aszulqa.com

cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat

Cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat adalah dengan menggunakan pad panas atau sejuk. Pad panas boleh membantu menghalang sendi lutut anda daripada menjadi kaku atau keras. Gunakan pad panas untuk melegakan masalah sakit lutut dan sendi tersangkut. Manakala, pad sejuk pula boleh mengurangkan sakit dan bengkak pada lutut. 

Read more

Aulora Pants

Adakah anda sering merasa letih lesu dan sakit yang tidak sembuh-sembuh walaupun sudah berhabis ribuan ringgit? ataupun mengalami slip disk, sciatica, sakit sendi, sakit lutut atau sakit kaki? Ini hanyalah beberapa sahaja sakit yang telah dibantu oleh Aulora Pants. Sudah ramai doktor perubatan dan doktor PhD menggunakannya, jadi ketahui lebih lanjut kenapa anda sangat memerlukan Aulora Pants…

Read more

Aulora Socks Tipu?

Pernahkah anda merasa kaki anda kebas, kesemutan, bengkak atau pun nyeri? Atau adakah anda sering mengalami gangguan tidur atau tidap dapat tidur di malam hari? Jika ya, mungkin anda memerlukan Aulora Socks.

Read more

ANXIETY: Ciri-ciri, Penyebab dan Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Pernahkah anda merasa cemas, keresahan, kerisauan dan kegelisahan yang melampau sehingga tidak dapat mengawalnya? Jika pernah dan situasi ini kerapkali berulang dan berpanjangan, anda mungkin mengalami anxiety disorder atau gangguan keresahan dan kegelisahan melampau. 

 

“Anda tidak bersendirian. Ada banyak orang yang mengalami anxiety disorder dan berjaya sembuh. Jangan menyerah kalah & bangkitlah untuk melawan dan sembuh”

 

 

Kegelisahan dan kerisauan adalah tindak balas refleks badan apabila berdepan dengan bahaya, situasi yang mencemaskan, tekanan perasaan dan sebagainya. Ianya adalah sesuatu yang normal. Namun ia mula menjadi sesuatu yang tidak normal apabila keresahan, kegelisahan dan kerisauan berlaku secara berterusan diluar kawalan anda tanpa sebab yang munasabah.

Apabila keresahan, kegelisahan dan kebimbangan ini berlaku secara berterusan dan menyebabkan gangguan hubungan sesama manusia dan kehidupan seharian anda, berkemungkinan anda sudah melampaui sempadan reaksi kegelisahan yang normal dan memasuki fasa gangguan kegelisahan. 

 

Ciri-ciri anxiety disorder:

  • Perasaan resah gelisah, risau, was-was tanpa sebab munasabah
  • Sangat sensitif dan senang tersinggung perasaan
  • Sukar memberi tumpuan dan berfikir
  • Sedih dan menangis tanpa sebab 
  • Ketakutan tanpa sebab
  • Sukar untuk tidur
  • Sentiasa letih lesu
  • Merasa tidak berguna
  • Rasa putus asa
  • Rasa kecewa
  • Perasaan hampa

 

Kadang-kadang anda boleh mengamuk teruk hanya disebabkan masalah kecil. Contohnya disebabkan air yang tertumpah di lantai, anda boleh mengamuk dan merasa sangat marah sehingga menggigil-gigil badan. Anda sendiri berasa sangat penat dengan emosi ‘ribut’ yang anda hadapi, rasa penyesalan yang tidak berkesudahan dan hampa  namun apabila berada di dalam situasi yang memuncak anda kembali tidak dapat mengawalnya.

Jika ada seseorang mengatakan bahawa anda ‘overthinking’ dan anda berasa ‘trigger’ dengan ‘term’ itu, ketahuilah anda berkemungkinan menghidap anxiety disorder. Pengidap anxiety disorder sangat pantang jika ada orang yang melabelkan mereka ‘overthinking’ kerana mereka tidak meminta untuk menjadi overthinking hatta diri mereka sendiri tidak dapat mengawal keresahan dan kegelisahan melampau yang dihadapi.

