


1 bungkus roti gardenia boleh buat apa?
Eh, takkan asyik nak makan roti dengan jem atau kaya aje kan…jemu juga. Sekali-sekala tukar la angin untuk pelbagaikan menu roti gardenia. Jap lagi sis akan kongsikan aneka resepi roti gardenia, yang mana daripada sebungkus roti gardenia classic 400g tu, sis boleh buat 3 menu masakan tau.
Musim-musim pkp 2.0 tahun 2021 ni, kita kena kreatif pelbagaikan masakan walaupun hanya dari sekeping roti. Menu roti gardenia ni adalah antara menu viral pkp sepanjang pkp 1.0 (menu viral 2020)
Bila sis goole kan, sis baru tahu antara roti gardenia yang menjadi kegemaran ramai ialah roti gardenia coklat, roti gardenia hijau, roti gardenia purple, roti gardenia jagung, roti gardenia wholemeal & roti gardenia panjang.
Antara kenangan menarik roti gardenia sepanjang tempoh pkp 1.0 Mac 2020 tahun lalu, bertarikh 23 Mac 2020 ramai yang up status di sosial media “roti gardenia dalam kenangan” kerana roti gardenia habis licin di setiap rak kedai & pasaraya. Ramai yang membuat pembelian panik (panic buying) agaknya. Menarik bila dikenangkan roti gardenia covid ni.
Ramai juga yang tertanya-tanya roti gardenia harga. Seperti yang dilaporkan oleh utusan, roti gardenia sudah naik harga bermula 1 disember 2020, tetapi untuk beberapa produk tertentu sahaja. Kenaikan bermula dari 5 sen hingga ke 20 sen untuk produk seperti sambal bilis, red beans, butterscoth dll. Tapi jangan risau, roti gardenia original classic 400g yang berharga RM2.50 tetap maintain tak naik harga.
Oh ya! korang tahu ke sebungkus roti gardenia ada berapa keping?
Jawapannya adalah 13 keping. So, jika kita nak buat 3 hidangan @ 3 menu dari sebungkus roti gardenia…setiap menu masakan akan menggunakan 4-5 keping roti gardenia. Best kan, dari sebungkus roti gardenia boleh dapat aneka menu hidangan.
Resepi Roti Gardenia untuk 1 bungkus roti gardenia original classic
1. Roti gardenia sosej @ hotdog cheese gulung
2. Roti gardenia pizza
3. Garlic bread (roti bawang putih)
Menu #1
ROTI GARDENIA SOSEJ @ HOTDOG CHEESE GULUNG
[Roti gardenia goreng]
Bahan-bahan menu #1
-4 keping roti gardenia
-4 batang hotdog @ sosej
-4 keping cheese
-1 biji telur (pecahkan & kacau)
-1 mangkuk serbuk roti
Cara buat
1.Ambil sekeping roti gardenia & letakkan sekeping cheese di atasnya
2.Kemudian letakkan sosej @ hotdog & gulungkan
3.Ketip hujung gulungan dengan sedikit bancuhan telur
4.Kemudian golek-golekkan gulungan roti tadi dalam bancuhan telur
5.Golek-golekkan gulungan roti atas serbuk roti
6.Ulang langkah 1-5 untuk ketiga-tiga roti yang lain
7.Panaskan minyak masak
8.Goreng dengan api perlahan hingga kuning keemasan
SUBSCRIBE untuk lihat cara buat yang betul
Menu #2
GARLIC BREAD (ROTI BAWANG PUTIH)
[Roti gardenia bakar]
Bahan-bahan menu #2
-5 keping roti gardenia (setiap keping potong dua)
-4 sudu besar buttercup
-4@5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
-parsley flakes
Cara buat
1.Biarkan butter pada suhu bilik sampai lembut
2.Masukkan dalam mangkuk butter bersama bawang putih, hancurkan & kacau sebati
3.Kemudian masukkan parsley flakes
4.Ambil roti & sapukan bancuhan butter tadi rata-rata
5.Kemudian bakar dalam oven pada suhu 210 selama 10 minit
6.Dah siap dibakar sedap dimakan panas-panas, dicicah dengan mushroom soup @ sup cendawan!
