aszulqa.com

Pemasaran Bisnes Efektif Melalui Organik Marketing: Cara Meningkatkan Jualan Bisnes Anda

Mencari cara meningkatkan jualan perniagaan? Teruja untuk mengetahui bagaimana pemasaran bisnes melalui organik marketing yang boleh membantu anda? Baca artikel ini untuk mendapatkan strategi yang efektif dan panduan lengkap untuk mencapai kejayaan dalam pemasaran perniagaan anda.

Dalam dunia perniagaan yang kompetitif, strategi pemasaran berperanan penting dalam mencapai target jualan sesebuah perniagaan. Salah satu strategi pemasaran yang sentiasa evergreen dan mendapat perhatian adalah pemasaran bisnes melalui organik marketing. Artikel ini akan membahaskan dengan lebih mendalam tentang cara meningkatkan jualan perniagaan dan merancang strategi pemasaran yang berkesan melalui pemasaran organik ataupun lebih dikenali sebagai organik marketing.

 

Apa itu Organik Marketing:
Organik marketing adalah strategi pemasaran yang tidak menggunakan iklan berbayar setiap masa seperti fb ads, ig ads, TikTok ads mahupun google ads. Organik marketing mengoptimasikan konten dan strategi SEO untuk meningkatkan capaian pelanggan terhadap perniagaan anda melalui carian google di website atau pun video di Youtube.

 

Organik marketing dapat digunakan sebagai cara meningkatkan jualan perniagaan, cara menaikkan sales retail, strategi pemasaran perniagaan,  cara marketing berkesan, cara marketing online berkesan, perancangan dan strategi pemasaran produk dan sebagai cara marketing produk baru mahupun produk yang sudah ternama.

 

Kelebihan organik marketing:

  • Lebih Murah:
    Organik marketing adalah strategi pemasaran yang relatif lebih murah dan hanya perlu sekali bayar sahaja untuk memastikan bisnes anda muncul di carian google. Anda tidak perlu mengeluarkan biaya untuk iklan berbayar setiap masa ataupun setiap bulan yang memerlukan belanja yang besar yang mana jika anda tidak buat iklan berbayar maka bisnes anda ‘tenggelam’ dan ‘tidak nampak’ oleh pelanggan. Orang bisnes mesti sudah tahu ‘basic marketing’ ialah ‘membuatkan bisnes anda nampak’ di mata ramai terutamanya kepada target pelanggan anda.
  • Efektif:
    Organik marketing sangat efektif untuk membuatkan bisnes anda ‘ditemui’ dan ‘nampak’ oleh pelanggan dalam masa yang sama berpotensi meningkatkan jualan perniagaan. Organik marketing boleh meningkatkan brand awareness bisnes anda dan membawa trafik ke platform bisnes anda apabila pelanggan klik pada link yang disertakan di dalam website seperti client kami ini ataupun di Youtube seperti client kami yang ini.
  • Evergreen:
    Organik marketing adalah strategi pemasaran yang evergreen dan konsisten. Bermaksud hasil dari organik marketing boleh diperolehi selagi mana website yang menulis konten bisnes anda meyiarkannya di website mereka dan muncul di mesin carian google dengan kata lain  ‘even after you stop spending money on it you still gain benefit’. 

 

Cara Meningkatkan Jualan Perniagaan Melalui Organik Marketing dan strategi pemasaran perniagaan yang efektif:

Meningkatkan jualan perniagaan adalah sasaran utama setiap usahawan samada bisnes online mahupun bisnes fizikal. Melalui pemasaran bisnes yang terancang, anda boleh mencapai matlamat ini dengan lebih berkesan. Pendekatan organik marketing dan cara marketing online berkesan adalah melibatkan pengoptimuman mesin carian google yang dikenali sebagai SEO (Search Engine Optimization), kandungan konten berkualiti, interaksi dengan pelanggan melalui media sosial seperti di Facebook (fb), Instagram (ig) ataupun TikTok, mengikut trend terkini, tawaran menarik dan influencer marketing seperti di bawah:


  • Pengoptimuman Mesin Carian (SEO):
    Memastikan laman web perniagaan anda muncul dalam carian atas dalam enjin carian utama Google (berada di halaman pertama carian google) dengan menggunakan perkataan kunci (keyword) yang relevan. Optimasi SEO ini menggunakan teknik dan kemahiran yang tinggi. Jangan risau jika perniagaan atau bisnes tiada website rasmi, ianya boleh dilakukan dengan mengupah website sedia ada yang menawarkan servis penulisan artikel, konten dan review perniagaan anda di website tersedia seperti yang kami tawarkan di aszulqa.com/blog.

