aszulqa.com

LMP FOOD FIESTA di LUMI MARKETPLACE yang sangat mengujakan dengan pelbagai aktiviti menarik

Jika anda suka makan dalam suasana bandar dan dikelilingi lanskap yang cantik, apakata anda berkunjung ke LMP Marketplace yang menganjurkan LMP Food Fiesta bermula 19 Ogos 2023 sehingga 29 Oktober 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai.

 

Lumi Marketplace terletak di Lumi Tropicana, Petaling Jaya dan menawarkan pelbagai pilihan restoran, kafe dan pasaraya sesuai untuk anda dengan gaya hidup moden. Menariknya, Lumi Marketplace bakal menganjurkan LMP Fiesta dan anda boleh menyertainya secara percuma apabila anda berbelanja di Lumi Marketplace bermula dari 19 Ogos 2023 sehingga 29 Oktober 2023.

Buat anda yang mengamalkan gaya hidup sihat, anda pasti teruja untuk menyertai aktivit seperti yoga, pilates, zumba, flyjam, ‘jumping Malaysia’, ‘physiotherapy talk’ dan ‘dental talk’ yang bakal berlangsung pada tarikh yang telah ditetapkan seperti poster di bawah. Untuk aktiviti keluarga yang pasti disukai ramai terdapat aktiviti seperti ‘kids face painting’, ‘character cosplay’, ‘kids party magician’, ‘giant jenga’, ‘games booth’, ‘bubble station’ dan sebagainya juga mengikut jadual seperti yang tertera di poster di bawah ini. Manakala jika anda berkunjung pada waktu malam anda akan dihiburkan dengan persembahan ‘live band’ dan DJ yang pastinya menyeronokkan.

 

Read more

Nasi kerabu sedap di Kelantan

Nasi Kerabu amat sinonim dengan negeri Kelantan. Nasi kerabu tumis adalah makanan ruji orang Kelantan sepanjang hari baik untuk sarapan, makan tengahari mahupun makan malam. Ini kerana nasi kerabu sangat senang didapati di kedai-kedai makan yang menawarkannya.

Walaupun penyediaan nasi kerabu ini remeh dan susah, namun kerana terdapat banyak permintaan dan banyak sumber bahan mentah di Kelantan maka harga nasi kerabu di Kelantan masih lagi murah jika dibandingkan dengan kawasan bandar di Lembah Klang. Nasi kerabu yang sudah siap berbungkus juga mudah didapati di kebanyakan kedai makan dan restoran di Kelantan walaupun kedai makan itu tidak menyediakan nasi kerabu. 

Read more

Scroll To Top