aszulqa.com

nasi kak wook @ nasi kak wok resepi viral mudah dan sedap

Pasti ramai yang biasa mendengar nama nasi Kak Wok samada pernah merasainya sendiri mahupun pernah mendengar namanya sahaja kerana nasi Kak Wok ini sudah lama popular. Nasi putih yang dibungkus bersama gulai ayam, ayam goreng saiz kecil-kecil dan sambal kelantan. Cuma seringkas itulah hidangan yang dikenali sebagai nasi Kak Wook.

Read more

nasi tomato resepi mudah tapi lengkap resepi nasi, lauk berkuah dan sayur!

Nasi tomato adalah antara resepi yang sangat sesuai dihidangkan untuk hidangan di hari raya, berbuka puasa, majlis keraian, majlis keramaian, untuk tetamu yang datang bertandang mahupun untuk hidangan harian keluarga. Hidangan yang sudah lengkap dengan nasi berperisa, lauk berkuah dan sayur inilah yang menyebabkan resepi nasi ini sentiasa menjadi pilihan setiap kali ingin memasak.
 

Read more

Nasi ganja ipoh kini boleh dibuat sendiri di rumah…jom ikuti resepi nasi ganja surrrrrrr ni!

Bila sebut nasi ganja mesti ramai yang terbayangkan nasi ganja Ipoh yang sering menjadi sebutan ramai. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ia dipanggil nasi ganja. Sebenarnya nasi ganja adalah sama sahaja seperti nasi kandar. Mungkin disebabkan kesedapannya menyebabkan ramai yang ketagih nak makan nasi ini sehingga timbullah gelaran nasi ganja.

Read more

NASI KERABU

Antara banyak-banyak resepi nasi, resepi nasi kerabu adalah resepi nasi yang paling renyah dan memakan masak yang lama untuk dibuat. Walaupun renyah dan banyak ‘step’ ,masih berbaloi untuk kita buat sendiri nasi kerabu ini kerana dijamin sedap dan boleh diubahsuai mengikut selera tekak kita sendiri. Memang puas hati jika dapat makan nasi kerabu hasil air tangan sendiri.

 

Read more

RESEPI NASI: NASI AYAM PENYET…Sambal Ayam Penyet Kecur Air Liur & Resepi Ayam Penyet banyak bumbu/ serdak

Resepi nasi kali ini adalah nasi ayam ayam penyet, yang asalnya dari Indonesia tapi sudah menjadi resepi nasi kebiasaan di Malaysia juga. Dengar nama sambal ayam penyet pun dah kecur air liur dibuatnya….apatah lagi jika memasaknya. Belum sempat masak pun dah kecur air liur tengok ayam penyet dan sambal ayam penyet. Lihat video sampai habis untuk dapatkan tips dan petua hasilkan bumbu yang banyak dan sedap dimakan bersama ayam penyet.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

BAHAN SAMBAL AYAM PENYET
-9 cili merah
-9 cili padi
-bawang merah
-bawang putih
-1 tomato
-garam
-gula

 

BAHAN AYAM GORENG banyak bumbu
-1 ekor ayam dipotong
-bawang merah (dikisar)
-bawang putih (dikisar)
-halia (dikisar)
-serai (dikisar)
*adunan tepung salut ayam -1 cawan tepung beras
-1 sb jintan manis (dikisar halus untuk adunan tepung)
-1 sb jintan putih (dikisar halusuntuk adunan tepung)
-1 sb lada hitam (dikisar halus untuk adunan tepung)
-1 sb serbuk kunyit (dikisar halus untuk adunan tepung)
-air
-garam

 

BAHAN SUP
-3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
-1 bawang merah (ditumbuk halus)
-2 inci halia (ditumbuk halus)
-akar ketumbar
-kaki ayam (boleh ganti isi ayam)
-1 sup bunjut
-1 kiub ayam
-daun sup (dihiris)
-garam
-air

 

BAHAN SAMPINGAN
-tempe
-sayur kangkung goreng
-timun dipotong
-kubis dipotong

Cara masak nasi ayam penyet klik sini

 

Resepi Nasi : Nasi Briyani [Chicken Biryani]

Resepi nasi popular yang sering dicari-cari pada setiap musim perayaan…juadah hari raya Aidilfitri @ Aidiladha, juga di setiap majlis perkahwinan ataupun untuk sebarang acara istimewa seperti majlis makan-makan hari lahir. Kini tak perlu lagi nak tunggu hari keraian seperti di atas sebab anda pun boleh masak sendiri resepi nasi mudah dan simple ni.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

 

BAHAN-BAHAN Nasi Briyani @ Nasi Beriani
-5 pot beras basmathi (basuh & rendam dahulu 30minit)
-3 akar ketumbar -2 biji bawang merah besar (dikisar)
-7 ulas bawang putih (dikisar)
-2 inci halia (dikisar)
-2 sb minyak sapi atau ghee
-1 simpul daun pandan
-rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pala)
-minyak masak
-3 sb rempah briyani @ rempah beriani
-2 bahagian peha ayam
-1/2 tin susu cair
-kacang gajus
-kismis
-daun ketumbar
-pewarna kuning

 

Cara masak nasi briyani klik sini

 

…………………………………………………………………………………………………………………
INGREDIENTS Chicken Biryani
-5 cups basmathi rice (wash & soak 30minutes)
-3 coriander root
-2 red onions (blend)
-7 cloves garlic (blend)
-2 inch ginger (blend)
-2 tbsp ghee
-pandan leaves
-cinnamon stick, star anise, cloves & cardamon
-3 tbsp biryani spices
-2 chicken thigh
-1/2 can evaporated milk
-cashew nuts
-raisins
-coriander
-yellow food coloring

 

 

 

Resipi Nasi Lemak & Sambal Nasi Lemak Paling Sedap: Tips & Petua masak sambal nasi lemak cantik pecah minyak berwarna merah gelap

Memandangkan nasi lemak adalah makanan kesukaan rakyat Malaysia yang selalunya dimakan sebagai sarapan pagi…namun disebabkan kesedapannya, sekarang nasi lemak Malaysia boleh didapati tidak kira waktu samada sebagai menu sarapan pagi, menu makan tengahari mahupun menu makan malam. Jadi saya akan kongsikan resipi nasi lemak & sambal nasi lemak paling sedap beserta tips & petua masak sambal cantik pecah minyak berwarna merah gelap beserta tutorial cara masaknya sekali. Berikut adalah feedback daripada mereka yang telah memasak nasi lemak dan sambal nasi lemak seperti yang saya kongsikan di Youtube. 

Read more

Scroll To Top