 

 

Penyebab anxiety disorder:

Penyebab anxiety disorder belum dapat dikenalpasti secara terperinci namun terdapat beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko seseorang mengalami gangguan ini, antara lain:

  • Genetik
  • Trauma atau pengalaman hidup lepas yang sangat menyakitkan
  • Kekecewaan berpanjangan di dalam hidup
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu
  • Hormon yang tidak stabil
  • Stress dan tekanan

 

 

Tabiat buruk penghidap anxiety disorder:

  • Selalu mencari simptom dan penyebab masalah. Suka ‘google’ punca-punca penyakit dan mengesyaki anda terkena penyakit kronik
  • Ketakutan yang berlebihan
  • Suka tidur lewat malam dan waktu tidur tidak teratur
  • Sentiasa memikirkan masa silam yang sudah berlalu
  • Tidak menjaga pemakanan

 

 

Cara mengatasi anxiety disorder:

Antara cara mengatasi anxiety disorder ialah melalui:

  • Mendekatkan diri kepada Allah (jika anda adalah Muslim)
    Jika anda adalah Muslim, kembalilah kepada Allah dengan memperbanyakkan solat taubat dan solat hajat memohon kesembuhan dan ketenangan. Jadikan zikir sebagai ‘makanan jiwa’ anda seharian dan rasai sendiri keajaibannya.
  • Menangani stress dan tekanan dengan bijak
    Kenal pasti perkara yang mendatangkan stress dan tekanan kepada anda dan cuba elakkannya sebaik mungkin.
  • Teknik pernafasan yang betul
    Anda boleh mengamalkan ternik pernafasan yang betul dengan menarik nafas dalam, menahannya seketika kemudian baru dihembus. Ulang teknik pernafasan beberapa kali sehingga kegelisahan anda berkurangan dan dapat dikawal.
  • Bersenam
    Bersenam dapat melancarkan pengaliran darah anda. Apabila aliran darah lancar dan tidak bermasalah, anda dapat berfikir dengan baik. Bersenam juga dapat ‘membuang’ energi negatif dalam diri kerana apabila tubuh badan sudah penat anda akan dapat tidur dengan baik tanpa memikirkan perkara yang bukan-bukan. Antara senaman yang boleh anda amalkan ialah berjalan kaki (brisk walk), berlari (jogging), berenang, menari atau mempelajari  seni mempertahankan diri.
  • Tidur berkualiti
    Pastikan tidur anda berkualiti dengan memastikan tempat tidur yang selesa, gelap, dan sunyi. Tidurlah seawal jam 10 malam hingga 11 malam.
  • Yoga
    Yoga adalah salah satu teknik meditasi berkesan yang dapat melatih pemikiran anda untuk lebih tenang dan terkawal.
  • Therapist
    Berjumpa dengan therapist untuk meluahkan perasaan anda dan biarkan therapist merungkai permasalahan dalaman anda kemudian mengesyorkan anda cara berkesan untuk menanganinya kelak.
  • Ubat-ubatan
    Ubat-Ubatan anti-depresi dapat membantu mengurangkan gangguan kegelisahan, anda boleh merujuk kepada doktor pakar yang bertauliah.

 

Di zaman serba moden dengan pelbagai tekanan hidup, anxiety disorder sudah tidak asing lagi. Ia bukanlah penyakit pelik yang harus dimalukan. Namun jangan dibiarkan anxiety disorder berterusan tanpa rawatan, anda harus berusaha untuk mengubatinya samada secara alami mahupun secara konvensional.

Anxiety disorder yang dibiarkan melarat dan tidak dirawat akan menjejaskan kualiti hidup seharian anda dan orang sekeliling terutamanya keluarga. Sayangilah diri anda dan keluarga.

