Roti gardenia boleh buat apa? Ada pelbagai resepi roti gardenia boleh diolah dari roti gardenia classic. Semuanya terpulang pada kreativiti anda. Setakati hari ini kami telah olah 7 resepi roti gardenia.
Nak tak kalini kami kongsikan resepi roti lasagna sedap? Dengar nama lasagna pun dah sedapkan, tapi kali ni kita olah lasagna ni menggunakan roti gardenia classic yang lazat dan mudah dibuat. Apatah lagi jika resepi lasagna ni menggunakan daging dan cheese. Resepi roti lasagna cheese lapis daging seperti di bawah:
BAHAN-BAHAN roti lasagna gardenia lapis daging -6 keping roti gardenia -6 cheese keping -4 keping burger daging (boleh ganti daging kisar) -1 sudu besar serbuk kari -6 sudu besar sos spaghetti -1 biji bawang holland (potong dadu) -3 ulas bawang putih (potong dadu) -1 cendawan shitake -daun sup -1/2 tin susu cair -1 biji telur ayam
Jika selama ni kita kena buat doh untuk buat karipap, kini tidak lagi. Jika anda kesuntukan masa ataupun kurang mahir menbuat doh karipap anda boleh sahaja menggunakan roti gardenia classic sebagai doh karipap. Cara buat roti karipap seperti di video bawah. Kami juga ada kongsikan sekali cara buat inti kentang untuk karipap.
BAHAN-BAHAN inti kentang untuk roti karipap (adunan ini boleh dapat 20++ biji roti karipap) -4 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan sedikit air) -1/2 biji bawang holland -3 ulas bawang putih -7 biji kentang (potong dadu) -1 bungkus roti gardenia saiz jumbo
-gula
Roti karipap sangat sesuai sebagai menu bekal sekolah anak, menu minum petang ataupun menu sarapan pagi. Digoreng panas-panas dan diminum bersama teh o kosong, wah sedapnya!
Kari kepala ikan sentiasa di cari-cari di restoran mamak yang popular. Sepinggan kari kepala ikan boleh mencecah harga puluhan ringgit, bergantung pada saiz dan jenis ikan.
Ada pelbagai versi resepi kari kepala ikan seperti resepi kari kepala ikan azie kitchen, resepi kari kepala ikan che nom, resepi kari kepala ikan indian style, resepi kari kepala ikan mamak dan banyak lagi.
Kali ini kami akan kongsikan cara masak kari kepala ikan pekat likat, resipi turun temurun yang sedap hingga menjilat jari. Menu lazat untuk hidangan tengah hari mahupun hidangan makan malam resepi viral mudah dan sedap. Jika ada yang tanya, kari kepala ikan guna ikan apa? Untuk kali ini kami gunakan kepala ikan jenahak. Kepala ikan lain yang boleh diguna adalah seperti kepala ikan merah, kepala ikan tenggiri, kepala ikan salmon (hotel suka guna kepala ikan salmon) dan ikan-ikan lain yang bersesuaian.
BAHAN KISAR -1 biji bawang merah besar -2-3 ulas bawang putih -1″ halia -2 sudu besar rempah kari ayam -3 sudu besar rempah kari ikan
BAHAN-BAHAN LAIN -1 ketul kepala ikan kerabu -1 sudu besar halba campur -1 biji bwang merah besar (dihiris) -2 ulas bawang putih (dihiris) -2-3 tangkai daun kari -1-2 sudu besar asam jawa (campur sedikit air, buang bijinya & jadikan pes) -sedikit santan pekat -bendi (ikut suka) -tomato (*optional)
CARA MASAK 1.Masukkan halba campur dalam minyak 2.Masukkan daun kari & tumiskan hirisan bawang merah & hirisan bawang putih hingga layu 3.Kemudian masukkan bahan kisar 4.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak 5.Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa & tambahkan air secukupnya 6.Masukkan garam bukit secukup rasa 7.Biarkan mendidih & masukkan kepala ikan kerapu dan biarkan ia masak 8.Setelah masak, terbalikkan sebelah lagi kepala ikan kerapu 9.Kacau perlahan-lahan supaya kepala ikan tak hancur 10.Apabila ikan sudah masak sekata, masukkan bendi 11.Biarkan beberapa saat sahaja kuah kari mendidih kemudian segera tutup api dan tutup dengan penutup periuk supaya bendi tak lembik 12.Siap dihidang!
Tips memasak kari kepala ikan sedap perlulah memastikan rempah yang ditumis betul-betul pecah minyak sebelum memasukkan air asam jawa dan air biasa. Jika rempah tidak pecah minyak, kuah kari akan terasa payau dan tidak sedap.
