aszulqa.com

Bancuhan Tepung Goreng Pisang, Cempedak & Ubi Keledek RANGUP tapi TAK KERAS & Teknik Goreng Serdak Banyak RANGUP dan LEMBUT

Cara Bancuhan Tepung Goreng Pisang, Cempedak, Keledek Rangup tapi tak keras….bila makan tu krup krap krup krapppp sedap crispy dan lembut.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Ini adalah resepi ke-4 & bancuhan tepung goreng TERBAIK resepi viral mudah dan sedap, hasil eksperimentasi kami sendiri setelah mencuba 3 resepi berlainan bahan bancuhan tepung goreng sebelum ini, boleh klik untuk lihat:
1/ resepi tepung goreng pisang 
2/ resepi tepung goreng cempedak

3/ resepi tepung goreng ubi keledek

Jika korang lihat video ini sampai habis korang akan dapat tips, rahsia & petua untuk hasilkan serdak yang banyak dan rangup tapi tak keras.Teknik rahsia macamana nak bancuh dan bagaimana cara nak goreng bagi JADI serdak rangup dan lembut kami bongkarkan dalam video ni. Dah goreng ni, jadi ketagih pula nak kunyah serdak tepung goreng ni sebab sedap sangat, cukup rasa, paling penting tak keras walaupun rangup. Korang juga akan dapat tahu bahan tambahan lain yang kami gunakan untuk improve kan kualiti adunan tepung goreng pisang, cempedak dan keledek kali ini. Jom kami bongkarkan rahsia resepi tepung goreng pisang, cempedak dan keledek yang rangup tapi tak keras khas untuk subscribers YTC As Zulqa, jika nak dibuat berniaga pun kami halalkan resipi ini…semoga bermanfaat untuk semua.

 

BAHAN-BAHAN
-1 1/2 cawan tepung beras (maaf dalam video salah tulis 2 1/2 cawan)
-1/2 cawan tepung gandum
-2 sb tepung ubi
-1 biji telur
-1 st serbuk kunyit
-1/2 st garam
-1/3 st soda bikarbonat
-air
-pisang, cempedak, ubi keledek
(Adunan di atas ngam-ngam untuk 1 talam goreng pisang + goreng cempedak + goreng keledek seperti di dalam gambar & video).

 

 

CARA BANCUH tepung goreng ni kena masukkan semua bahan dan kacau sebati sehingga bancuhan menjadi sedang-sedang pekat (tak terlalu pekat & tak terlalu cair)

*Tips nak bagi goreng pisang, cempedak dan keledek lebih menjadi…lepas bancuh perlu rehatkan bancuhan tepung goreng tadi selama 10minit. Selepas 10minit barulah dimasukkan bahan yang nak digoreng samada pisang, cempedak ataupun keledek.

*Petua nak bagi tepung goreng pisang, cempedak atau keledek masak elok kejadiannya, gunakan api sederhana sahaja semasa menggoreng.

*Petua nak dapatkan serdak banyak yang rangup tapi tak keras…Akhir sekali bila nak buat serdak yang banyak, besarkan api…guna api paling kuat kemudian masukkan bancuhan cair, tarik bekas paling tinggi yang korang boleh buat (lihat video). Korang akan lihat bancuhan cair tadi akan bertukar menjadi kelopak-kelopak kecil dalam minyak panas…dah siap tarik terus kecilkan api, guna api perlahan. Sentiasa kacau supaya serdak tak hangit, dah cantik kejadiannya bolehlah ditapis dan angkat. Oh ya! bancuhan tepung goreng untuk serdak wajib cair ye, kalau bancuhan asal tepung goreng tak ditambah air hingga menjadi cair memang korang takkan dapat serdak yang cantik. dan halus.

Selamat mencuba!

ROTI GARDENIA RESEPI > Resepi Roti Cheese Cendawan

Biasanya roti gardenia kita buat breakfast sapu mentega, jem atau kaya. Nak lebih sedap buatlah roti bakar. Tapi kalau hari-hari roti disapu mentega, jem atau kaya pun bosan juga ye.