“Pasti ada harapan di sebalik kehampaan. Percayalah, pelangi pasti terbit usainya hujan”
-As Zulqa

 
 
 
 

Rawatan Kiropraktik Malaysia

Kiropraktik adalah satu kaedah rawatan alternatif yang semakin mendapat perhatian di Malaysia. Ianya adalah salah satu cabang rawatan alternatif selain daripada perubatan konvensional yang sedia ada seperti ubat-ubatan dan pembedahan. Mungkin ramai yang biasa melihat video Youtube ataupun video pendek Tik Tok dengan aksi tulang yang diperbetulkan hingga mengeluarkan bunyi kruppp krap kruppp krappp! Itulah gambaran awal kepada rawatan kiropraktik yang dimaksudkan.

Read more

Review Netflix Drama Remarriage & Desires

Tajuk Drama: Remarriage & Desires 
Episod: 8 episod
Tayangan: Netflix
Pelakon:

  • Kim Hee-sun sebagai Seo Hye-seung. 
  • Lee Hyun-wook sebagai Lee Hyeong-joo. 
  • Jung Yoo-jin sebagai Jin Yoo-hee. 
  • Cha Ji-yeon sebagai Choi Yoo-seon.
  • Park Hoon sebagai Choi Yoo-sun. 

 

K-Drama yang bertitik tolak daripada perasaan dendam seorang isteri terhadap seorang perempuan yang pernah menjalinkan hubungan dengan suaminya sehingga menyebabkan suaminya membunuh diri akibat difitnah dan dianiaya oleh skandalnya. Isteri menyaksikan sendiri sekujur tubuh suaminya yang terjatuh ke atas kereta akibat terjunan daripada bangunan yang tinggi. Malangnya suami beliau meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan hingga menyemarakkan api dendam dan beliau bertekad untuk membalas dendam. Seo Hye-seung (Kim Hee-sun) ialah isteri yang dimaksudkan dan  Jin Yoo-hee (Jung Yoo-jin) ialah watak skandal perempuan itu.

Terdapat banyak konflik di dalam drama ini disebabkan masing-masing mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri. Asasnya adalah bertunjangkan konflik kuasa politik, kuasa kewangan dan kekayaan, status sosial, taraf pendidikan tinggi dan kerjaya professional yang dimiliki.

REX adalah agensi cari jodoh ‘high class’ dan elit yang memadankan calon mengikut kategori VVIP dan VIP yang telah mereka tetapkan. REX dimiliki oleh Choi Yoo-seon (Cha Ji-yeon) Tahap kekayaan, pangkat dan kedudukan, keturunan, taraf pendidikan dan status perkahwinan adalah kriteria untuk ahli REX dipadankan samada di bawah kategori Super Black, Black, Platinum, Diamond dan sebagainya. Jika ahli ingin dinaiktaraf ke kategori yang lebih atas, mereka perlu membayar yuran keahlian lebih supaya mereka berpeluang untuk dipadankan dengan bakal jodoh berstatus sosial lebih tinggi.

Fenomena sebegini membuka mata kepada kita bahawasanya untuk ber ‘jodoh’ dengan orang yang kaya anda perlu membayar ‘harganya’ melalui agensi cari jodoh seperti REX dan ianya tidaklah mustahil. Melalui REX juga membuka mata kita bahawasanya ada segelintir orang kaya berkahwin atas dasar ‘perniagaan’ dan cinta bukanlah dasar utamanya.

Melalui REX lelaki kaya bebas mencari calon isteri yang diingini dan pengerusi REX mencadangkan lelaki kaya agar mengahwini wanita dengan terma ‘isteri untuk ditayang’ yang mana isteri wajib memiliki kriteria berketurunan bagus, taraf pendidikan tinggi, cantik dan berpenampilan menarik dan boleh dibanggai apabila di bawa ke mana-mana majlis. Dengan kata lain ‘perkahwinan adalah perniagaan’. 

Drama bermula apabila Jin Yoo-hee menyertai keahlian REX dengan matlamat untuk berkahwin dengan lelaki kaya dari ahli Super Black iaitu CEO Hilbul, Lee Hyeong-joo (Lee Hyun-wook). Seakan-akan sudah ditakdirkan, Seo Hye-seung juga telah didaftarkan ke dalam REX oleh ibunya untuk mencari jodoh. Seo Hye-seung yang pada mulanya datang untuk membatalkan keahlian REX mengubah pendirian untuk meneruskan keahlian REX apabila bertembung dengan Jin Yoo-hee di pejabat REX. 