SUBSCRIBE untuk lihat cara buat yang betul
Menu #3
ROTI GARDENIA PIZZA
[Roti gardenia bakar oven]
Bahan-bahan menu #3
-4 keping roti gardenia
-4 keping cheese
-sedikit sos spaghetti original
-surimi ketam
-nenas (potong kecil)
-bawang holland (dihiris)
-mozarella cheese
Cara buat
1.Sapukan sos spaghetti original ke atas roti
2.Letakkan cheese keping
3.Susunkan potongan surimi ketam & nenas ke atas cheese keping tadi
4.Taburkan moarella cheese & parsley flakes
5.Bakar dalam oven pada suhu 210 selama 10 minit
6.Sedap dimakan panas-panas!
SUBSCRIBE untuk lihat cara buat yang betul
Nak hidangan & masakan berkuah, masaklah resepi masak lemak putih labu kuning menggunakan hanya 4 bahan yang cepat dimasak, sangat senang & sedap dimakan. Tak perlu pening kepala dah nak masak lauk berkuah yang lain, cukup masak lemak labu kuning & ikan goreng atau ayam goreng dimakan bersama nasi panas dah cukup mengenyangkan. Apatah lagi jika dipadankan dengan sambal belacan & ulam-ulaman, makan sepinggan pun tak cukup jawabnya.
Selain labu, ada banyak jenis sayur masak lemak putih yang lain yang boleh digunakan seperti kubis, petola, cekur manis, pucuk labu, bayam dll. Antara yang menjadi kegemaran ramai seperti masak lemak putih taugeh, sayur lemak putih sawi, kobis masak lemak putih & masak lemak kubis telur. Nak senang & mudah boleh guna santan kotak, tapi kalau nak lebih sihat gunalah santan segar. Selain sayur masak lemak putih, ramai juga yang suka masak lemak putih soon yang senang dan tidak rumit. Ibu bekerja, suri rumah malahan orang bujang mesti suka resepi masak lemak putih 4 bahan ni yang zappp, zappp zappppp….dah siap!
Masak lemak putih ni sebenarnya sinonim dengan masak lemak putih kelantan ataupun dipanggil sayur lemak. Masak lemak putih juga boleh dikategorikan sebagai masakan simple, masakan kampung & masakan melayu yang evergreen. Jom kita lihat 4 bahan yang dikatakan tu….dan cara memasaknya.
BAHAN-BAHAN
CARA MASAK
1.Masukkan 1/2 mangkuk santan cair & 1/2 mangkuk santan pekat ke dalam periuk
2.Sentiasa kacau & masak santan hingga mendidih
3.Setelah mendidih masukkan kesemua labu, bawang merah & lada hitam
4.Teruskan kacau (perlu selalu dikacau supaya santan masak dengan canntik)
5.Apabila labu sudah lembut & empuk, masukkan baki santan pekat tadi dan kacau
6.Kemudian masukkan garam bukit secukup rasa, kacau sekejap dan bolehlah ditutup api
Haaaa….kan dah siap masak lemak putih labu guna 4 bahan sahaja. Ringkas bukan?
Nak lebih jelas SUBSCRIBE video masakan kami disini
Bagi yang masih mencari-cari tempat makan best di Shah Alam, mungkin boleh mempertimbangkan Mozer’s di Bukit Jelutong. Sebelum ini Mozer’s Bukit Jelutong terletak di Jalan Serambi, Bukit Jelutong. Namun bermula Januari 2021 Mozer’s dah berpindah ke D’Vida Bukit Jelutong.
Sis sendiri pun tak tahu menahu yang Mozer’s dah berpindah ke D’Vida, al-maklumlah sejak pkp ni sis takut sikit nak makan luar. Banyaknya masak di rumah, homemade lagi enak & bersihlah katakan. Oh ya! nak tahu sis masak apa kat rumah, jemputlah SUBSCRIBE youtube channel sis ni ye.
Kisahnya, awal tahun 2021, sis pun teringin lah nak bawak family makan Mozer’s. So sis pun pergilah ke tempat kebiasaan Mozer’s itu berada iaitu di Jalan Serambi. Sampai-sampai je kat Mozer’s…..gelap gulita tempat tu. Dah naik banner Zam-zam restaurant pulak. Ah! sudah…dah tutup ke Mozer’s ni akibat pkp? Kami pun beredar la dari situ dengan kecewanya. Dah satu hal pula, nak fikir nak cari tempat makan best lain kat Shah Alam. Anak-anak cadangkan ke Dondai aje.
