aszulqa.com

resepi sup ayam macam kedai tomyam

Kedai tomyam sentiasa menjadi pilihan untuk makan malam kerana menu masakan panasnya yang pelbagai. Antara masakan panas yang digemari ramai ialah tomyam dan sup ayam.

Read more

popia cheese viral, sedapnya kudapan rangup popia cheese super ring tak cukup sebalang!

Snek dan kudapan mudah pasti menjadi pilihan di waktu santai dan kita perlukan sesuatu untuk dikunyah, selalunya sewaktu menonton TV. Selain jajan yang banyak dijual di pasaran, apa kata cuba buat sendiri snek homemade mudah seperti popia cheese viral! Rasanya seakan-akan super ring sehingga ia juga dikenali sebagai popia super ring.

Read more

kari ikan lebih sedap bila ditambah 1 bahan rahsia ini, tak muak dan hanya guna sedikit santan sahaja

Ada pelbagai cara kari dimasak, tidak kiralah samada kari ikan mahupun kari ayam. Kari ikan lebih sedap bila ditambah satu bahan rahsia ini, tak muak dan hanya menggunakan sedikit santan sahaja.

Read more

rupanya asam pedas ayam lebih sedap berbanding asam pedas ikan, ada penambahan beberapa bahan penambah kesedapannya!

Jika sebelum ini anda hanya biasa makan asam pedas ikan, apakata cuba resepi asam pedas ayam power ni! Asam pedas ayam rupanya lebih sedap berbanding asam pedas ikan dengan penambahan beberapa bahan seperti di bawah:

Read more

rendang ayam simple, resepi rendang ayam berkuah sedap dimakan bersama pulut kuning

Rendang ayam sangat sinonim dengan menu masakan Melayu. Tidak Melayulah jika tidak kenal menu rendang. Saban tahun, resepi rendang ayam akan menjadi viral apabila tibanya musim perayaan. Pada hari biasa, rendang ayam berkuah ini sedap dimakan bersama pulut kuning mahupun nasi putih.

Read more

kuih koleh kacang hijau tahi minyak sukatan cawan, kesedapannya berbaloi dengan kerumitan membuatnya!

Kuih koleh kacang hijau tahi minyak adalah kuih lama dan kuih muih tradisional Melayu yang sangat sedap dan semakin tidak dikenali oleh generasi Z. Ini kerana kuih koleh kacang hijau semakin susah didapati dan tidak ramai peniaga yang menjualnya sekarang.

Read more

cara buat minyak buah pelaga homemade & kemujarabannya!

Pernahkah anda mendengar nama minyak buah pelaga?

Kebiasaannya minyak buah pelaga dijual secara komersial sebagai minyak essential (essential oil) buah pelaga atau dikenali sebagai ‘cardamom oil’. Minyak pati tulen semula jadi buah pelaga ini dipercayai bagus untuk penjagaan rambut, penjagaan badan, penjagaan muka, minyak urut, kosmetik, sabun dan produk lainnya.

Tahukah anda minyak buah pelaga ini boleh dibuat sendiri di rumah?
Minyak buah pelaga homemade ini sesuai dijadikan minyak urut semulajadi yang tiada sebarang campuran bahan merbahaya. Bahan-bahannya mudah didapati di sekeliling kita. Hanya 2 bahan diperlukan iaitu pati santan asli dan buah pelaga.

Jika anda biasa memasak, anda pasti mengenali buah pelaga ini yang tergolong dalam rempah 4 sekawan. Jika dibeli banyak, buah pelaga ini agak mahal kosnya, namun jika kita sekadar membeli sedikit tidaklah terasa sangat mahalnya.

Jika anda menetap di bandar kos pati santan boleh tahan juga harganya. Pati santan bermaksud perahan santan yang tiada sebarang campuran air. Walaupun bahannya cuma 2, namun waktu memasaknya memakan masa yang lama iaitu lebih kurang 2 jam dengan api yang perlahan dan anda perlu rajin mengacau supaya tidak hangit. Proses pembuatannya agak renyah dan lama namun anda pasti berpuas hati dengan hasilnya nanti!

bahan-bahan:
1.5 kg pati santan (RM20)
Buah pelaga 50g (+- RM8-RM10)
*kos tersembunyi = gas untuk memasak 2 jam, masa & kudrat tenaga

Read more

resepi kek kampung sukatan cawan, mudah bakar guna dapur gas sahaja

Resepi kek kampung simple, sangat sesuai untuk mereka yang tiada oven. Kek kampung tanpa oven ini sangat mudah dibakar hanya menggunakan dapur gas sahaja. 

Read more

apam pisang gebu dan lembut

Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi boleh dijadikan bahan asas kuih muih tradisional Melayu yang pelbagai. Pisang emas sangat enak dibuat kuih. Antaranya ialah apam pisang yang gebu dan lembut. Read more

resepi apam gula merah, simple tapi sedap

Kuih apam adalah antara resepi kuih muih tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Resepi apam susu, resepi apam polkadot, resepi apam lenggang dan resepi apam kampung adalah antara resipi apam yang popular.

Read more

Scroll To Top