aszulqa.com

RESEPI LAKSAM bersama kuah putih lemak yang sedap dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal lada.

Laksam Kelantan putih licin dengan rasa lemak-lemak manis bila dimakan bersama kuah santan putih. Digabungkan pula dengan ulam-ulaman segar dan sambal lada melengkapkan lagi rasa sedap laksam ini.

Read more

Cara Bancuh Nescafe Ais Kaw Paling Sedap! Pekat Likat Padu…Air Nescafe Viral

Cara buat Nescafé Ais Kaw Pekat @ Sukatan betul cara buat nescafe ais padu, nescafe ais sedap…lebih padu dan kaw dari nescafe ais mamak. Anda kena cuba sendiri resepi viral mudah dan sedap nescafe ais kaw padu ni, pasti takkan kecewa macam dapat nescafe ais cair kat kedai makan.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

 

Nescafe Ais Resepi:
1 SB Nescafé Classic
2 SB Susu pekat Manis
100ml air panas
Ais kiub

Untuk cara buat nescafe ais ikat tepi atau nescafe ais bungkus, anda boleh juga gunakan resepi nescafe ais di atas cuma sukatan perlu dilebihkan sekali ganda daripada sukatan bancuhan asal. Nescafe ais kaw bancuh sendiri lebih fresh dan padu daripada nescafe ais tin, kena cuba resepi nescafe ais ni pasti tak menyesal.

Cara membuat nescafe ais sebenarnya tak susah, semua orang pun boleh buat. Cuma cara buat nescafe ais paling sedap ni kami dah eksperimen banyak kali sebelum nak dapatkan sukatan yang betul dan padu macamni. Jika sukatan lari, tahap pekat dan kaw nescafe ais juga boleh ‘lari’.

Tips cara buat nescafe ais paling sedap terletak pada sukatan bancuhan yang betul, paling penting air kena betul-betul panas dan jangan banyak. Rahsia nescafe ais kaw, lepas masuk air panas jangan ditambah lagi air biasa…jika ditambah juga, nescafe ais dah tak jadi kaw dan pekat. Walaupun air panas tu nampak sikit, bila ditambah ais kiub atau air batu….ais inilah yang akan mencair dan memperbanyakkan sukatan air nescafe nanti.

Antara nescafe classic vs gold, nescafe classic lagi kick rasa dia. Nescafe classic susu juga sedap diminum panas-panas, cuma sukatan bancuhannya tak sama seperti resepi nescafe ais di atas. Untuk yang sedang berdiet, eloklah dielakkan dulu nescafe ais kaw ni sebab nescafe ais kalori agak tinggi.

NASI KERABU

Antara banyak-banyak resepi nasi, resepi nasi kerabu adalah resepi nasi yang paling renyah dan memakan masak yang lama untuk dibuat. Walaupun renyah dan banyak ‘step’ ,masih berbaloi untuk kita buat sendiri nasi kerabu ini kerana dijamin sedap dan boleh diubahsuai mengikut selera tekak kita sendiri. Memang puas hati jika dapat makan nasi kerabu hasil air tangan sendiri.

 

Read more

Nasi Lemak guna sukatan cawan dan cara buat nasi lemak berderai-derai

Mesti ramai yang tercari-cari resepi nasi lemak guna sukatan cawan dan cara buat nasi lemak berderai-derai. Kali ini sis akan kongsi cara buat nasi lemak berderai-derai dan menggunakan sukatan cawan. Ketiga-tiga video ini adalah Resepi Nasi Lemak As Zulqa.

Boleh rujuk ketiga-tiga video di bawah kerana asa antara video ni sis kongsi resepi nasi lemak santan kotak @ nasi lemak guna santan kotak. Tapi jika tiada masa nak masak sendiri nasi lemak, beli sahaja nasi lemak mcd.

 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
FB Page (klik like & follow)
FB Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

A] RESEPI SAMBAL NASI LEMAK PALING SEDAP & CARA MASAK NASI LEMAK 

 

B] RESEPI NASI LEMAK PANDAN SUKATAN CAWAN
bonus AYAM GORENG KARI RESEPI

 

C] RESEPI NASI LEMAK KUKUS SUKATAN CAWAN 
bonus SAMBAL PARU NASI LEMAK RESEPI

 

IKAN KELI BAKAR BEREMPAH: Lain Dari Yang Lain, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

Kita selalu makan atau masak ikan keli bakar kan, tapi resepi ikan keli bakar berempah kali ini sudah semestinya lain dari yang lain. Bak kata orang, sekali rasa pasti nak lagi.