Dalam perjalanan ke Dondai tu, kami lalu kat D’Vida & nampak D’Vida terang bercahaya & happening luar dari kebiasaan malam tu. So hubby cakap, kita g pusing kat shoplot D’Vida japlah, tengok apa yang happening sangat tu.
Ok, first lalu kat restoran Zawara Coffee Bukit Jelutong dulu tu, dah lama tutup pun. Sekarang shoplot Zawara Coffe dulu tu dah renovate jadi event place dah. The Hide Out nama tempat tu. Memang bercahaya & penuh parkinglah malam tu sebab ada event sanding. No wonder! Kami lajak ke depan sikit & nampak corner lot shoplot tu terpampang nama MOZER’S. Ke main besar lagi…atas bawah shoplot tu dia punya. Apa lagi, anak-anak pun happy lah sebab dah nampak Mozer’s tu kan. Nasib baik la sangkaan kami salah, dia bukan tutup tapi dia berkembang lagi besar. rupanya. Takde la kami kempunan nak makan makanan Syria lepas ni. Jadi tak perlulah lagi kami nak bersusahpayah google tempat makan best lain kat shah alam ni.
Sebenarnya Mozer’s ni ada 2 cawangan, satu lagi di Plaza Damas, Hartamas. Dan sebelum itu ada lagi satu Mozer’s Subang Parade, tapi Mozer’s Subang Parade ni dah pun tutup cawangannya. So, yang tinggal sekarang adalah Mozer’s Bukit Jelutong & Mozer’s Plaza Damas.
Mozer’s ni adalah restoran makanan berasaskan masakan Syria. Apa yang dikatakan dengan masakan Syria ni?
Masakan Syria merupakan campuran masakan tradisi kuliner orang Arab, Mediterranean dan Kaukasia. Dan masakannya ada pelbagai jenis menggunakan bahan-bahan asas seperti zucchini, terung, bawang putih, daging (biasanya kambing) beras, madu, minyak zaitun, kacang, biji, lentil,daun anggur, timun, tomato, jus lemon, pistachios dan buah-buahan. Hidangan Syria secara asasnya mempunyai rasa masin, masam & pedas. Selain penggunaan garam dalam proses memasak, keju air garam digunakan secara meluas di sini. Jus lemon juga digunakan secara meluas di dalam hidangan Mediterranean. Selain itu rempah merah juga digunakan bagi menambah rasa limau untuk salad & daging dalam hidangan Syria.
Ok, dahlah bercerita itu ini kan. Mesti korang dah tak sabar-sabar nak tahu Mozer’s menu. Kat bawah ni sis dah tolong snap kan, Mozer’s Bukit Jelutong menu terkini as per Januari 2021. Memang nampak ada naik harga sikitlah, ye lah…dah namanya masuk tahun baru 2021. Sebab kalau sebelum ni menu kesukaan family sis Bazilla rice 1 pinggan tu cuma RM10, tapi sekarang dah naik ke RM12…still ok la kan. Ok, kemudian nanti sis tepek ye gambar-gambarnya belum sis letak watermark lagi.
Bawah ni Mozer’s menu yang kami order beserta harga sekali, senang untuk rujukan korang (sis tepek kemudian ye)
Disebabkan kekenyangan, churros yang kami order tak dapat nak dihabiskan. Perut dah full tank.
Total kami makan untuk 4 orang lebihkurang RM90.
Sis ni walaupun selalu juga datang makan kat Mozer’s tapi balik-balik dok order menu yang sama. Bukan apa, takut order menu lain kang tak kena dengan tekak rasa menyesal pula. Lainlah kalau owner sponsor rasa makanan kat situ kan, boleh rasa tanpa sebarang sesalan.Kalaulah owner nak panggil sis sekeluarga buat food review, rasa kebanyakan menu kat Mozer’s kan….oh, alangkah berbesar hatinya sis sekeluarga ;).
” Nak ayam goreng kunyit macam kat kedai”
Itulah selalunya permintaan anak-anak bila nak minta mama nya masakkan ayam goreng kunyit kat rumah. Tapi setiap kali masak, anak tak berebut-rebut pun nak makan macam makan ayam goreng kunyit kat kedai.
