Resepi nasi kegemaran ramai iaitu nasi ayam resipi. Ada banyak versi dan resepi nasi ayam dengan sedikit perbezaan bahan dan cara masak. Apa pun yang penting kita nak kan rasa nasi ayam yang sedap dan kena dengan selera kita sebab rasa sedap sesuatu makanan itu subjektif bergantung pada selera setiap individu.
Kali ini kami akan kongsikan resepi nasi ayam simple dengan tips nasi ayam lebih sedap dan lembut.
Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Bulan penuh barokah yang sentiasa dirindui muslimin dan muslimat setiap tahun. Selain mempertingkatkan amal ibadah, kita sebolehnya cuba untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dengan berbuka puasa bersama keluarga tersayang.
Ibu-ibulah yang paling pening memikirkan 30 resepi sepanjang Ramadan. Jangan risau, kami bantu anda memudahkan perancangan 30 resepi sepanjang Ramdan dengan 30 HARI 30 MENU RESEPI BERBUKA PUASA by As Zulqa. Cadangan 30 menu berbuka puasa boleh dijadikan panduan asas dan diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Semoga bermanfaat buat semua.
Rendang ayam dan orang Melayu memang tak dapat dipisahkan. Meskipun sekarang ini rendang ayam boleh dinikmati bila-bila masa sahaja tanpa mengenal musim, namun selalunya resipi rendang ayam ini selalu di cari-cari bila tiba musim perayaan terutamanya bila tiba hari raya puasa atau Aidilfitri.
Ada pelbagai resipi rendang ayam seperti rendang ayam minang, rendang ayam hijau, rendang ayam negeri sembilan dan semestinya kalian juga ada resepi rendang ayam daripada ibu kalian sendiri. Resepi rendang ayam yang akan kami kongsikan kali ini adalah rendang ayam tradisi resepi turun temurun keluarga.Read more
Ayam bakar sememangnya menu kegemaran ramai rakyat Malaysia. Selain mudah disediakan, ianya juga salah satu menu diet sihat.
Ada banyak versi ayam bakar seperti resepi ayam bakar bbq, resepi ayam bakar madu simple, resepi ayam bakar kelantan, resepi ayam bakar che nom, resepi ayam bakar black pepper, resepi ayam bakar madu thai, resepi ayam bakar simple azie kitchen ataupun ayam bakar oven.
Ayam bakar lebih sedap dimakan bersama kentang putar ataupun ‘mashed potato’. Jom tengok cara masak ayam bakar mudah dan sedap & cara buat mashed potato simple:
BAHAN-BAHAN AYAM BAKAR
-1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
-13 sb sos cili
-2 sb kicap pekat manis
-lada hitam
-3 sb gula
-garam
BAHAN KISAR AYAM BAKAR
-2 bawang merah
-4 bawang putih
Untuk versi menu diet sihat, ayam bakar di atas tidak perlu dimasak terlebih dahulu cukup dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan dan diperap semalaman kemudian dibakar keesokan harinya. Ayam bakar sedap dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama nasi putih. Boleh tambahkan menu coleslaw jika suka.
Antara resepi ayam yang sentiasa diminati adalah ayam masak merah. Ayam masak merah sedap macam lauk kenduri kahwin pastinya dirindui ramai bila tiba musim cuti. Walaupun ayam masak merah boleh menjadi menu harian biasa sehari-hari tetapi setiap orang pastinya ada cara memasak dan bahan yang berbeza.
BAHAN-BAHAN
15 tangkai cili kering (kisar)
2 biji bawang merah besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
3/4 ekor ayam
2 simpul daun pandan
4 sekawan
1 batang serai (diketuk)
gula melaka
air asam jawa
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1 bawang merah besar (hiri mayang) – jika ada bawang holland lebih bagus
air
garam
Ayam berempah sangat sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak mahupun nasi lemak. Bila digigit ayam goreng ni, rasanya penuh dengan rempah masakan melayu dan sangat sedap.
Untuk dapatkan ayam goreng berempah yang sedap, bahan perapan perlulah mencukupi dan masa perapan perlulah lama, seeloknya semalaman. Tapi jika masa tidak mencukupi ataupun dah tak sabar nak makan lauk bersama nasi, perap 1 jam ke 2 jam sudah mencukupi. Tips memasak ayam berempah sedap, bahan perapan perlulah banyak supaya banyak serdak boleh dihasilkan.
Biasanya kita buat ayam berempah sahaja kan, apa kata kali ni cuba ‘to the next level’ ayam berempah sambal olahan As Zulqa. Dengan rasa yang kaya dengan rempah, pedas dan manis anda wajib cuba sendiri resepi olahan As Zulqa ni untuk tahu kesedapannya. Untuk mengetahui cara masak ibu sambal @ sambal paste sila klik sini
BAHAN-BAHAN
-1/4 ekor ayam
-1 sb serbuk kunyit
-2 sb serbuk kari
-2 sb tepung beras
-1 sb serbuk cili (dalam video tak letak)
-1-2 tangkai daun kari
-garam
BAHAN KISAR
-2 biji bawang merah
-2 inci halia
-4 ulas bawang putih
-2 batang serai (boleh lebihkan buat 5 batang serai lebih sedap) -1 sb jintan manis
-1 sb jintan putih
-1 sb biji ketumbar
Setiap kali pergi bazaar ramadan, salah satu makanan yang ‘bau’nya dah boleh dihidu dari jauh dengan asap yang berkepul-kepul dan membuatkan kita terliur nak membeli adalah ayam percik.