Selain dibuat bakar, antara resepi lain berasaskan ikan keli yang boleh dicuba ialah ikan keli bakar berlada, ikan keli bakar air asam, ikan keli masak berlada, ikan keli masak lemak cili api, ikan keli goreng rangup, ikan keli masak sambal, ikan keli masak berlada hijau, ikan keli sambal hijau, ikan keli goreng berempah.

Antara banyak-banyak cara membakar ikan keli seperti bakar guna arang, oven, air fryer atau pemanggang ajaib, kali ini sis pilih guna pemanggang ajaib sebab ikan keli akan lebih ‘moist’ jika dibandingkan dibakar guna oven.

BAHAN KISAR
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-3 tangkai cili kering
-1/2 sudu besar serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari
-1 sudu besar biji ketumbar
-1 sudu besar jintan manis

BAHAN LAIN
-5 ekor ikan keli (dikelar)
-1 keping asam keping
-1 sudu besar gula
-2 sudu teh garam bukit

CARA MEMASAK
1.Panaskan minyak masak & masukkan kesemua bahan kisar
2.Kacau sebati seketika
3.Kemudian masukkan asam keping, gula & garam bukit
4.Kacau seketika & apabila rempah sudah sebati masukkan kesemua ikan keli
5.Masak ikan keli kurang dari 5 minit (biar keli separuh masak sahaja)
6.Tutup api
7.Sediakan pemanggang ajaib & pindahkan ikan keli dari periuk ke pemanggang ajaib
8.Bakar @ panggang keli hingga masak
9.Tutup api & bolehlah dihidang panas

Selain sedap dibakar atau dipanggang, ikan keli juga sedap dimasak berlado (ikan keli masak berlada)

Ikan keli berlado @ Resepi ikan keli berlada yang bila makan buat nasi tambah berpinggan-pinggan. Tak rugi tengok video Ikan KELI berlado ni sampai habis sebab dalam video ni ada banyak petua, tips & cara:
1) petua dan cara bersihkan Ikan KELI supaya tak hanyir
2) cara dan petua siang Ikan KELI untuk hilangkan hanyir
3) tips dan petua goreng Ikan KELI tak meletup dan tak melekat di kuali

BAHAN-BAHAN
A] Ikan keli goreng garing
-5 ekor keli
-serbuk kunyit
-garam
-tepung beras

B] Sambal berlada @ sambal berlado
-7 cili merah (dikisar kasar)(*boleh lebihkan jika suka pedas)
-15 cili api (dikisar kasar) (*boleh lebihkan jika suka pedas)
-2 bawang merah besar (dikisar kasar)
-5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
-1 bawang merah besar (dihiris membulat)
-asam jawa + air
-gula
-garam

BAHAN UNTUK BERSIHKAN IKAN KELI
-tepung gandum
-asam jawa
*boleh juga gunakan limau kasturi @ limau nipis

 

CHEESEKUT OREO 4 Bahan Sahaja: Resepi Cheesekut Viral

CHEESEKUT OREO yang mudah dan sedap, hanya menggunakan 4 Bahan Sahaja: Resepi Cheesekut Viral yang menjadi kesukaan ramai.

Tengok gambar pun dah menggoda kan! YA…memang sedap cheesekut oreo ni. Cara buat cheesekut oreo ni pun senang sangat, tanpa mixer, tanpa oven juga tanpa gelatin…hanya perlukan blender dan peti sejuk. Tapi kalau taknak guna blender, pakai whisker je pun boleh…dan kalau taknak simpan dalam peti sejuk, lepas siap nak terus makan cheesekut oreo ni pun boleh. senang bukan?!

Lebih mudah faham jika lihat video tutorial cara buat cheesekut oreo kat bawah:

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

Kari Ikan cara Sugu Pavithra @ Kari Ikan Indian Style

Kari ikan cara sugu pavithra pernah menjadi resepi kari viral sewaktu pkp 1.0 dulu, malah masih menjadi menu viral pkp 3.0 ataupun menu lockdwon 3.0.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Resepi kari ikan sugu pavithra nampak seperti kari ikan mamak & indian style. Cara masak kari ikan sugu pavithra ini nampaknya berlainan dari kari ikan melayu kerana kari ikan sugu pavithra ada banyak step yang perlu diikuti, cara memasak juga lain. Kena hafal step tu, kalau tak biasa boleh terlupa stepnya.