Setiap kali makan malam kat kedai, anak-anak suka order sup tulang atau sup cendawan, sayur campur digandingkan dengan ayam goreng kunyit. Berebut-rebut diorang makan ayam goreng kunyit tu, macam ketagih pun ada. Musim pkpb lepas sebab dah tak boleh makan kedai & risau juga nak tapau, mama pun usahakan lah juga godak-godak resepi bagi jadi macam kat kedai.
Rupanya, tak susah pun nak masak ayam goreng kunyit viral macam kat kedai. Sonang ajo, kalau tahu caranya. Selama ni mama cuma letak serbuk kunyit & garam aje kat ayam….patutla tak sedap macam kat kedai. Rupanya ayam tu kena salut dengan tepung dulu…kemudian tak cukup hanya gaulkan dengan serbuk kunyit sahaja, kena gaulkan sekali dengan serbuk kari. Haaa…baru padu rasa ayam goreng kunyit viral tu
Nak senang faham step masak ayam goreng kunyit viral simple dan sedap, subscribe je sini
BAHAN SALUTAN AYAM
BAHAN-BAHAN LAIN
CARA MEMASAK
1.Gaulkan kesemua potongan ayam bersama tepung bestari, serbuk kunyit & serbuk kari kemudian goreng sehingga kuning keemasan & ketepikan (seeloknya goreng deep fry)
2.Buang separuh dari minyak masak deep fry tadi dari kuali
3.Kemudian gorengkan bawang holland hingga layu, setelah itu masukkan potongan carrot
4.Kemudian tuangkan ayam goreng bersalu tepung tadi ke dalam kuali &
5.Perasakan dengan sedikit garam bukit
Ayam goreng kunyit sedap dimakan bersama nasi panas, sup tulang, sup sayur, sup campur, sup cendawan bersama sambal belacan. Nak lagi simple & sedap, makan je ayam goreng kunyit ni bersama sambal belacan power tuang sikit kicap pun dah meletop. Fuh! menu evergreen si bujang juga seisi keluarga.
Ayam butter milk atau dikenali juga sebagai ayam butter @ chicken butter sangat sesuai sebagai menu masakan cepat, pantas & ekspress. Rasanya yang creamy & cheesy pasti disukai anak-anak & seisi keluarga.
Bahan-bahannya mudah & tak banyak, cara masak juga ringkas & simple. Ia boleh dijadikan menu masakan kegemaran seisi keluarga juga sebagai menu masakan penyelamat waktu kesuntukan masa. Contohnya untuk ibu-ibu bekerja yang baru pulang dari tempat kerja & nak kena masak dengan cepat, juga jika ada tetamu yang datang bertandang tanpa memberitahu terlebih dahulu.
Ayam buttermilk @ ayam butter @ chicken butter juga sedap jika digandingkan dengan menu western food yang lain seperti fries, wedges, spaghetti dll atau sedap juga dimakan bersama nasi putih.
Sebelum sos butter milk dimasak, ayam perlu disalutkan dengan tepung terlebih dahulu kemudiannya digoreng. Setelah itu, barulah sos butter milk dimasak.
BAHAN-BAHAN
Nak tengok sukatan yang tepat & cara masak dengan betul SUBSCRIBE sini
CARA MASAK
1.Golek-golekkan ayam kedalam campuran tepung bestari original + spicy
2.Panaskan kuali & goreng ayam hingga masak keemasan kemudian angkat ketepikan
3.Dalam kuali lain, cairkan butter @ mentega
4.Tumiskan bawang holland hingga layu
5.Masukkan hirisan cili merah & daun kari
6.Masukkan setengah cawan susu & kacau sebati
7.Masukkan cheese keping
8.Kemudian perasakan dengan garam bukit & sos butter milk sudah siap!
9.Bolehlah ditaburkan ke atas ayam goreng tadi & sedia untuk dimakan seisi keluarga
TIPS MEMASAK: Seeloknya selepas masak terus dihidang & dimakan kerana jika dibiarkan terlalu lama, ayam akan kurang sedap kerana telah kembang di dalam sos buttermilk tadi.
Ramai yang belum tahu lagi resepi ikan siakap masak kengsom sebagai menu diet yang sihat. Resepi siakap kengsom sebenarnya berasal dari Thailand yang memang terkenal dengan menu hidangan yang cukup rasa pedas & masamnya, memang menggiurkan. Tambahan lagi jika ibu mengandung yang suka menu yang masam sepanjang kehamilan, boleh mengidam dibuatnya jika tak dapat siakap kengsom ni.
