Resepi pulut kuning rendang ayam cara mak saya ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Kalian pasti teruja untuk mengetahui resepi pulut kuning 3kg ini kerana semestinya ia sangat berguna sebagai rujukan memasak untuk sebarang majlis makan-makan, majlis keraian, majlis hari raya dan pelbagai lagi majlis. Resepi pulut kuning 3kg ini juga boleh dibuat meniaga kerana sukatannya yang banyak.
Resepi pulut kuning viral yang lembut dan cukup lemaknya sememangnya sedap! Memasak pulut kuning tak semudah memasak nasi, jika salah cara masak pulut kuning mungkin menjadi lembik ataupun keras. Tidak kurang juga pulut kuning yang tidak cukup lemak masinnya akan mengurangkan keenakan pulut kuning itu sendiri.
Resepi pulut kuning ringkas dan sedap dimakan bersama begitu sahaja ataupun bersamarendang ayam. Sebenarnya nak masak pulut kuning ni tak susah pun, kena tahu cara yang betul dan mudah untuk masak pulut kuning supaya menjadi! Jika salah cara masak, pulut kuning boleh menjadi lembik ataupun keras.
Tips dan petua untuk mengelakkan pulut kuning keras apabila siap dimasak ialah dengan merendam beras pulut semalaman di dalam air. Tips dan petua supaya pulut kuning masak cantik berkilat ialah dengan merendam beras pulut bersama dengan asam keping semalaman. Sekiranya kita ingin memasak pulut kuning keesokan harinya, malamnya kita wajib rendam beras pulut dahulu.
Tips memasak pulut kuning supaya tahan lama dan tidak cepat basi ialah dengan mengukus pulut kuning kali kedua selepas menggaulkannya dengan santan. Cara masak pulut kuning sukatan cawan dan pulut kuning guna santan kotak ini senang difahami, boleh tonton video bawah sampai habis.
Bahan-bahan: 500g beras pulut (4 cawan beras pulut) Air secukupnya untuk merendam beras pulut 2 sb serbuk kunyit 3 asam keping 200ml santan kotak 200ml air garam secukup rasa