Kedai tomyam sentiasa menjadi pilihan untuk makan malam kerana menu masakan panasnya yang pelbagai. Antara masakan panas yang digemari ramai ialah tomyam dan sup ayam.
resepi
resepi tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Untuk Jualan
Biskut tart nenas tidak asing lagi sebagai biskut raya popular dan selalunya ada di setiap rumah yang dikunjungi setiap kali tibanya hari raya. Tart nenas yang gebu dan cair di mulut pasti menjadi idaman ramai.
resepi pulut kuning rendang ayam
Resepi pulut kuning rendang ayam cara mak saya ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Kalian pasti teruja untuk mengetahui resepi pulut kuning 3kg ini kerana semestinya ia sangat berguna sebagai rujukan memasak untuk sebarang majlis makan-makan, majlis keraian, majlis hari raya dan pelbagai lagi majlis. Resepi pulut kuning 3kg ini juga boleh dibuat meniaga kerana sukatannya yang banyak.
7 resepi puding viral
Salah satu resepi pemanis mulut atau dessert yang evergreen ialah resepi puding. Kali ini kami akan kongsikan 7 resepi puding viral iaitu resepi puding simple dan sedap. Antara resepi puding viral ialah puding roti, puding buah, puding oreo milo, puding cocktail dan banyak lagi.
mudahnya resepi kek span simple ni…berbaloi dicuba!
AIR JAGUNG KETAGIH [Resepi Air Viral]
Air jagung ketagih sememangnya resepi air viral yang sedap hingga menyebabkan orang ingin minum berulang-ulang kali. Kali ini kami akan kongsikan resepi air jagung ketagih yang lebih power, bukan sahaja ada jagung malahan ada tambahan laici dan cincau. Rasa sekali pasti nak lagi!
AIR MINUMAN SEDAP [Air Rebusan Sedap 1001 guna]
Air minuman sedap daripada air rebusan goji berry, kurma merah dan longan kering dengan 1001 khasiat untuk kesihatan wanita dan juga lelaki. Resepi air kurma merah dan longan beserta goji berry ini adalah perkongsian daripada Dr. As Zulqa.
? Ikuti update terbaru secara eksklusif:
?Youtube (klik subscribe)
?Instagram (klik follow)
?TikTok (klik follow)
?fb page (klik follow)
AIR BARLI dan KURMA MERAH Untuk Kesihatan Tubuh Badan
Resepi air barli dan kurma merah minuman sedap berkhasiat untuk tubuh badan. ‘Ubat’ demam sedap yang mujarab kerana air barli dapat sejukkan badan dan menurunkan suhu badan panas demam.
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
FB Page (klik like & follow)
FB Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Cara masak air barli mudah bersama kurma merah kena lihat video sampai habis. Resepi air barli viral ini bagus untuk kesihatan tubuh badan kerana tiada sebarang campuran gula putih. Dengan kos yang sangat murah, air barli memberikan 1001 khasiat dan kelebihan pada kita.
Selain boleh dijadikan ‘ubat’ demam sedap, air barli juga banyak khasiat lain.
1] Air barli untuk kencing kotor
2] Air barli untuk batu karang
3] Air barli untuk kencing manis
4] Air barli untuk pesakit buah pinggang
4] Air barli untuk ibu hamil
5] Air barli untuk batuk
6] Air barli untuk gastrik
7] Air barli untuk kolesterol
8] Air barli untuk gout
9] Air barli untuk diet
BAHAN-BAHAN
-200g barli
-100g kurma merah
-1.5 liter air
-madu (secukup rasa)
Selain dijadikan minuman sedap yang berkhasiat, air barli juga sesuai sebagai air detox. Boleh dijadikan salah satu resepi air berbuka puasa yang dapat mengembalikan tenaga dan bagus untuk detox tubuh selepas seharian badan kita berehat dari makan minum.Air barli dengan khasiat 2 in 1 yang mana menghilangkan dahaga dan menjaga kesihatan tubuh badan kita.
NASI KERABU
Antara banyak-banyak resepi nasi, resepi nasi kerabu adalah resepi nasi yang paling renyah dan memakan masak yang lama untuk dibuat. Walaupun renyah dan banyak ‘step’ ,masih berbaloi untuk kita buat sendiri nasi kerabu ini kerana dijamin sedap dan boleh diubahsuai mengikut selera tekak kita sendiri. Memang puas hati jika dapat makan nasi kerabu hasil air tangan sendiri.
Mee Berkuah Simple @ Mee Rebus/ Mee Sup Kelantan: Menu Diet Sihat
Mencari Menu Diet Sihat Untuk Kurus?
Boleh cuba buat @ cuba masak MEE BERKUAH @ MEE SUP @ MEE REBUS STYLE KELANTAN.
Bahan-bahan yang ringkas, cara masak yang senang & simple tapi penuh berkhasiat untuk yang nak diet. Juga digemari seisi keluarga.
BAHAN-BAHAN mee berkuah
-10 ulas bawang putih (ditumbuk)
-1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
-isi ayam
-bebola daging @ meatball
-3 biji telur
-1 tangkai cili merah (dihiris)
-1 ikat sawi (dipotong)
-1 bungkus mee (dicelur dahulu)