aszulqa.com

AIR MINUMAN SEDAP [Air Rebusan Sedap 1001 guna]

Air minuman sedap daripada air rebusan goji berry, kurma merah dan longan kering dengan 1001 khasiat untuk kesihatan wanita dan juga lelaki. Resepi air kurma merah dan longan beserta goji berry ini adalah perkongsian daripada Dr. As Zulqa.

? Ikuti update terbaru secara eksklusif:
?Youtube (klik subscribe)
?Instagram (klik follow)

?TikTok (klik follow)
?fb page (klik follow)

Air minuman sedap 1001 guna ini berkhasiat sebagai AIR MINUMAN AWET MUDA, AIR DETOKS, AIR UNTUK KULIT GLOWING, MILK BOOSTER, AIR BERPANTANG, AIR REBUSAN HERBA SEDAP TAK PAHIT UNTUK DALAMAN KAUM WANITA dan banyak lagi.

 

Khasiat air rebusan kurma merah, goji beri dan longan kering adalah bagus untuk kulit, penjagaan dalaman wanita, menambahkan tenaga dan meningkatkan kesihatan tubuh badan wanita. Kelebihan air minuman ini ialah ia tidak pahit seperti air rebusan herba lain sebaliknya ianya adalah air minuman sedap. Manfaat & khasiat lain seperti di bawah:

 

1) MENCANTIKKAN KULIT, CERAH & GLOWING
Air minuman ini adalah antara tips & rahsia untuk mendapatkan kulit cantik, glowing & cerah dengan cara sihat & kos rendah. Air ini kaya dengan antioksida & vitamin C jadi ia dapat menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit wanita & menyebabkan wanita nampak tua daripada usia sebenar.
 

2) MENSTABILKAN EMOSI WANITA
Minuman herba ini kaya dengan mineral, dapat melancarkan pengaliran darah dan menstabilkan hormon wanita. Apabila hormon stabil maka emosi wanita juga akan stabil dan tenang. Bagus juga untuk mengatasi insomnia & kemurungan yang sering terjadi ketika wanita berpantang. Jadi air minuman herba ini juga sangat sesuai sebagai minuman dalam pantang & air rebusan untuk dalaman wanita. Rugilah siapa tak cuba air rebusan dalaman wanita yang sedap dan tidak pahit ni.
 

3) MILK BOOSTER, ENERGY BOOSTER & MINUMAN BERPANTANG
Disebabkan air minuman ini tinggi kandungan mineral, vitamin C dan antioksida ia juga seringkali dijadikan milk booster ataupun minuman yang dapat merangsang penghasilan susu ibu yang berkualiti. Breastfeeding mom mesti sangat faham dengan struggle untuk maintain stok air susu badan supaya cukup untuk anak-anak sehingga mencapai usia 2 tahun. Jadi dengan mengamalkan air minuman ini dapat membantu memperbanyakkan air susu ibu. Untuk ibu mengandung yang ingin menaikkan hb yang rendah boleh juga ikhtiarkan air minuman sedap ni. Dah jadi air viral 3 in 1 pula sesuai untuk ibu mengandung, ibu menyusukan bayi & ibu berpantang yang sememangnya membantu menambahkan tenaga wanita untuk kekal cergas menjalankan rutin harian mak-mak.
 

 

4) MENINGKATKAN IMUNITI & ANTIBODI BADAN
Air rebusan herba ini juga sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Ia dapat membantu meningkatkan imuniti & antibodi badan untuk melawan jangkitan penyakit. Dengan kata lain air untuk kuatkan antibodi badan.
 

5) AIR DETOKS
Air minuman yang unik ini juga dapat melancarkan sistem pencernaan jadi ia amat sesuai dijadikan air detox. Yang nak maintainkan berat badan ideal juga boleh amalkan minuman herba dan minuman segar ni. Banyak lagi khasiat & manfaat air kurma merah, goji berry dan longan kering ni…cukuplah sampai 5 point penting tu.
 

Resepi air kurma merah, longan dan goji beri:
Bahan-bahan:
200g Longan kering
50g Kurma merah
Gula batu
100g Goji beri
 

Cara memasak air minuman ini:
1.Didihkan air, masukkan longan kering dulu longan kering paling lambat empuk
2.Selepas longan kembang masukkan kurma merah & gula batu
3.Last sekali masukkan goji beri
4 Tutup api, siap!
Minum panas-panas elok untuk kesihatan tubuh badan kita ?
 

Klik video bawah untuk tutorial cara masak air kurma merah, longan dan goji beri beserta penerangan terperinci:

 
Kurma merah selain daripada resepi di atas boleh juga direbus bersama barli. Untuk resepi air kurma merah dan barli boleh klik sini.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + 20 =

Scroll To Top