Glamhall buffet ramadan 2022 yang bukan sahaja menarik malah juga sedap. Mesti ramai yang suka berbuka puasa di tempat yang menarik, banyak port OOTD, selesa, mampu milik & paling penting sedap…kalau itulah yang anda cari-cari, buffet ramadhan 2022 di Glamhall, damansara ada kesemua ciri-ciri itu.
Haaaaa….teruja tak tengok entrance glamhall ni? Jangan teruja dulu, sebab tu baru sipi-sipi je. Banyak lagi spot menarik kat glamhall, memang terbaik untuk port OOTD.
Buffet ramadan food review W hotel Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan KLCC seperti yg sedia maklum. Parking senang di basement parking hotel.
Saya book 3 hari sebelum Ramadan to get early bird rate RM60.00 per head. Senang whatsapp saja untuk book, bayar dan bagi nama. Masa bufet bagi saja nama dan boleh enjoy bufet. Tak perlu beratur lama-lama masa nak masuk. Restoran ni di tingkat 10, dari parking kene turun ke lobi dulu dan tukar lift naik ke tingkat 10…Parking free ya.
Hidangan Istimewa of course kambing golek seekor..ni beratur panjang ya..tp insyaallah semua dapat..side dishes kentang dan sayur grill camtulaa..sedap cuma sos dia saja tak berapa kick. Ade juga option if nak makan kambing dengan nasi arab.
Dua tahun Ramadan sudah berlalu sejak kita dilanda pandemik wabak Covid19. Tahun ini memasuki tahun ketiga Ramadan, kita semua menjalani rutin harian dalam wabak virus ini, dan bermula 1 April 2022 yang lepas negara kita sudah memasuki fasa endemik Covid19.
Jadi rutin berbuka puasa tahun ini boleh berjalan seperti biasa dan tiada lagi sekatan PKP seperti 2 tahun yang sudah. Bolehlah kita menarik nafas lega untuk menikmati juadah berbuka puasa buffet dalam masa yang sama turut patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.
Jika anda masih mencari-cari buffet ramadan 2022 Kuala Lumpur, Corus Hotel Kuala Lumpur menawarkan sajian iftar berbuka puasa dengan lebih 200 menu masakan dengan harga mampu milik RM100++.
Corus Hotel Kuala Lumpur terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, bersebelahan dengan KLCC. Untuk ke stesen LRT KLCC bawah tanah hanya mengambil masa 2 minit berjalan kaki dari Hotel Corus Kuala Lumpur dan 5 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas. Sekiranya anda ingin ‘shopping’ persiapan raya di sekitar KLCC dan mall berdekatan, anda boleh berbuat demikian kerana jaraknya hanya ‘walking distance’ dari Hotel Corus, KL ini.
Untuk yang mencari-cari buffet hotel Halal, Corus Hotel Kuala Lumpur adalah salah satu hotel dengan status HALAL JAKIM. Jadi tiada keraguan dan was-was untuk menikmati hidangan buffet hotel di sini.
Antara menu istimewa yang bakal disajikan di Corus Hotel Kuala Lumpur ialah daging salai masak lemak pucuk ubi mangga muda. Masak lemak cili api yang sememangnya sinonim dengan Negeri Sembilan, cukup terasa pedas dan lemaknya. Manakala Ikan TenggiriAsam Pedasdan Udang Masak Kapitan pula antara masakan dari Melaka turut diketengahkan di Dondang Sayang Coffee House ini sebagai tarikan iftar berbuka puasa. Menu masakan Kelantan iaitu ayam percik juga tidak kurang sedapnya.
Jika anda penggemar masakan pedas, anda juga patut mencuba sotong masak sambal hijau. Boleh dipadankan dengan aneka jenis kerabu yang ada disitu contohnya kerabu sotong, kerabu magga, kerabu ulam-ulaman dan banyak lagi. Kalau dah makan pedas-pedas tu jangan risau, anda boleh seimbangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti betik, tembikai, longan, mangga dan banyak lagi.
Walaupun berharga RM100++ anda masih boleh menikmati hidangan kambing golek yang sentiasa dicari-cari bila berbuka di hotel. Penggemar kambing golek mesti gembira dapat menikmati hidangan kambing panggang bila berbuka nanti.
Selain hidangan lauk pauk masakan melayu, ada juga sup tulang rawan yang sedap. Bila dihirup sup tulang rawan ni panas-panas memang sedap dan terasa rempahnya.
Kalau rindu dengan bubur lambuk, anda juga boleh menikmatinya di hotel ini.
Tidak lengkap buffet ramadahan tanpa dessert. Pelbagai jenis kek, puding, tart dan pemanis mulut ada disajikan di sini. Pilih sahaja mana yang berkenan! Oh ya! kuih-muih tradisional melayu seperti bingka ubi, talam, pulut panggang, cara berlauk dsbg juga tidak ketinggalan dihidangkan.
Santapan Warisan @ Ramadhan Buffet Dinner Corus Hotel Kuala Lumpur
Tarikh: 5 April 2022 hingga 30 April 2022
Masa: 6.30 petang hingga 10 malam
Tempat: Dondang Sayang Coffee House, Corus Hotel KL (ground floor)
Harga Dewasa: RM108 nett
Harga kanak-kanak: RM70 nett
Promosi: Tempah 10pax PERCUMA 1pax
Untuk sebarang tempahan buffet ramadhan boleh hubungi 03-2161 8888 atau emel kepada fnb@corushotel-kl.com