aszulqa.com

Bihun Goreng Singapore/ Singapore Fried Noodles & Bee Hoon

Bihun Goreng Singapore/ Singapore Fried Noodles & Bee Hoon, resepi bihun goreng simple dan ringkas untuk disediakan. Bihun Goreng Singapore @ Singapura sangat sinonim dengan nama bihun goreng putih @ bihun goreng putih lada hitam kerana rupa bihunnya yang tiada apa-apa pewarna dan putih polos.

 

BAHAN-BAHAN bihun goreng singapore
-sepeket bihun
– bawang putih (diracik @ ditumbuk)
-1 sudu besar lada hitam @ black pepper (ditumbuk)
-isi ayam (potong kecil)
-1 biji telur ayam
-kobis (dihiris)
-carrot @ lobak merah (dihiris memanjang)

 

 

Breakfast Buffet ‘pecah perut’ Indus Cafe, Bora Ombak, Putrajaya @ Tempat Makan Menarik Putrajaya

Nak ‘breakfast like a king?’
Mungkin anda boleh cuba breakfast buffet di Indus Cafe, Bora Ombak Putrajaya.
Peluang untuk makan breakfast buffet serendah RM10.60 seorang (dewasa & kanak-kanak 4 tahun ke atas) hanya datang sebulan sekali sahaja. Ia dibuka pada Ahad pertama setiap bulan dengan tempahan.

Tempat parking yang luas dan selesa berdekatan dengan pintu masuk ke indus cafe. Selepas parking boleh terus ke ‘entrance’ dan nyatakan tempahan anda pada staff yang bertugas di hadapan. Anda akan dibawa ke tempat makan dan boleh memilih meja mana yang anda suka. Tips nak dapat view makan sambil hadap tasik Putrajaya….kenalah datang awal!

Kami tiba 10 minit sebelum pukul 8 pagi, jadi bernasib baik boleh memilih meja makan dengan pemandangan ke tasik Putrajaya. Cantik juga ‘entrance’ trellis yang dipenuhi pohon memanjat. Ada ‘sense of welcoming’. Jadi lepas dah pilih meja makan, boleh terus beratur ambil makanan.

Semua diwajibkan memakai glove untuk mengambil makanan dan itu SOP wajib dipatuhi untuk mengelakkan jangkitan covid-19.

Dengar khabar breakfast buffet di Indus Cafe ni sentiasa penuh, jadi tidak hairanlah jika hari yang kami datang ini pun memang ‘full house’. Makanan cepat juga habis, tapi jangan risau kerana staff mereka akan sentiasa ‘refill’ dalam tempoh masa 2 jam tu (8 – 10 pagi sahaja)

Antara menu breakfast buffet hari ni ialah
nasi lemak
nasi goreng
nasi beriani
kari daging (cepat habis)
dalca
acar
Kuey teow goreng
pasta
hotdog
roti & jem
bubur nasi
bihun sup
kuih-muih
buah tembikai
air sejuk-sarsi & limau
air panas-teh o & kopi o

nasi beriani ni sedap, cuma kari daging cepat habis dan lambat refill tak macam makanan lain yang agak cepat di refill
nasi lemaknya sedap cuma sambal nasi lemaknya sahaja ‘kurang’ sikit kat tekak kami, mungkin boleh di perbaiki rasanya di masa akan datang.
roti yang dah siap dibakar, boleh pilih nak sapu mentega, jem strawberi atau kaya.
kuih-muih dan tembikai potong.

KLIK SINI untuk lihat senarai HOTEL BUFFET menarik!

Nasi Lemak Special…Extra Sedap, Extra Aroma Wangi, Extra Petua dan tips memasak nasi lemak sedap.

Nasi lemak SPECIAL extra sedap, extra aroma wangi, extra tips dan PETUA menyedapkan lagi nasi lemak akan kami kongsikan di sini. Resipi nasi lemak sedap bertambah-tambah lagi sedapnya bila dihidang dan dimakan di atas daun pisang. Wangi dan lembut je nasi lemak resepi viral mudah dan sedap ni.


IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Teknik dan CARA SUKAT air dan santan perlulah betul supaya nasi lemak masak lembut dan cantik berderai-derai juga tidak melekat. Cara masak nasi lemak berderai cara orang lama ni senang untuk dipraktikkan, tambahan lagi memasaknya menggunakan rice cooker sangatlah memudahkan kerja. Teknik dan cara masak nasi lemak sukatan cawan digabungkan dengan cara orang lama sukat air dan santan menggunakan ruas jari sahaja….kena tengok video sampai habis supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Cara sukatan nasi lemak guna cawan, perlulah menggunakan saiz cawan yang sama untuk menyukat santan dan air (untuk resepi nasi lemak pandan ini, kita guna air pandan). Untuk sukatan nasi lemak santan kotak, untuk resepi nasi lemak special ini…gunakan 1 setengah cawan santan kotak yang ditambah dengan satu setengah cawan air menjadikan jumlah santan 3 cawan.

 

Walaupun zaman beredar, resepi nasi lemak tradisional sentiasa dicari-cari. Mungkin ramai yang terkenangkan nasi lemak air tangan ibu yang sedap tu. Korang boleh sesuaikan bahan ikut selera masing-masing, mungkin ada tambahan bahan lain atau taknak masukkan bahan yang kami gunakan terpulang pada citarasa korang, yang penting teknik dan cara masak perlu betul supaya nasi lemak yang dimasak sedap dimakan, tak lembik & tidak melekat.