Sis tak pasti samada resepi ini adalah sama seperti resepi kari ikan mamak atau tidak. Yang pastinya berbeza dengan resepi kari kepala ikan pekat yang sis pernah share kat bawah  ni

 

Kari ikan cara Sugu Pavithra ni bagi sis agak rumit sebab banyak step & bahan, lagi satu sis tak biasa masak kari Indian style sebelum ni. Agaknya kalau memang dah biasa buat takdelah susah manapun kan. Bak kata omputih “practice makes perefect”

Berbezanya kari ikan cara Sugu Pavithra ni dengan kari ikan yang biasa sis masak ialah, kari ikan stail India ni perlu memasukkan tomato dan terung terlebih dahulu di awal proses memasak. Kalau kebiasaannya kari ikan yang kita masak…tomato dan terung akan dimasukkan di akhir sekali proses memasak. Kaedah memasaknya memang berlainan.

Sis menggunakan ikan bawal, ikan lain yang sedap dimasak kari ialah kari ikan tenggiri, kari ikan tongkol, kari ikan kembung, kari ikan pari, kari ikan merah, kari ikan mayong dan boleh disesuaikan dengan ikan lain juga ikut kesukaan masing-masing. Ikan bawal masak kari memang kegemaran keluarga sis. Untuk lebih faham tengok resepi dan cara masak kari ikan Indian style di bawah

BAHAN-BAHAN kari ikan
-2 ekor ikan bawal emas (dipotong)
-4 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
-1 biji bawang merah besar (dihiris)
-1 labu bawang putih (dihiris)
-1 sudu besar halia ditumbuk
-1 sudu besar halba campur
-air asam jawa (setengah kepal asam jawa dicampur dengan sedikit air)
-3 tangkai daun kari
-2 biji tomato dibelah
-3 biji terung bulat (dibelah & direndam dalam air garam cara sugu pavithra bagi mengelakkan terung bertukar warna
-3 tangkai cili hijau (dibelah dua) -9 bendi -santan kotak (nak guna santan segar pun boleh) -daun ketumbar (sebagai hiasan)

CARA MASAK KARI IKAN cara Sugu Pavithra
1.Panaskan minyak dan masukkan halba campur
2.Kemudian masukkan bawang merah & bawang putih…kacau
3.Bila bawang dah naik bau masukkan cili hijau & halia yang telah ditumbuk…kacau
4. Masukkan dauk kari bersama tangkainya sekali (kari ikan cara sugu pavithra)
5.Masukkan tomato, kemudian masukkan bendi…kacau
6.Masukkan bancuhan serbuk kari…kacau sebati
7.Masukkan air secukupnya
8.Masukkan air asam jawa
9.Masukkan sedikit santan (jangan banyak sangat)
10.Masak dan kacau sehingga ia mendidih
11.Dah mendidih masukkan bendi kemudian perasakan dengan garam
12.Masukkan kesemua potongan ikan
13.Kacau perlahan-lahan sahaja supaya ikan tidak hancur
14.Masaklah sehingga ikan betul-betul masak & sebati dengan kuah kari
15.Akhir sekali taburkan daun ketumbar sebagai hiasan juga penambah rasa
16.Siap untuk dihidang!

 

Boleh juga rujuk resepi kari ikan pekat likat sedap yang biasa sis masak kat rumah macam video kat bawah ni….yang ni memang terangkat bila makan! Makan dengan nasi panas sodap, cicah dengan roti canai pon sodap…musim-musim lockdown 3.0 ni boleh goreng roti paratha segera tu then cicah dengan kari ni…makan tak berganjak jawabnya!

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

=====================================================

Fish curry recipe is a typical malaysian food, favourite dish by Malay, Indian & Chinese. Check out fish curry ingredients & how to cook curry fish

*ENGLISH

INGREDIENTS fish curry recipe
-fish
-1 tbsp mix fenugreek
-3 stalk curry leaves
-2 red onions
-3 cloves garlic
-tamarind paste
-coconut milk
-lady fingers
-tomato
-salt

*BLENDED INGREDIENTS
-1 red onions
-3 cloves garlic
-1 inch ginger
-5 tbsp fish curry powder
-water

HOW TO COOK fish curry
1.Heat cooking oil in a medium sized pot.
2.Add mix fenugreek & curry leaves and let them splutter briefly
3.Fry red onion and garlic in hot oil until soft
4.Add blended ingredients and keep stirring until the oil separates
5.Add tamarind paste
6.Add water and bring to a boil
7.Pour in coconut milk
8.Season with salt
9.Add fish and let it cook for a while
10.Once the fish is cooked, add lady finger and tomato
11.Cook for 10 seconds then turn off the heat
12.Immediately cover the pot with a lid
13.Done!

