aszulqa.com

MANFAAT DAUN SIRIH CINA UNTUK KESIHATAN

Daun sirih cina sering didapati tumbuh melata di atas tanah, sering dianggap sebagai semak samun dan dicabut serta dibuang begitu sahaja. Tahukah anda daun sireh cina ini mempunyai banyak manfaat dan dikatakan mengandungi pelbagai bahan yang boleh bertindak sebagai analgesik, antibiotik dan anti radang.

Apa yang menariknya, kesemua bahagian pada pokok sirih cina ini boleh digunakan untuk kesihatan. Selain itu, khasiat daun sirih cina juga boleh melegakan sakit-sakit biasa seperti demam dan sakit kepala.

Ikuti perkongsian Siti Asiah Ismail tentang kebaikan daun sirih cina ini yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

3 tahun sakit belakang, sakit kaki, sakit pinggang, sakit badan, kebas kaki dan tangan. Tekanan darah pula asyik naik sahaja. MC jangan cakap la, dah tak terkira banyaknya. Sampai pergi rawatan pakar, masuk hospital keluar hospital.

Alhamdulilah sangat-sangat, dah beransur sihat. Dah kurang sakit-sakit badan ni. Dah 3 hari makan daun sireh cina ni…hasilnya sangat bagus. Daun ini saya makan macam ulam-ulaman. Makan dengan nasi. Alhamdulillah, dah sihat dah rasanya.
Read more

cara buat minyak buah pelaga homemade & kemujarabannya!

Pernahkah anda mendengar nama minyak buah pelaga?

Kebiasaannya minyak buah pelaga dijual secara komersial sebagai minyak essential (essential oil) buah pelaga atau dikenali sebagai ‘cardamom oil’. Minyak pati tulen semula jadi buah pelaga ini dipercayai bagus untuk penjagaan rambut, penjagaan badan, penjagaan muka, minyak urut, kosmetik, sabun dan produk lainnya.

Tahukah anda minyak buah pelaga ini boleh dibuat sendiri di rumah?
Minyak buah pelaga homemade ini sesuai dijadikan minyak urut semulajadi yang tiada sebarang campuran bahan merbahaya. Bahan-bahannya mudah didapati di sekeliling kita. Hanya 2 bahan diperlukan iaitu pati santan asli dan buah pelaga.

Jika anda biasa memasak, anda pasti mengenali buah pelaga ini yang tergolong dalam rempah 4 sekawan. Jika dibeli banyak, buah pelaga ini agak mahal kosnya, namun jika kita sekadar membeli sedikit tidaklah terasa sangat mahalnya.

Jika anda menetap di bandar kos pati santan boleh tahan juga harganya. Pati santan bermaksud perahan santan yang tiada sebarang campuran air. Walaupun bahannya cuma 2, namun waktu memasaknya memakan masa yang lama iaitu lebih kurang 2 jam dengan api yang perlahan dan anda perlu rajin mengacau supaya tidak hangit. Proses pembuatannya agak renyah dan lama namun anda pasti berpuas hati dengan hasilnya nanti!

bahan-bahan:
1.5 kg pati santan (RM20)
Buah pelaga 50g (+- RM8-RM10)
*kos tersembunyi = gas untuk memasak 2 jam, masa & kudrat tenaga

Read more

Petua kencing kotor & kencing tidak lawas dan menurunkan kolesterol.

Petua kencing kotor dan kencing tidak lawas disamping menurunkan kolesterol dikongsi oleh Azrina Len dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Barli homemade sedap untuk menyejukkan badan juga ?

Read more

manfaat dan khasiat rumput sambau ‘degil’

DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..demikianlah perkongsian daripada Kamal Fj tentang khasiat dan manfaat rumput sambau degil yang diperkatakan.
.
Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata. Sebab apa?? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat-sahabat semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang.
.
Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat-sahabat semua selalu pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan tah apa lagi nama orang panggil..
.
Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj.. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu Insyaallah dia tumbuh balik.
.
Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta malinkan untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebeb itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai betul dak?
.
Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pi cari benih dan tanam pulak ya hehe.. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.
.
.
? AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing2.
.
– Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.
.
– Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah..
.
– Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak-kanak lah. Bagi je anak minum..
.
– Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan penyakit hati yang suka hantar saka santau kat orang tu ya. Yang tu mau bagi 3×2 atau parang terbang je. Baru dia ada akai..
.
– Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasi dah berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.
.
.
? DAUN..
.
– Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup la hehe.
.
– Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak-anak yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..
.
.
? Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..
.
– Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.
.
– Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap-kejap masuk tandas, kejap-kejap raja air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.
.
– Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah-merah ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah..
.
– Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tinggi kan? Boleh amalkannya. Bukan panas baran yaaa.. Panas baran ni ubat dia pelempang hehe..
– Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan
air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang?? Bukan air pasang tau.
.
– Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila stanby dengan segelar air rebusan rumput sambau ya.. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..
.
– Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut. Insyaallah..
.
– Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah mengenai hati, bagus untuk diamalkan.
.
– Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.
.
Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Manusia ni kalau liat agak susah nak berubat melinkan.. Haa hampa tambah la sendiri hai..
.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga ke anak cucu, Aminn. Wallahuaqlam 
.
Kredit : Kamal Fj

petua hilangkan jeragat tanpa bahan kimia dan petua kulit awet muda

Petua kulit awet muda dan hilangkan jeragat di kulit muka dengan kos murah namun berkesan dan sihat secara alami. Cara hilangkan jeragat secara selamat tanpa bahan kimia dan tanpa kesan sampingan ini adalah perkongsian daripada Miela Zaujah Reza.

Read more

khasiat pokok jarum tujuh bilah (jarum 7 bilah)

Pokok jarum tujuh bilah nampaknya semakin dikenali ramai kerana kemujarabannya meredakan banyak masalah kesihatan. Memakan pucuk ubi daun jarum tujuh bilah dikatakan dapat mengubati penyakit kanser, gout, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang. Sebelum tu, boleh bantu sis SUBSCRIBE channel YTC kat bawah:

Read more

manfaat daun pandan dari petua orang kampung

Manfaat daun pandan dari petua orang kampung ini telah mendapat 32k share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Pokok pandan ni bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni. Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya, pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi..jadi siapa suka cuba boleh je dan jika tak suka boleh abaikan.

Antaranya :

1.Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

2.Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

3.Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

4.Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

5.Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

6.Merawat gaut*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

7.Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

8.Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

9.Menurunkan kmanfaat daun pandan untukolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

10.Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

11.Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

12.Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

13.Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

14.Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

15.Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

16.Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blender daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

17.Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

18.Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal… Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

19.Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

20.Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

21.Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*

Kredit: empunya petua

Scroll To Top