Seterusnya tips memasak kari kepala ikan supaya lebih sedap adalah dengan mencampurkan rempah kari ikan dengan rempah kari ayam. Campuran dua jenis kari ini akan menjadikan kuah kari lebih umphhh! Inilah resipi turun temurun yang sis amalkan.
Ikan talapia merah masak apa sedap? Mungkin ada yang tertanya-tanya, resepi apa yang sesuai untuk dimasak ikan talapia merah. Apa kata masak ikan talapia bakar daun pisang, yang semerbak aromanya dan sangat sedap dimakan boleh buat tambah nasi berpinggan-pinggan.
BAHAN-BAHAN ikan bakar sambal -1 ekor ikan talapia merah -1/2 keping gula melaka -1 asam keping -daun pisang
BAHAN KISAR ikan bakar sambal -1 biji bawang merah besar -3 ulas bawang putih -3 batang serai -segenggam cili kering -1 inci halia -1 inci kunyit -1 inci lengkuas
Resepi Chocolate Chip Cookies paling mudah hanya menggunakan sukatan cawan & tanpa mixer….sangat sedap, crunchy & rangup di luar namun chewy & lembut di dalam. Resepi biskut sukatan cawan ini mudah, semua pakai gaul macam tu je…tau-tahu dah siap! Kalau tak percaya, korang kena try buat sendiri resepi chocolate chip cookies yang akan kami kongsikan ni.
Sesuai sangat untuk bekal sekolah anak, minum petang mahupun sebagai biskut raya nanti. Boleh dibuat stok banyak-banyak & disimpan dalam bekas kedap udara yang boleh tahan lama. Itupun kalau tahan lamalah….takut-takut sekelip mata je habis tak perasan dok ngap sambil-sambil tengok movie, neflix dsb.
Ada banyak versi resepi chocolate chip cookies ni macam resepi chocolate chip cookies famous amos, resepi chocolate chip cookies anna olson, resepi chocolate chip cookies subway, resepi chocolate chip cookies danish, resepi chocolate chip cookies azlita, resepi biskut coklat chip azlina ina, resepi biskut coklat chip cadbur. Yang pastinya kami akan kongsikan resepi biskut coklat cip cair di mulut & rangup di luar menggunakan resepi chocolate chip sukatan cawan juga tanpa mixer…mudah bukan?
BAHAN-BAHAN chocolate chip cookies -1 cawan mentega (dicairkan terlebih dahulu, kemudian biarkan sejuk seketika) -1 1/2 cawan gula perang -1 cawan gula -2 biji telur -1 st esen vanila -1 sb tepung jagung (diayak) -3 cawan tepung gandum (diayak) -1 st baking soda (diayak) -1/2 st garam bukit (diayak) -1 cawan chocolate chip @ coklat chip (nak lebihkan pun boleh) *biskut ini memang manis, kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan sukatan gula
CARA BUAT biskut coklat chip 1.masukkan mentega yang telah dicairkan, gula perang & gula putih…gaul sekata 2.masukkan telur bersama esen vanila 3.masukkan 1 cawan tepung terlebih dahulu 4.masukkan tepung jagung 5.masukkan baking soda & garam bukit….gaul sekata 6.kemudian masukkan 2 cawan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit 7.akhir sekali masukkan coklat cip ikutlah banyak mana yang kita suka 8.bulat-bulatkan adunan, letak atas tray 9.simpan dalam peti sejuk selama 1jam ( STEP ni PENTING) 10.keluarkan dari peti sejuk & biarkan pada suhu bilik lebihkurang 20minit 11.bakar dalam oven suhu 160 selama 15 minit (bergantung pada oven masing-masing) 12.dah siap…panas-panas tu sedap dimakan cicah dengan susu. Yumeh! 13.bila biskut coklat chip dah sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara
Bagi sis, adunan biskut ni memang manis…lain kali kalau nak buat lagi sis akan kurangkan sukatan gula sebab coklat chip tu pun dah manis kan.
Bayangkan anda menyuap seulas durian sedap seperti durian XO dengan rasa pahit-pahit manis, digaul bersama kuah santan dan sedikit hirisan gula melaka…nikmat tak terkata! Bagi yang tak suka durian pahit manis, boleh gantikannya dengan durian Musang King ataupun IOI berisi tebal dengan rasa lemak-lemak manis. Namun jika dimakan bersama dengan durian kampung juga tidak kurang sedapnya.