Buat Sendiri Sos Carbonara Homemade lebih Creamy tanpa prego, tanpa sos tin! ~ Menu Spaghetti

Buat Sendiri Sos Carbonara Homemade lebih Creamy tanpa prego, tanpa sos tin! Benda boleh buat sendiri, buat apa kita beli kan….lagipun menu spaghetti sos carbonara homemade ni lebih sihat tanpa sebarang pengawet seperti sos carbonara segera dalam tin atau balang kaca tu. Dahla lebih sihat, lebih jimat juga sebab boleh buat ikut kuantiti banyak mana yang kita nak.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Rahsia resepi spaghetti carbonara sedap terletak pada adunan bahan-bahannya. Resepi spaghetti carbonara sedap mestilah ada rasa lemak berkrim selalunya dari gabungan cheese dan susu. Bila buat sendiri sos carbonara, kita boleh adjust sendiri rasanya mengikut selera kita.

Resepi sos carbonara homemade ni tak susah manapun, semua orang boleh buat…cuma perlu sediakan bahan-bahannya sahaja. Selain itu kita boleh pelbagaikan bahan-bahan dalam sos carbonara homemade ni ikut kesukaan kita. Contohnya jika kita suka udang, kita boleh masukkan udang…jika suka daging boleh masukkan daging cincang. Resepi spaghetti carbonara yang menggunakan udang & daging meatball ada sis kongsikan di sini.

Untuk resepi sos carbonara homemade kalini sis akan gunakan bahan utamanya ayam. Jika kita tengok, banyak menu spaghetti carbonara yang menggunakan sosej @ hotdog….pun boleh je korang nak guna ikut selera masing-masing. Cuma sis memang sangat-sangat jarang beli sosej kat rumah ni, kalau boleh elak kita elakkanlah…sebab sosej bukan makanan yang sihat terutamanya untuk kanak-kanak. Kalau sekali-sekala tak mengapalah, jangan dibiasakan sangat sebab selalunya kanak-kanak memang suka makan sosej ni. Korang boleh je cari info sendiri tengok bagaimana sosej ni dihasilkan & daripada apa ia diperbuat & bolehlah dinilai sendiri. Pilihan di tangan masing-masing kan. Sis hanya menyampaikan je takut korang terlepas pandang.

 

Berbalik pada resepi spagheti carbonara homemade ni, selain ayam…bahan wajib selalu sis guna mestilah ada kena susu, cheese & cendawan shitake. Barulah sos carbonara homemade kita ni lebih creamy, lemak berkrim disukai ramai. Untuk memekatkan sos, sis tambahkan bancuhan tepung gandum. Spageti carbonara ni memang sedap lemak berkrim & tak pedas…anak-anak mesti suka! Tambahan sekarang ni musim lockdwon 3.0, anak-anak pula asyik ulang alik ke dapur je kerjanya….spagetti carbonara homemade boleh dijadikan menu pkp 3.0 @ menu lockdown 3.0 yang sentiasa evergreen =). Menu spaghetti ni memang mengenyangkan & resepi mudah!

Jom lihat bahan-bahan sos carbonara homemade
-mentega @ marjerin
-1 biji bawang holland (potong dadu)
-3 ulas bawang putih (potong dadu)
-1 cili merah (dihiris)
-cendawan shitake (dihiris)
-1 dada ayam (dihiris kecil)
-2 dada ayam
-2 cawan susu (susu segar @ susu tepung @ susu cair)
-2 sb tepung gandum + sedikit air
-2 cheese keping
-black pepper @ serbuk lada hidam
*optional- parmesan cheese

 

Tutorial cara masak sos carbonara homemade klik video bawah

Cara buat sos carbonara homemade
1.2 keping dada ayam dihiris dua bahagian kemudian lumurkan garam & black pepper
2.panaskan sedikit minyak & masak dada ayam kemudian ketepikan
3.panaskan mentega @ marjerin kemudian masukkan cendawan shitake
4.bila cendawan shitake dah layu bolehlah diangkat & ketepikan dahulu
5.panaskan butter & masukkan hirisan ayam
6.kemudian tumiskan bawang holland, bawang putih & cili merah hingga layu
7.masukkan susu
8.masukkan cendawan shitake
9.perasakan dengan garam bukit
10.masukkan bancuhan tepung gandum
11.masak hingga mendidih
12.masukkan cheese keping
13.masukkan serbuk black pepper
14.kacau sebati & boleh tutup api
15.waktu hidangkan sos carbonara bersama spageti, untuk lebih sedap boleh taburkan parmesan cheese ke atas sos….memang yumeh!

