aszulqa.com

resepi perap ayam bakar @ ayam grill yang sungguh menggiurkan!

Resepi perap ayam bakar yang mudah dan sedap sentiasa dicari-cari tidak mengenal musim. Ayam bakar resepi yang sentiasa ‘evergreen’ baik untuk hidangan harian, musim perayaan ataupun untuk pergi berkelah @ piknik. Resepi ayam bakar sememangnya mudah disediakan dan bahan-bahannya juga agak simple, sesuai juga untuk menu diet sihat. Cuma jika untuk menu diet, tidak perlulah letak butter @ mentega, memadai dengan sapuan sedikit minyak sawit supaya ayam tidak hangit. Boleh tonton resepi ayam bakar menggiurkan seperti di bawah:
 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Instagram (klik follow)

Ada pelbagai versi resepi perap ayam bakar, antaranya resepi perap ayam bakar bbq azie kitchen, resepi perap ayam bakar che nom, resepi perap ayam bbq mudah, resepi perapan ayam bakar serai, resepi ayam perap giant, resepi ayam bakar madu dan banyak lagi resepi ayam bakar lain.

Selain itu resepi perap ayam bakar oleh fb Nurul Aini Mohamed Ali ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 4

Bahan A :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol brand apa-apa je)
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas dikisar bersama

Bahan B :
3 sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama 1 jam.

Kalau tak nak susah payah sediakan bahan perapan ayam, beli ajelah sini senang tak sampai RM6 pun offer sehingga 31 Julai 2023 sahaja.

Kredit: Nurul Aini Mohamed Ali

One thought on “resepi perap ayam bakar @ ayam grill yang sungguh menggiurkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − ten =

Scroll To Top