aszulqa.com

NILAI PAMPASAN KEMALANGAN PERKESO [Part 3]

Seperti yang dijanjikan panda entri part 2 sebelum ini, sis akan melaporkan perkembangan terkini tuntutan kemalangan PERKESO. 

24.10.2022 duit pampasan kemalangan berjaya dimasukkan ke akaun suami secara automatik seperti gambar di atas. Ramai yang bertanya berapa lama proses tuntutan PERKESO?

Di sini sis kongsikan berdasarkan pengalaman sis ya, jadi bermula dari tarikh hantar dokumen secara lengkap pada 8.9.2022 sehingga 24.10.22, maka penerimaan nilai pampasan kemalangan PERKESO mengambil masa selama lebih kurang 1 bulan setengah atau lebih tepatnya 47 hari.

Sepanjang tempoh menunggu 47 hari kami tidak dihubungi langsung oleh mana-mana pegawai PERKESO/ SOCSO bermakna dokumen yang kami hantar adalah lengkap sepenuhnya. Tahu-tahu duit pampasan sudah automatik masuk ke dalam no. akaun yang diberi semasa mengisi borang dokumen hari itu. Jumlah pampasan PERKESO selama lebih kurang 2 minggu lebih kurang RM1K ++, semoga perkongsian ini memberi ‘bench mark’ figure untuk anda yang masih tertanya-tanya jumlah pampasan PERKESO yang bakal diterima kelak. 

Tempoh proses tuntutan PERKESO ini mungkin boleh jadi lebih cepat atau lebih lama berdasarkan kes kemalangan dan lengkap atau tidaknya dokumen yang dihantar. Jadi anda bolehlah mengandaikan tempoh tuntutan PERKESO ini mengambil masa 1 bulan hingga 2 bulan.

Ramai juga yang bertanya, bagaimana pengiraan nilai pampasan kemalangan PERKESO?
Ok, pengiraan nilai pampasan kemalangan PERKESO adalah berdasarkan jumlah cuti sakit atu MC yang kita terima. Kecederaan atau kesakitan akibat kemalangan yang mengakibatkan anda tidak dapat bekerja sekurang-kurangnya 4 hari. Berikut ialah kiraan pampasan PERKESO:
-80% daripada jumlah gaji harian anda ataupun
-maksimum RM105.33 sahaja

Contohnya, walaupun gaji anda sehari ialah RM200, anda hanya akan mendapat claim maksimum sebanyak RM105.33 sahaja. Jika kurang daripada jumlah itu maka akan dikira 80% daripada gaji harian anda.

Ini adalah nilai pampasan kemalangan PERKESO untuk cuti sakit (faedah hilang upaya sementara) tanpa sebarang kecederaan teruk seperti patah tulang dll, jika ada kecederaan patah tulang mana-mana anggota badan, seperti kemalangan patah jari, kemalangan patah kaki maka akan ada nilai pampasan tambahan yang lain lagi kerana ianya dikira sebagai faedah hilang upaya kekal. Yang ni sis tak boleh nak komen lebih sebab kemalangan jalanraya suami sis tidak melibatkan sebarang patah tulang, hanya bengkak pada tulang rusuk iaitu kategori faedah hilang upaya sementara, jadi hanya dapat tuntutan cuti sakit selama 2 minggu sahaja. Sis menulis berdasarkan pengalaman sendiri sahaja bukan copy paste dari tempat lain.

Read more

Cara claim SOCSO [claim socso kemalangan, MC dan cuti sakit] PART 2

Sebelum ini sis pernah kongsikan senarai semak dokumen tuntutan kemalangan SOCSO/ PERKESO yang sis dapat melalui panggilan telefon dengan pegawai SOCSO. Klik sini untuk lihat senarai semak dokumen tuntutan kemalangan SOCSO/ PERKESO.

Read more

Scroll To Top