aszulqa.com

Sijil Halal JAKIM untuk produk kosmetik (Kosmetik Halal)

Ramai yang ber anggapan sijil halal JAKIM untuk produk kosmetik hanyalah untuk mengesahkan kesemua bahan-bahan dalam produk bebas dari unsur babi.

Sijil halal untuk produk kosmetik bukan bermaksud hanya ingredients (bahan mentah, ramuan) sahaja perlu halal. Ia lebih daripada itu, ada 12 item yang akan di audit untuk memastikan ianya benar-benar halal dan mengikut tuntutan shariah.

Semua 12 item di bawah akan diperiksa & jika memenuhi piawaian, barulah sijil halal JAKIM untuk produk kosmetik boleh dikeluarkan dan disahkan:

1) dokumentasi & profail syarikat
2) sistem kawalan halal dalaman
3) bahan mentah/ ramuan & bahan bantuan pemprosesan
4) peralatan
5) pembungkusan & pelabelan
6) penyimpanan
7) pemprosesan
8) pengangkutan
9) pekerja
10) sistem sanitasi & kebersihan premis
11) pengurusan sisa buangan
12) fizikal premis

Tahniah untuk semua produk tempatan Malaysia yang telah mendapat sijil Halal JAKIM!

Scroll To Top