Pertama kali terdetik rasa nak masak ikan siapa khengsom ni, bila ia selalu lalulalang di newsfeed fb. Boleh dibayangkan rasanya yang manis masam masin tu bila lihat hidangan ni lengkap dengan nenas, daun kesum & asam keping. Walaupun tak pernah rasa kat mana-mana kedai sebelum ni, keinginan nak rasa & masak sendiri tu membuak-buak, dah pulak memang kita ni peminat asam pedas. Ada yang kata, ikan siakap keongsom ni juga dikenali sebagai asam pedas siam.
Sayangnya siakap kengsom yang nak dimasak ni tiada nenas sebab stok kat dapur takde time nak nak masak. Tapi takpelah, kita masak je siakap kengsom ni tanpa nenas. Lain kali bila dah ada stok, kita cuba versi ada nenas pula. Cara buat siakap masak khengsom pun mudah & tidaklah renyah mana, malahan tak perlu tumis pun. Bila dah tak perlu tumis ni maknanya tak memerlukan masa yang lama, cepat dimasak sebab tak perlu nak tunggu masakan pecah minyak yang selalunya memakan masa yang lama.
Siakap masak kengsom sememangnya menu diet & sihat kerana masakan ini tidak menggunakan sebarang minyak masak untuk menumis, bertambah sihat lagi bila kita menggunakan ikan siakap. Lengkap juga dengan sayur kangkung.
BAHAN KISAR
-2 biji bawang besar merah
-6 ulas bawang putih
-1″ kunyit hidup
-9 tangkai cili kering
BAHAN LAIN
-2 batang serai diketuk
-1-2 asam keping
-seikat kangkung
-seikat daun kesum
-1-2 ekor ikan siakap (dipotong)
CARA MEMASAK
1.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
2.Tambahkan air secukupnya
3.Biarkan mereneh & masukkan serai yang telah diketuk bersama asam keping
4.Masukkan daun kesum & kacau sebati
5.Kemudian masukkan potongan ikan siakap, kacau perlahan-lahan bila perlu sahaja supaya ikan tidak hancur
6.Setelah ikan hampir masak, masukkan dulu batang kangkung kerana batangnya mengambil masa untuk lembut berbanding daun kangkung
7.Perasakan dengan garam bukit
8.Akhir sekali masukkan daun kangkung & kacau sebati hingga masak.
Mesti ramai yang nak tahu cara masak asam pedas daging tetel yang senang, sedap & superb kan! Jika google banyak sebenarnya versi asam pedas daging tetel ni, baik dari resepi asam pedas daging tetel mat gebu, resepi asam pedas tetel yatie kitchen, asam pedas daging azlita mahupun asam pedas daging daun kesum.
Mesti ramai juga yang nak tahu kan apa maksud daging tetel?
Daging tetel ni sebenarnya ialah lebihan daging yang mempunyai banyak urat dan banyak lemak. Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah.
Daging tetel ni adalah antara aneka masakan daging yang popular. Masakan asam pedas daging tetel ini jika kena cara buatnya pasti sedap, pekat likat & secukup rasa masam pedasnya. Sebelum memasak asam pedas, daging tetel ini perlu direbus sehingga empuk terlebih dahulu. Jom kita tengok cara buat asam pedas ni & subscribe
BAHAN KISAR
-1″ halia
-1″ kunyit
-1 biji bawang merah besar
-3 ulas bawang putih
-minyak masak secukupnya
BAHAN -BAHAN LAIN
-segenggam cili kering kisar
-3 batang serai (diketuk)
-beberapa helai daun limau purut
-1 sudu besar asam jawa (dicampurkan sedikit air & dijadikan pes…buang bijinya ye)
-seikat daun kesum
-daging tetel (direbus empuk terlebih dahulu)
CARA MEMASAK
1.Kisarkan kesemua bahan kisar seperti di atas bersama minyak masak hingga hancur
2.Panaskan kuali & masukkan bahan kisar bersama minyak masak tadi & kacau sekejap
3.Kemudian masukkan cili kisar & kacau rata
4.Masukkan 3 batang serai yang telah diketuk
5.Masukkan air secukupnya
6.Masukkan daun limau purut & air asam jawa
7.Masaklah sehingga pecah minyak
8.Setelah itu masukkan daging tetel yang telah direbus empuk terlebih dahulu
9.Perasakan dengan 2 sudu teh garam bukit
10.Jika perlu, tambahkan air & biarkan mendidih dan perlu selalu dikacau
11.Akhir sekali masukkan daun kesum & gaul sebati
12.Siap untuk dihidang!
