aszulqa.com

Bancuhan Tepung Goreng Pisang, Cempedak & Ubi Keledek RANGUP tapi TAK KERAS & Teknik Goreng Serdak Banyak RANGUP dan LEMBUT

Cara Bancuhan Tepung Goreng Pisang, Cempedak, Keledek Rangup tapi tak keras….bila makan tu krup krap krup krapppp sedap crispy dan lembut.

 

Ini adalah resepi ke-4 & bancuhan tepung goreng TERBAIK hasil eksperimentasi kami sendiri setelah mencuba 3 resepi berlainan bahan bancuhan tepung goreng sebelum ini, boleh klik untuk lihat:
1/ resepi tepung goreng pisangĀ 
2/ resepi tepung goreng cempedak

3/ resepi tepung goreng ubi keledek

Jika korang lihat video ini sampai habis korang akan dapat tips, rahsia & petua untuk hasilkan serdak yang banyak dan rangup tapi tak keras.Teknik rahsia macamana nak bancuh dan bagaimana cara nak goreng bagi JADI serdak rangup dan lembut kami bongkarkan dalam video ni. Dah goreng ni, jadi ketagih pula nak kunyah serdak tepung goreng ni sebab sedap sangat, cukup rasa, paling penting tak keras walaupun rangup. Korang juga akan dapat tahu bahan tambahan lain yang kami gunakan untuk improve kan kualiti adunan tepung goreng pisang, cempedak dan keledek kali ini. Jom kami bongkarkan rahsia resepi tepung goreng pisang, cempedak dan keledek yang rangup tapi tak keras khas untuk subscribers YTC As Zulqa, jika nak dibuat berniaga pun kami halalkan resipi ini…semoga bermanfaat untuk semua

 

BAHAN-BAHAN
-1 1/2 cawan tepung beras (maaf dalam video salah tulis 2 1/2 cawan)
-1/2 cawan tepung gandum
-2 sb tepung ubi
-1 biji telur
-1 st serbuk kunyit
-1/2 st garam
-1/3 st soda bikarbonat
-air
-pisang, cempedak, ubi keledek
(Adunan di atas ngam-ngam untuk 1 talam goreng pisang + goreng cempedak + goreng keledek seperti di dalam gambar & video)

 

CARA BANCUH tepung goreng ni kena masukkan semua bahan dan kacau sebati sehingga bancuhan menjadi sedang-sedang pekat (tak terlalu pekat & tak terlalu cair)

*Tips nak bagi goreng pisang, cempedak dan keledek lebih menjadi…lepas bancuh perlu rehatkan bancuhan tepung goreng tadi selama 10minit. Selepas 10minit barulah dimasukkan bahan yang nak digoreng samada pisang, cempedak ataupun keledek.

*Petua nak bagi tepung goreng pisang, cempedak atau keledek masak elok kejadiannya, gunakan api sederhana sahaja semasa menggoreng.

*Petua nak dapatkan serdak banyak yang rangup tapi tak keras…Akhir sekali bila nak buat serdak yang banyak, besarkan api…guna api paling kuat kemudian masukkan bancuhan cair, tarik bekas paling tinggi yang korang boleh buat (lihat video). Korang akan lihat bancuhan cair tadi akan bertukar menjadi kelopak-kelopak kecil dalam minyak panas…dah siap tarik terus kecilkan api, guna api perlahan. Sentiasa kacau supaya serdak tak hangit, dah cantik kejadiannya bolehlah ditapis dan angkat. Oh ya! bancuhan tepung goreng untuk serdak wajib cair ye, kalau bancuhan asal tepung goreng tak ditambah air hingga menjadi cair memang korang takkan dapat serdak yang cantik. dan halus.

Selamat mencuba!

Scroll To Top