Rupanya ada rahsia resepi viral jagung rebus susu cheese menjadi lebih sedap lemak berkrim dan cheesy, lain daripada yang lain. Bukan setakat sedap dari rasa manis jagung itu sendiri, kombinasi susu cair, susu pekat & cheese menaikkan rasa lemak berkrim jagung rebus susu viral ini. Resepi viral mudah dan sedap ni pasti disukai kanak-kanak & seisi keluarga. Sekali dah buat, mesti nak ulang buat lagi. Resepi viral jagung rebus susu ini adalah antara resepi viral pkp (resepi viral semasa pkp), resepi viral 2020, resepi viral 2021 daripada koleksi resepi viral terbaik Malaysia. Selain itu resepi viral jagung rebus susu juga menjadi resepi viral tiktok & resepi viral instagram. Jadi, why not kita try resepi viral yang sedang trending ni.
Month: February 2021
Resepi Pajeri Nenas Mak Mertua: Macam Lauk Kenduri…Sedap!
Resepi Pajeri Nenas dari Mak Mertua yang macam lauk kenduri ni dah lama sis dapat, berbelas tahun yang lalu. Selalu sis pakai resepi ni je, tak pernah pakai resepi pajeri nenas yang lain sebab memang dah terbukti sedap & disukai sesiapa sahaja jika sis hidangkan menu kampung tradisi ni. Baru sekarang sis rasa terbuka hati nak share kat korang resepi pajeri nenas kenduri, jadi rugilah siapa yang tak ambil peluang untuk cuna resepi pajeri nanas ni.
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Rasanya yang berempah, ada juga rasa kari tetapi ada manis semulajadi dari buah nenas memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, jika digandingkan dengan ikan kering pun dah boleh bertambah nasi berpinggan-pinggan. Inikan pula jika dimakan bersama sambal belacan, ulam-ulaman & ikan goreng…ish, menaip ni pun dah rasa kecur air liur!
Masakan melayu kampung macamni selalunya susah dah nak dapat kat kedai makan, jarang-jarang sekali kita jumpa. Kalau lauk kenduri pun beruntunglah kalau dapat jumpa menu kampung tradisi macamni. Tambah-tambah musim pkp 2.0 ni tiada kenduri, lagilah kempunan nak merasa pajeri nenas bagi sesiapa yang suka sangat dengan masakan melayu kampung macamni. Jangan risau, masakan sedap tapi simple ni boleh di masak sendiri di rumah korang, just follow betul-betul resepi kat bawah ni & kalau nak lebih faham dan jelas tengok tutorial cara memasak pajeri nenas sini