 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
FB Page (klik like & follow)
FB Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Boleh juga lihat video tutorial sos carbonara buat sendiri sini!

Rupanya Ini RAHSIA Resepi Viral Jagung Rebus Susu Cheese Lebih Sedap Lemak Berkrim Cheesy

Rupanya ada rahsia resepi viral jagung rebus susu cheese menjadi lebih sedap lemak berkrim dan cheesy, lain daripada yang lain. Bukan setakat sedap dari rasa manis jagung itu sendiri, kombinasi susu cair, susu pekat & cheese menaikkan rasa lemak berkrim jagung rebus susu viral ini. Resepi viral mudah dan sedap ni pasti disukai kanak-kanak & seisi keluarga. Sekali dah buat, mesti nak ulang buat lagi. Resepi viral jagung rebus susu ini adalah antara resepi viral pkp (resepi viral semasa pkp), resepi viral 2020, resepi viral 2021 daripada koleksi resepi viral terbaik Malaysia. Selain itu resepi viral jagung rebus susu juga menjadi resepi viral tiktok & resepi viral instagram. Jadi, why not kita try resepi viral yang sedang trending ni.

Read more

SIAKAP KENGSOM: Menu Diet & Sihat

Ramai yang belum tahu lagi resepi ikan siakap masak kengsom sebagai menu diet yang sihat. Resepi siakap kengsom sebenarnya berasal dari Thailand yang memang terkenal dengan menu hidangan yang cukup rasa pedas & masamnya, memang menggiurkan. Tambahan lagi jika ibu mengandung yang suka menu yang masam sepanjang kehamilan, boleh mengidam dibuatnya jika tak dapat siakap kengsom ni.

 

 

Pertama kali terdetik rasa nak masak ikan siapa khengsom ni, bila ia selalu lalulalang di newsfeed fb. Boleh dibayangkan rasanya yang manis masam masin tu bila lihat hidangan ni lengkap dengan nenas, daun kesum & asam keping. Walaupun tak pernah rasa kat mana-mana kedai sebelum ni, keinginan nak rasa & masak sendiri tu membuak-buak, dah pulak memang kita ni peminat asam pedas. Ada yang kata, ikan siakap keongsom ni juga dikenali sebagai asam pedas siam.

Sayangnya siakap kengsom yang nak dimasak ni tiada nenas sebab stok kat dapur takde time nak nak masak. Tapi takpelah, kita masak je siakap kengsom ni tanpa nenas. Lain kali bila dah ada stok, kita cuba versi ada nenas pula. Cara buat siakap masak khengsom pun mudah & tidaklah renyah mana, malahan tak perlu tumis pun. Bila dah tak perlu tumis ni maknanya tak memerlukan masa yang lama, cepat dimasak sebab tak perlu nak tunggu masakan pecah minyak yang selalunya memakan masa yang lama.

Siakap masak kengsom sememangnya menu diet & sihat kerana masakan ini tidak menggunakan sebarang minyak masak untuk menumis, bertambah sihat lagi bila kita menggunakan ikan siakap. Lengkap juga dengan sayur kangkung.

 

 

BAHAN KISAR
-2 biji bawang besar merah
-6 ulas bawang putih
-1″ kunyit hidup
-9 tangkai cili kering

BAHAN LAIN
-2 batang serai diketuk
-1-2 asam keping
-seikat kangkung
-seikat daun kesum
-1-2 ekor ikan siakap (dipotong)

CARA MEMASAK
1.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
2.Tambahkan air secukupnya
3.Biarkan mereneh & masukkan serai yang telah diketuk bersama asam keping
4.Masukkan daun kesum & kacau sebati
5.Kemudian masukkan potongan ikan siakap, kacau perlahan-lahan bila perlu sahaja supaya ikan tidak hancur
6.Setelah ikan hampir masak, masukkan dulu batang kangkung kerana batangnya mengambil masa untuk lembut berbanding daun kangkung
7.Perasakan dengan garam bukit
8.Akhir sekali masukkan daun kangkung & kacau sebati hingga masak.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Scroll To Top