Tips memasak pulut dan cara mudah masak pulut kukus yang mudah boleh lihat video atas sampai habis. Cara kukus pulut tidaklah susah mana, cuma ada 2 step sahaja yang perlu diikuti. Selamat mencuba resepi viral mudah dan sedap ini.
Cara buat Nescafé Ais Kaw Pekat @ Sukatan betul cara buat nescafe ais padu, nescafe ais sedap…lebih padu dan kaw dari nescafe ais mamak. Anda kena cuba sendiri resepi viral mudah dan sedap nescafe ais kaw padu ni, pasti takkan kecewa macam dapat nescafe ais cair kat kedai makan.
Nescafe Ais Resepi: 1 SB Nescafé Classic 2 SB Susu pekat Manis 100ml air panas Ais kiub
Untuk cara buat nescafe ais ikat tepi atau nescafe ais bungkus, anda boleh juga gunakan resepi nescafe ais di atas cuma sukatan perlu dilebihkan sekali ganda daripada sukatan bancuhan asal. Nescafe ais kaw bancuh sendiri lebih fresh dan padu daripada nescafe ais tin, kena cuba resepi nescafe ais ni pasti tak menyesal.
Cara membuat nescafe ais sebenarnya tak susah, semua orang pun boleh buat. Cuma cara buat nescafe ais paling sedap ni kami dah eksperimen banyak kali sebelum nak dapatkan sukatan yang betul dan padu macamni. Jika sukatan lari, tahap pekat dan kaw nescafe ais juga boleh ‘lari’.
Tips cara buat nescafe ais paling sedap terletak pada sukatan bancuhan yang betul, paling penting air kena betul-betul panas dan jangan banyak. Rahsia nescafe ais kaw, lepas masuk air panas jangan ditambah lagi air biasa…jika ditambah juga, nescafe ais dah tak jadi kaw dan pekat. Walaupun air panas tu nampak sikit, bila ditambah ais kiub atau air batu….ais inilah yang akan mencair dan memperbanyakkan sukatan air nescafe nanti.
Antara nescafe classic vs gold, nescafe classic lagi kick rasa dia. Nescafe classic susu juga sedap diminum panas-panas, cuma sukatan bancuhannya tak sama seperti resepi nescafe ais di atas. Untuk yang sedang berdiet, eloklah dielakkan dulu nescafe ais kaw ni sebab nescafe ais kalori agak tinggi.
Antara menu mamak yang paling digemari ramai adalah maggi goreng mamak. Selalu nampak kat kedai mamak, maggi goreng mamak bukan sahaja digemari orang dewasa tetapi juga disukai kanak-kanak. Jadi apa salahnya masak maggi goreng mamak sendiri di rumah untuk seisi keluarga, lebih jimat dan puas hati makan sebab bahan-bahannya bukan sahaja mudah tapi juga murah.
BAHAN-BAHAN maggi goreng mamak -2 keping maggi -2 perencah kari maggi -1 bawang merah -7 bawang putih -2 biji telur -isi ayam -sos cili -kubis -lobak merah
CARA MASAK MAGGI GORENG MAMAK -maggi dimasak terlebih dahulu dalam air mendidih kemudian toskan 1.tumiskan bawang merah & bawang putih 2.masukkan telur terus kacau hancur 3.masukkan maggi 4.masukkan perencah maggi ( nak masuk 2 perencah maggi terus pun boleh) 5.masukkan sos cili 6.masukkan kobis & carrot 7.perasakan dengan garam 8.kacau sebati, dah siap tutup api!
TIPS MEMASAK maggi goreng mamak resepi viral mudah dan sedap ialah kena lebihkan bawang putih semasa menumis…kalau makan kat mamak memang akan terasa bawang putihnya.
Ayam bakar sememangnya menu kegemaran ramai rakyat Malaysia. Selain mudah disediakan, ianya juga salah satu menu diet sihat. Sebelum itu boleh tonton resepi ayam bakar menggiurkan yang telah mendapat 25k views ini:
Resepi creamy salted egg pasta yang sangat sedap berkrim tapi sangat senang nak masaknya! Hanya dengan sedikit penambahan telur masin, resepi spaghetti creamy ini pasti menjadi WOW!
BAHAN-BAHAN Spaghetti Telur Masin (1-2 orang makan) -spaghetti -udang segar -5 ulas bawang putih -1 cili merah -isi ayam -1 tangkai daun kari -2-3 sb serbuk salted egg (boleh ganti dengan kuning telur masin) -1/2 hingga 1 cawan susu -garam
Tutorial cara masak salted egg pasta bolehlah klik video di atas.