Roti gardenia ni sebenarnya banyak resepi yang kita boleh olah jadikan ia sebagai menu sarapan pagi mahupun menu minum petang. Bagi yang masih mencari-cari roti gardenia resepi bolehlah klik link ni , ada 6 roti gardenia resepi yang telah diolah oleh As Zulqa.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Resepi ke-6 roti gardenia resepi iaitu roti cheese cendawan ini sangat sedap & rangup bila digoreng. Tak memerlukan masak yang lama untuk menggoreng kerana roti goreng ini senang garing. Roti goreng cendawan cheese boleh disimpan di dalam peti atau difrozenkan untuk tahan lama…jadi bila terasa nak makan just ambil dan goreng…siap sudah tersedia untuk menu breakfast juga sesuai untuk menu minum petang. Anak-anak pasti suka sebab ada cheese tarik nanti. Selalunya resepi viral mudah dan sedap~ roti cheese pasti disukai seisi keluarga.

 

BAHAN-BAHAN roti cheese cendawan poket sandwich
A) Roti keping sandwich
B) Bahan inti Cendawan Cheese
-7 cendawan shitake (potong dadu)
-1/2 batang carrot (potong dadu)
-1 genggam daun sup (dihiris)
-5 keping cheese cheddar
-mozarella cheese
-150g daging kisar @ minced beef
-1/2 biji bawang holland (potong dadu)
-7 ulas bawang putih (potong dadu)
-1 susu besar tepung gandum
-garam

 

CARA PENYEDIAAN
1.Mula-mula masak dulu inti cendawan cheese
2.Panaskan minyak dan masak daging kisar
3.Kemudian tumis bawang holland & bawang putih hingga layu
4.Masak cendawan & carrot

 

5.Masukkan susu segar
6.Masukkan kepingan cheese & kacau sebati
7.Masukkan tepung gandum untuk memekatkan masakan
8.Masukkan garam
9.Masukkan hirisan daun sup & kacau sebati
10.Tutup api & biarkan sejuk
11.Ambil kepingan roti & guna cawan@gelas untuk tekan dan potong bentuk bulat
12.Ambil satu potongan bulat dari roti tadi kemudian letakkan sedikit mozzarella cheese & 1 sudubesar inti cendawan cheese
13.Tutupkan inti tadi dengan potongan bulat roti yang lain
14.Tekan-tekan bahagian bulat tepi roti supaya kemas tertutup
15.Kemudian ambil garfu & tekan bahagian bulat tepi roti supaya ada pattern dan kemas tertutup 16.Dah siap bolehlah digoreng dengan api perlahan (jangan guna api besar nanti cepat hangus rotinya)
17.Sedia dihidang!

 

Untuk lebih faham kami sudah sediakan video cara buat roti cheese cendawan ni

Jika suka resepi ni, bolehlah di share di wall korang supaya tak hilang bila nak guna nanti. Selamat mencuba!

CHEESEKUT OREO 4 Bahan Sahaja: Resepi Cheesekut Viral

CHEESEKUT OREO yang mudah dan sedap, hanya menggunakan 4 Bahan Sahaja: Resepi Cheesekut Viral yang menjadi kesukaan ramai.

Tengok gambar pun dah menggoda kan! YA…memang sedap cheesekut oreo ni. Cara buat cheesekut oreo ni pun senang sangat, tanpa mixer, tanpa oven juga tanpa gelatin…hanya perlukan blender dan peti sejuk. Tapi kalau taknak guna blender, pakai whisker je pun boleh…dan kalau taknak simpan dalam peti sejuk, lepas siap nak terus makan cheesekut oreo ni pun boleh. senang bukan?!

Lebih mudah faham jika lihat video tutorial cara buat cheesekut oreo kat bawah:

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

Scroll To Top