aszulqa.com

Masak Lemak Pisang Muda campur petai dan tempoyak…menu orang dulu-dulu sedap tak terkata!

Siapa yang tidak gemar dengan menu lauk pauk kampung untuk makan tengahari? Mendengar senarai panjang menu lauk pauk kampung pun sudah boleh membuatkan kecur air liur apatah lagi jika ianya menu orang dulu-dulu.

Read more

MASAK LEMAK PUCUK PAKU DAN BELIMBING BULUH

Masakan melayu kampung selalunya digemari masyarakat melayu kita, tidak kiralah sebagai menu makan tengah hari mahupun menu makan malam. Ada pelbagai jenis menu kampung ataupun masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba sebagai hidangan makan keluarga. 

Pucuk paku adalah salah satu sayur yang senang tumbuh melata dah boleh didapati di tepi-tepi jalan kampung pedalaman. Tetapi bila di bandar, seikat pucuk paku ini dijual dengan harga RM2 – RM3 seikat.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

MASAK LEMAK NENAS IKAN MASIN @ Gulai Ikan Masin Nenas

Resepi Ikan Masin Masak Lemak Cili Api dengan Nanas atau Masak Lemak Nenas Ikan Masin  adalah salah satu resepi masakan melayu kampung berkuah yang sedap dengan cara masak yang mudah dan simple.

Bahan-bahan gulai nenas ikan masin ini juga tak banyak & masa penyediaan juga tak lama. Tips masak lemak menjadi, kenalah rajin kacau supaya santan tidak pecah minyak menyebabkan kuah nampak tak cantik dan kurang sedap bila dimakan nanti.

 

BAHAN-BAHAN
-1/2 biji nenas
-ikan masin (dalam video ni guna ikan masin talang…boleh juga guna ikan masin kurau, ikan masin merah)
-1 asam keping
-santan
-gula
-garam

BAHAN KISAR
-1 biji bawang merah
-3-5 inci kunyit hidup
-3 cili padi

Masak Lemak Telur Belimbing Buluh

Bosan tak tahu nak masak apa dah dengan telur ayam?
Apa kata cuba masak lemak telur bersama belimbing buluh yang mana belimbing buloh ni berfungsi menambahkan lagi kesedapan masak lemak telur. Tak semestinya guna telur itik baru boleh masak lemak ni…guna telur ayam pun tidak kurang sedapnya. Jom lihat resepi penuh masak lemak telur belimbing buluh:

 

BAHAN KISAR masak lemak telur belimbing buluh
-1 biji bawang merah besar
-4 inci kunyit hidup
-3 biji cili api (sebab tak nak pedas, kuantiti kebiasaannya orang guna 15 biji untuk masak lemak cili api)

BAHAN-BAHAN masak lemak telur bersama belimbing buloh
-4 biji telur ayam
-30-50 biji belimbing buluh
-1 mangkuk santan segar
-2 batang serai (diketuk)
-1 asam keping
*optional
-3 biji cili api merah untuk hiasan
-1 helai hirisan daun kunyit

 

 


			

AYAM MASAK LEMAK CILI API

AYAM MASAK LEMAK CILI API resepi berniaga nasi campur, sedap tak terkata…belum cuba belum tahu.

 

BAHAN-BAHAN Ayam Masak Lemak Cili Api
-1/2 ekor ayam (potong kecil)
-1 mangkuk santan
-3 biji kentang
-1 asam keping
-5 helai daun kunyit
-10-15 helai daun limau purut
-3 cili api merah untuk hiasan

BAHAN KISAR ayam masak lemak cili api
-1 biji bawang merah besar
-3 inci kunyit hidup
-4 cili api (anak-anak tak boleh makan pedas…kalau korang nak pedas masak lemak cili api negeri sembilan boleh buat 10-15 cili api, atau boleh je nak lebihkan…ikut tekak masing-masing)

CARA MASAK ayam masak lemak cili api
1.lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
2.panaskan periuk, kemudian masukkan ayam dan masak seketika
3.seterusnya masukkan kesemua bahan kisar…kacau mesra
4.tambahkan air
5.masukkan potongan kentang
6.masukkan 1/2 santan
7.masukkan daun limau purut & daun kunyit yang dicarik-carik
8.masukkan asam keping
9.masukkan baki lagi 1/2 santan tadi…kacau sebati
10.masukkan lagi baki daun limau purut & daun kunyit
11.perasakan dengan garam
12.masak sekejap lagi sambil mengacau
13.dah siap!

Scroll To Top