Resepi spaghetti carbonara homemade tanpa sos prego ini pasti menghilangkan kerisauan ramai orang yang nak masak spaghetti tapi takde stok di dapur sos prego carbonara, sos kimball carbonara mahupun sos carbonara brand lain.
Tapi bagi kami yang sememangnya tak suka beli sos siap dalam tin yang demikian memang tak jadi masalah, sebab setiap kali nak masak sos spaghetti carbonara kami akan buat sos spaghetti carbonara sendiri ataupun orang kata ‘homemade’. Janji ada stok susu kat dapur, tak kiralah susu tepung, susu segar ataupun susu cair…..semuanya boleh sahaja digunakan. Haaaa….lagi satu kena ada stok cheese keping. Ada 2 bahan asas ni pun dah cukup untuk buatkan sos spagetti carbonara jadi creamy, lazat lemak berkrim disukai ramai. Lain-lain bahan sebenarnya boleh adjust ikut tekak masing-masing. Lagi satu bila buat sendiri sos spagetti carbonara ni, kita dah dapat mengelakkan bahan pengawet, bahan perasa dan aditif makanan yang lain.
Walaupun kami sekeluarga ni tekak melayu, tapi sekali sekala suka juga makan menu ‘western food’ macamni. Dah namanya tekak melayu kan, jadi resepi ‘western food’ spaghetti carbonara ni pun takdelah ‘authentic’ dan asli mengikut resepi spaghetti carbonara mat salleh tu. Rasanya kami dah sesuaikan mengikut selera tekak melayu kita…heheeee.
Menu western simple ini sesuai dihidangkan sebagai masakan harian keluarga juga untuk majlis keraian & majlis keramaian seperti majlis makan-makan keluarga, majlis sambutan hari jadi (party birthday) dll. Kanak-kanak juga sangat suka dengan spagetti carbonara ni kerana rasanya yang creamy lemak berkrim & tidak pedas. Ibu-ibu yang sibuk bekerja mahupun suri rumah yang penat menguruskan anak-anak kecil pasti suka dengan menu western simple ni yang cepat, pantas & mudah disediakan ini. Selain mudah dimasak, bahannya juga mudah didapati.
Spaghetti carbonara sangat lazat & creamy lemak berkrim disaluti rasa yang kaya dengan cheese, daging & manis semulajadi dari udang segar. Kelebihan masak sendiri spagetti carbonara di rumah ni bila kita boleh adjust sendiri nak jadikan sos carbonara ni pekat likat, cair atau nak lebihkan udang ataupun meatball. Jika takde stok daging burger atau meatball kat rumah, jangan risau…ramai juga yang gunakan sosej atau hotdog bagi menggantikan daging.
Tengok step by step cara buat sos carbonara homemade subscribe sini
BAHAN-BAHAN:
-sedikit butter/ mentega
-1 biji bawang holland (racik halus atau potong dadu kecil)
-2 keping daging burger
-1 cili merah besar (dihiris)
-1 cawan susu (kami guna 3 sudu besar susu tepung full cream larutkan dalam secawan air)
-4-5 cheese keping
-4-5 biji cendawan shitake (dihiris)
-beberapa biji meatball
-12 ekor udang
-1 sudu besar tepung jagung (dilarutkan bersama sedikit air)
*TIPS MASAK: tepung jagung digunakan dalam masakan spageti carbonara supaya sos menjadi lebih pekat berkrim
CARA MASAK
1.Panaskan butter/ mentega…kemudian masakkan daging burger yang telah dicincang halus
2.Setelah daging burger masak, masukkan bawang holland & tumis hingga layu
3.Kemudian masukkan hirisan cili merah
4.Masukkan susu & kacau sebati, biarkan mendidih
5.Kemudian masukkan meatball & cendawan shitake
6.Gaul sebati & biarkan masak sekata
7.Kemudian masukkan udang & kacau sebati
8.Akhir sekali perasakan dengan garam bukitCubalah spaghetti carbonara ‘homemade’ tanpa sos prego ini di rumah! Korang pasti tak menyesal mencubanya malah akan masak berulang kali lagi resepi spagetti carbonara ini.