Resepi nasi lemak kali ini kami gunakan air daun pandan menjadikan ia nasi lemak pandan yang wangi berwarna hijau semulajadi dari ekstrak daun pandan. Tiada sebarang tambahan pewarna hijau sudah cukup terserlah nasi lemak hijau pandan nya. Ditambah lagi aroma dari satu bahan tambahan lain, menjadikan nasi lemak ini special extra aroma semerbak wanginya. Bertambah extra wangi bila keluar je nasi lemak panas dari rice cooker terus dihidang ke atas daun pisang. Dah jadi nasi lemak pandan halba daun pisang….wangi semerbak, lembut dikunyah bersama sambal nasi lemak, telur rebus, timun dan bahan lain seperti ikan bilis dan kacang tanah goreng. Jika tak suka air daun pandan atau tiada stok daun pandan, masih boleh jadikannya nasi lemak wangi dengan hanya meletakkan halba…maka jadilah nasi lemak halba. Tapi jangan letak terlalu banyak, takut jadi pahit pula nasi lemak…letak sedikit sahaja…cukup untuk membangkitkan aroma wangi nasi lemak halba tu.

Selain membangkitkan lagi aroma wangi nasi lemak, dikatakan tips supaya nasi lemak lebih tahan lama dan tidak cepat basi adalah dengan memasukkan halba ke dalam nasi lemak.

 

BAHAN-BAHAN Nasi Lemak Pandan Halba Special
-6 pot beras
-3 cawan santan
-3 cawan air pandan
-1 biji bawang merah besar (hiris mayang)
-2 inci halia (hiris mayang)
-1 sb minyak masak
-1 st garam
-halba

Untuk cara masak nasi lemak sedap klik sini.

 

Juga ada bonus resepi ayam goreng kari simple. Selalunya nasi lemak lagi sedap makan dengan ayam goreng berempah, tapi kalau nak cepat dan kesuntukan masa bolehlah cuba resepi ayam goreng kari simple ni. Memang boleh menambah selera dan menambah pinggan nasi lemak dibuatnya nanti.

 

BAHAN-BAHAN Ayam Goreng Kari
-4-5 ketul ayam
-5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
-2 inci halia (ditumbuk lumat)
-2-3 sb serbuk kari ayam
-1 sb tepung beras
-garam
*kalau ada daun kari boleh letak sekali…lagi sedap!

 

Untuk resepi sambal nasi lemak sedap, cara masak sambal nasi lemak cantik warna merah gelap dan pecah minyaknya sempurna boleh klik sini .

 

ROTI GARDENIA RESEPI > Resepi Roti Cheese Cendawan

Biasanya roti gardenia kita buat breakfast sapu mentega, jem atau kaya. Nak lebih sedap buatlah roti bakar. Tapi kalau hari-hari roti disapu mentega, jem atau kaya pun bosan juga ye.

Roti gardenia ni sebenarnya banyak resepi yang kita boleh olah jadikan ia sebagai menu sarapan pagi mahupun menu minum petang. Bagi yang masih mencari-cari roti gardenia resepi bolehlah klik link ni , ada 6 roti gardenia resepi yang telah diolah oleh As Zulqa.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Resepi ke-6 roti gardenia resepi iaitu roti cheese cendawan ini sangat sedap & rangup bila digoreng. Tak memerlukan masak yang lama untuk menggoreng kerana roti goreng ini senang garing. Roti goreng cendawan cheese boleh disimpan di dalam peti atau difrozenkan untuk tahan lama…jadi bila terasa nak makan just ambil dan goreng…siap sudah tersedia untuk menu breakfast juga sesuai untuk menu minum petang. Anak-anak pasti suka sebab ada cheese tarik nanti. Selalunya resepi viral mudah dan sedap~ roti cheese pasti disukai seisi keluarga.

 

BAHAN-BAHAN roti cheese cendawan poket sandwich
A) Roti keping sandwich
B) Bahan inti Cendawan Cheese
-7 cendawan shitake (potong dadu)
-1/2 batang carrot (potong dadu)
-1 genggam daun sup (dihiris)
-5 keping cheese cheddar
-mozarella cheese
-150g daging kisar @ minced beef
-1/2 biji bawang holland (potong dadu)
-7 ulas bawang putih (potong dadu)
-1 susu besar tepung gandum
-garam

 

CARA PENYEDIAAN
1.Mula-mula masak dulu inti cendawan cheese
2.Panaskan minyak dan masak daging kisar
3.Kemudian tumis bawang holland & bawang putih hingga layu
4.Masak cendawan & carrot

 

5.Masukkan susu segar
6.Masukkan kepingan cheese & kacau sebati
7.Masukkan tepung gandum untuk memekatkan masakan
8.Masukkan garam
9.Masukkan hirisan daun sup & kacau sebati
10.Tutup api & biarkan sejuk
11.Ambil kepingan roti & guna cawan@gelas untuk tekan dan potong bentuk bulat
12.Ambil satu potongan bulat dari roti tadi kemudian letakkan sedikit mozzarella cheese & 1 sudubesar inti cendawan cheese
13.Tutupkan inti tadi dengan potongan bulat roti yang lain
14.Tekan-tekan bahagian bulat tepi roti supaya kemas tertutup
15.Kemudian ambil garfu & tekan bahagian bulat tepi roti supaya ada pattern dan kemas tertutup 16.Dah siap bolehlah digoreng dengan api perlahan (jangan guna api besar nanti cepat hangus rotinya)
17.Sedia dihidang!

 

Untuk lebih faham kami sudah sediakan video cara buat roti cheese cendawan ni

Jika suka resepi ni, bolehlah di share di wall korang supaya tak hilang bila nak guna nanti. Selamat mencuba!

Scroll To Top