Di dalam situasi kenaikan harga barang yang sangat terasa dalam tempoh sebulan dua kebelakangan ini, banyak belanja yang perlu kita teliti balik. Apa yang boleh kita jimat, kita cubalah untuk berjimat. Contohnya belanja makan sekeluarga. Jika sebelum ini kita sering makan di luar atau banyak membeli makanan luar apa kata kita cuba buat resepi yang mudah-mudah dahulu untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga.
Resepi Telur
rendang telur resepi viral mudah dan sedap
Adakah anda buntu tidak tahu untuk masak apa lagi dengan telur? Asyik-asyik masak telur dadar dan telur rebus pun bosan juga kan. Apakata cuba resipi telur yang sedikit ‘advance’ iaitu resipi rendang telur. Sedap dimakan bersama pulut kuning mahupun nasi putih. Resipi rendang telur ini adalah perkongsian daripada Siti Anah Saleh dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
Resepi Tauhu Telur @ tofu telur
bukan telur rebus biasa…sup telur rebus resepi lain dari yang lain ni memang sedap dihirup
Jangan hanya goreng telur atau dadar telur, cuba masak dengan kaedah ini. Cubalah resipi telur rebus sup yang sedap dihirup hingga titisan terakhir. Dengan mempelbagaikan resepi telur, jadi tidaklah terasa bosan apabila setiap kali nak makan telur hanya digoreng dadar atau dibuat telur mata kerbau sahaja.
Masak Lemak Telur Belimbing Buluh
Bosan tak tahu nak masak apa dah dengan telur ayam?
Apa kata cuba masak lemak telur bersama belimbing buluh yang mana belimbing buloh ni berfungsi menambahkan lagi kesedapan masak lemak telur. Tak semestinya guna telur itik baru boleh masak lemak ni…guna telur ayam pun tidak kurang sedapnya. Jom lihat resepi penuh masak lemak telur belimbing buluh:
BAHAN KISAR masak lemak telur belimbing buluh
-1 biji bawang merah besar
-4 inci kunyit hidup
-3 biji cili api (sebab tak nak pedas, kuantiti kebiasaannya orang guna 15 biji untuk masak lemak cili api)
BAHAN-BAHAN masak lemak telur bersama belimbing buloh
-4 biji telur ayam
-30-50 biji belimbing buluh
-1 mangkuk santan segar
-2 batang serai (diketuk)
-1 asam keping
*optional
-3 biji cili api merah untuk hiasan
-1 helai hirisan daun kunyit
RESEPI MAKARONI GORENG CHEESE TELUR: Sedap & Simple
Biasanya kita masak makaroni goreng sahaja kan. Cuba tambah sedikit bahan lain seperti cheese dan telur hancur, rasanya pasti sangat ‘marbeles’ dan boleh buat makan tambah berpinggan-pinggan. Resepi makaroni goreng cheese & telur ini juga sangat disukai kanak-kanak, sangat sesuai dijadikan menu untuk bekal sekolah anak-anak selain untuk breakfast, minum petang atau dihidangkan untuk tetamu.
BAHAN-BAHAN makaroni goreng
-4 genggam makaroni
-1 biji bawang merah besar (diracik)
-3 ulas bawang putih (diracik)
-segenggam isi ayam (dihiris)
-1 biji telur 4-5 keping cheese
-1/2 batang carrot
-1/2 batang saderi
-4 sudu besar sos cili
-1 sudu besar serbuk kari
NAK TAHU LEBIH BANYAK RESEPI VIRAL MUDAH DAN SEDAP?
KLIK LIKE & FOLLOW SINI
NASI GORENG 3 MINIT & 3 BAHAN SUPER SENANG Untuk Bekal Anak ke Sekolah (Super Simple & Super Jimat)
Nasi goreng 3 minit & 3 bahan yang super senang, simple & sedap ini amatlah sesuai untuk dibuat bekal anak ke sekolah. Ibu-ibu tak perlu pening kepala nak fikir resepi yang komplikated dan memakan masa yang lama untuk berada di dapur. Mungkin ada juga ibu-ibu yang sedang mencari idea bento bekal sekolah anak, bolehlah menggunakan resepi ini yang kemudiannya boleh dihias mengikut kreativiti bento masing-masing.