    Berikut ialah contoh ‘keyword’ di website aszulqa.com yang berjaya ranking di ‘1st  page google’ dengan optimasi SEO. Anda boleh taip ‘keyword’ durian murah Selangor  dan menemui website kami halaman pertama google. Bayangkan bisnes anda berada    di halaman pertama google seperti ini, pastinya memberikan impresi yang bagus untuk bakal pelanggan. Bagi pemilik bisnes durian, ini adalah peluang keemasan untuk gerai durian mahupun kedai durian anda tersenarai di ‘first page google’ dengan klik di sini untuk menghubungi team kami sekarang.

  • Selain itu anda juga boleh menaip ‘keyword’ “cara jadi agent produk” dan menemui website kami bukan sahaja di halaman pertama google, malahan di carian teratas sekali. Terdapat sebanyak 4 juta carian keyword “cara jadi agent produk” dan cuba anda bayangkan produk anda tersenarai dalam carian teratas sebegitu. Jika anda mempunyai produk dan menjalankan sistem agent, anda boleh gunakan peluang keemasan untuk turur tersenarai di ‘first page google’ dengan klik di sini untuk menghubungi team kami sekarang.

  • Kandungan Konten Berkualiti:
    Menghasilkan kandungan konten yang bermanfaat dan berkualiti tinggi seperti penulisan artikel dan konten di website, video review atau video marketing di Youtube, gambar menarik atau pun infografik yang berjaya menarik minat dan disukai serta memberikan informasi kepada pelanggan. Konten adalah salah satu elemen yang paling penting dalam organik marketing dan mungkin anda juga pernah mendengar quote seperti di bawah ini:

“CONTENT IS KING’

 

  •  Media Sosial Sebagai Platform Perniagaan:
    Memanfaatkan media sosial seperti Facebook (fb), Instagram (ig) ataupun TikTok untuk berinteraksi dengan followers, berkongsi konten, mempromosikan konten dan mengukuhkan hubungan perniagaan. ‘Engagement’ berbentuk like, komen dan share dapat menaikkan ‘views’ konten anda.

 

  • Ikuti trend dan topik yang sedang hangat dibicarakan:
    Buat konten tentang trend dan topik yang sedang hangat dibicarakan. Konten tentang tren dan topik yang sedang hangat dibicarakan akan lebih mudah menarik perhatian orang.
  • Buat tawaran yang menarik:
    Buat tawaran yang menarik untuk mendorong orang untuk membeli produk atau sevis anda. Tawaran menarik yang boleh ditawarkan ialah seperti diskaun, free gift, happy hour, cashback, lucky draw dan sebagainya.
  • Manfaatkan influencer marketing:
    Influencer marketing adalah salah satu cara yang efektif untuk mempromosikan bisnes, premis, produk, kedai, gerai mahupun restoran anda.

 

 

Cara Menaikkan Sales Retail?
Bagi perniagaan runcit, menaikkan sales retail adalah suatu cabaran tetapi boleh dicapai melalui pemasaran organik. Dengan menghasilkan kandungan konten yang memberi nilai tambah seperti ulasan produk yang jelas dan menarik contohnya melalui review produk, review kedai, review makanan dan sebagainya, anda dapat menarik minat pelanggan, mendekatkan bisnes anda di hati pelanggan dan mengukuhkan kedudukan perniagaan anda dalam pasaran.

Anda juga boleh menawarkan program loyalti pelanggan contohnya seperti yang Mc Donald’s pernah lakukan iaitu menyediakan kad bercop untuk setiap pembelain ‘coffee’ sehingga pembelian ‘coffee’ yang ke-10, pelanggan akan mendapat percuma 1 ‘coffee’.

 

Perancangan dan Strategi Pemasaran Produk:
Perancangan strategi pemasaran produk memerlukan analisis mendalam mengenai pasaran sasaran (target audience) dengan kata mudah anda perlu tahu target market yang jelas. Anda juga perlu mengenal pasti keunikan produk anda (USP produk) dan menyusun strategi yang memfokuskan pada ciri-ciri yang membezakan produk anda dari pesaing.

 

Kesimpulannya Pemasaran bisnes melalui organik marketing adalah strategi yang efektif untuk meningkatkan jualan dan mencapai kejayaan perniagaan anda. Dengan menggunakan strategi SEO, menghasilkan kandungan berkualiti, dan memanfaatkan media sosial sebagai platform, anda akan dapat mencapai matlamat pemasaran anda dengan lebih berkesan. Melalui usaha yang berterusan dan perancangan yang bijak, perniagaan anda akan dapat mencapai hasil yang memuaskan dalam jualan dan pertumbuhan jangka panjang.

Jika anda serius berminat dengan servis organik marketing yang kami tawarkan, klik sini untuk booking slot anda kerana slot adalah terhad setiap bulan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 20 =

Scroll To Top