
Bahan-bahan:
1) Segenggam spagheti
2) Dada ayam hiris kecil
3) 1sudu besar cili blender (cili kering + bawang merah + bawang putih)
4) 2 sudu besar sos cili
5) 2 genggam bayam brazil
6) Carrot potong halus/ dadu
7) 1sudu besar organik olive oil
8) Setengah sudu besar chia seed (buat tabur)
*sukatan resepi ni untuk 1-2 org makan.
Cara masak/ buat spaghetti goreng:
1) Panaskan minyak & goreng ayam dahulu
2) Kemudian masukkan cili blender, kacau hingga masak
3) Masukkan spaghetti
4) Masukkan pula cili sos, bayam brazil & carrot
5) Perasakan dengan garam
6) Selepas dah tutup api, minyak zaitun organik/ organic olive oil (saya suka letak last supaya khasiat minyak zaitun organik/ organic olive oil tak hilang & spaghetti nampak lebih cantik)
7) Akhir sekali taburkan chia seed (chia seed adalah ‘good fatty acids’ yang diperlukan oleh badan kita).
Kami dah sediakan video cara memasak/ buat spaghetti goreng bayam brazil + ayam di bawah, jemput tengok ye
Selain dapat dijadikan hidangan yang ringkas & sedap & ada 1001 khasiat bayam brazil yang perlu kita tahu untuk kesihatan tubuh badan kita, antaranya.
1) sumber vitamin K
2) menguatkan tulang & gigi
3) meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan
4) membantu melancarkan peredaran darah
5) membantu melawan kanser
6) mencegah anemia
7) awet muda & mencegah kedutan, penuaan pramatang
Wonderful article! We are linking to this great post on our website.
Keep up the great writing.