Babak menjadi semakin dramatis apabila CEO REX menganjurkan parti  ‘bertopeng’ untuk ahli REX yang dijemput khas. Kesemua watak utama drama ini hadir pada malam tersebut. Mereka dibenarkan berkenalan dengan sesiapa sahaja yang disukai di dalam parti bertopeng yng eksklusif itu. Inilah peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh Jin Yoo-hee untuk terus ‘rapat’ dengan targetnya iaitu ahli Super Black. Namun dia tersilap percaturan apabila tersalah mengejar dan menggoda Choi Yoo-sun yang disangkanya CEO Hilbul.

CEO REX, Choi Yoo-seon memberi peluang kepada kesemua ahli memilih pasangan yang disukai untuk berdating dan Jin Yoo-hee tidak melepaskan peluang ini untuk terus memilih Lee Hyeong-joo. Lee Hyeong-joo yang telah dipujuk oleh Choi Yoo-seon telah bersetuju untuk berjanji temu dengan Choi Yoo-seon. Seperti yang dijangka CEO REX, Jin Yoo-hee telah berjaya menggoda Lee Hyeong-joo untuk menyukainya menggunakan tarikan fizikal yang dimiliki perempuan itu.

Dipendekkan cerita, Lee Hyeong-joo sebenarnya tidaklah jatuh cinta pada Jin Yoo-hee. Beliau sendiri adalah duda dan trauma dengan perempuan yang suka berpoya-poya seperti bekas isterinya. Bibit cinta mula terbit terhadap Seo Hye-seung yang pandai mengambil hati anak tunggalnya apabila dia bekerja ‘freelance’ sebagai tutor di rumah agamnya itu. 

Walaupun Seo Hye-seung pernah beberapa kali cuba membocorkan rahsia skandal Jin Yoo-hee sehingga menyebabkan suaminya membunuh diri namun ada sahaja halangannya dan kemudiannya dia memutuskan untuk membocorkan rahsia itu di saat Jin Yoo-hee sudah hampir mencapai matlamatnya kelak. Dan ia benar-benar terjadi pada suatu majlis eksklusif yang dianjurkan oleh Lee Hyeong-joo ditambah dengan bukti kehadiran seorang lelaki lain yang pernah ditipu oleh Jin Yoo-hee. Walapun Jin Yoo-hee bermati-matian menafikannya, namun dia berjaya diberkas polis pada malam itu.

Drama menajdi semakin panas apabila Jin Yoo-hee dibebaskan keesokan harinya. Jin Yoo-hee tidak pernah berganjak daripada matlamat asalnya untuk mengejar Lee Hyeong-joo dan menggoda untuk mengahwininya demi status dan kemewahan. Walapun banyak kejahatan yang telah dilakukan dia masih terlepas dan akhirnya Lee Hyeong-joo bersetuju untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama Jin Yoo-hee. 

Sebelum majlis perkahwinan Lee Hyeong-joo bersama Jin Yoo-hee berlangsung, Lee Hyeong-joo telah membongkar kesemua ‘rahsia’ yang cuba disembunyikan oleh Jin Yoo-hee di hadapan para pemberita dan media. Dan kali ini Jin Yoo-hee tidak dapat terlepas lagi.

Drama berakhir  dengan ‘happy ending’ dengan majlis perkahwinan tertutup antara Lee Hyeong-joo dengan Seo Hye-seung walaupun mungkin ramai yang berharap Seo Hye-seung berjodoh dengan cinta pertamanya, Choi Yoo-sun.

Kesimpulannya K-Drama ini berkisar tentang konflik, permainan dan agenda tersembunyi bagi setiap watak. Seo Hye-seung berjaya membuktikan bahawa kekayaan bukanlah segala-galanya untuk mencapai bahagia dalam kehidupan.

Scroll To Top