam masak lemak cili api
-1 biji bawang merah besar
-3 inci kunyit hidup
-4 cili api (anak-anak tak boleh makan pedas…kalau korang nak pedas masak lemak cili api negeri sembilan boleh buat 10-15 cili api, atau boleh je nak lebihkan…ikut tekak masing-masing)

CARA MASAK ayam masak lemak cili api
1.lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
2.panaskan periuk, kemudian masukkan ayam dan masak seketika
3.seterusnya masukkan kesemua bahan kisar…kacau mesra
4.tambahkan air
5.masukkan potongan kentang
6.masukkan 1/2 santan
7.masukkan daun limau purut & daun kunyit yang dicarik-carik
8.masukkan asam keping
9.masukkan baki lagi 1/2 santan tadi…kacau sebati
10.masukkan lagi baki daun limau purut & daun kunyit
11.perasakan dengan garam
12.masak sekejap lagi sambil mengacau
13.dah siap!

Scroll To Top