Ayam percik Kelantan original kuahnya berwarna putih atau dikenali ayam percik putih, keenakan rasa rempahnya dapat dirasai dengan sekali gigitan pada isi ayam. Tips memasak ayam percik kelantan dengan sedap ialah dengan memastikan bahan perapan betul-betul meresap masuk ke dalam isi ayam. Ada dua cara iaitu dengan memerapnya semalaman ataupun jika ingin cepat boleh masak kesemua bahan rempah bersama ayam sehingga separuh masak kemudian boleh terus dibakar. Tips memasak lain, sewaktu mual-mula membakar ayam perlu tuangkan kuah percik hingga menutupi ayam, bila kuah percik dah kering ulang tuang kuah lagi…ulang proses yang sama sehingga ayam betul-betul masak. Tips memasak untuk memekatkan kuah ayam percik ialah dengan memasukkan tepung beras ke dalam kuah dan dikacau sebati. Resepi ayam percik Kelantan asli seperti di bawah:
BAHAN KISAR
-5 batang serai
-4 biji bawang merah
-9 ulas bawang putih
-3 inci halia
BAHAN-BAHAN -3/4 ekor ayam -1 cawan santan pekat
-3 cawan air
-1 asam keping
-1 sb gula
-1 sb cili kisar
-4 sb tepung beras
-garam
Ada yang tak biasa makan ayam percik dan bertanya….ayam percik makan dengan apa?
Sebenarnya ayam percik ni macam lauk ayam yang lain je, boleh dimakan bersama nasi putih. Tapi jika nak lebih sedap boleh dimakan bersama nasi kerabu ataupun nasi ulam.
Biasanya kita makan ayam bawang kat kedai mamak ataupun kedai nasi kandar. Menu ayam masak bawang ni cukup popular di restoran-restoran nasi kandar Pulau Pinang, sebab itulah ianya juga dikenali sebagai ayam masak bawang Penang. Antara ayam bawang yang sering menjadi sebutan ialah ayam bawang pelita dan ayam bawang hameediyah
Aroma bawangnya yang harum dan menyelerakan serta kuahnya yang pekat memang sangat sesuai digandingkan dalam nasi kandar, bayangkan anda memasak sendiri ayam bawang ni di rumah…gandingkan pula nasi briyani ataupun nasi minyak memang marveles sangat! Ini antara lauk resepi viral mudah dan sedap untuk dihidang pada tetamu, mesti tetamu akan teringat-ingat air tangan anda bila balik ke rumah nanti. Kini anda boleh memasak sendiri ayam masak bawang simple menggunakan resepi ayam bawang nasi kandar di bawah ini kat rumah
BAHAN-BAHAN
-Ayam
-2 inci halia (dikisar)
-2-3 biji bawang merah (dikisar)
-5 ulas bawang putih (dikisar)
-3 biji bawang merah (dihiris mayang)
-serbuk kunyit (lumur pada ayam)
-serbuk kari (lumur pada ayam)
-6 sb sos cili
-2 sb garam masala
-2 sb serbuk kari
-garam
Ayam masak bawang mudah ini tidak menggunakan sos tiram dan juga sos tomato, tetapi boleh sahaja jika anda ingin memasukkan sekali kedua-dua sos ini ke dalam ramuan ayam masak bawang ala mamak ini. Kelainan ayam bawang ni terletak pada bawang goreng yang ditabur ke atas ayam berkuah yang telah dimasak, disebabkan itulah ia dinamakan ayam masak bawang.
AYAM MASAK LEMAK CILI API resepi berniaga nasi campur, sedap tak terkata…belum cuba belum tahu.
BAHAN-BAHAN Ayam Masak Lemak Cili Api
-1/2 ekor ayam (potong kecil)
-1 mangkuk santan
-3 biji kentang
-1 asam keping
-5 helai daun kunyit
-10-15 helai daun limau purut
-3 cili api merah untuk hiasan
BAHAN KISAR ayam masak lemak cili api
-1 biji bawang merah besar
-3 inci kunyit hidup
-4 cili api (anak-anak tak boleh makan pedas…kalau korang nak pedas masak lemak cili api negeri sembilan boleh buat 10-15 cili api, atau boleh je nak lebihkan…ikut tekak masing-masing)
CARA MASAK ayam masak lemak cili api
1.lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
2.panaskan periuk, kemudian masukkan ayam dan masak seketika
3.seterusnya masukkan kesemua bahan kisar…kacau mesra
4.tambahkan air
5.masukkan potongan kentang
6.masukkan 1/2 santan
7.masukkan daun limau purut & daun kunyit yang dicarik-carik
8.masukkan asam keping
9.masukkan baki lagi 1/2 santan tadi…kacau sebati
10.masukkan lagi baki daun limau purut & daun kunyit
11.perasakan dengan garam
12.masak sekejap lagi sambil mengacau
13.dah siap!
Ayam panggang berempah yang menggamit deria rasa kita pada ayam panggang ala kenny rogers yang digemari ramai.Bila dah siap ayam panggang ala kenny rogers, aromanya yang harum memang sangat menggoda selera sesiapa sahaja yang terbau. Juga bila dituang sos nya…mesti rasa tak sabar sangat dah nak makan. Jom kita tengok bahan-bahan & cara memasak ayam panggang ala kenny rogers.
BAHAN-BAHAN Ayam bakar @ panggang ala kenny rogers
-1/2 ekor ayam
-1 batang lobak merah
-4 biji kentang
-1 sb majerin (yang nak menu diet sihat tak perlu guna majerin)
-1-2 sb mixed herbs
-hirisan lemon
BAHAN KISAR
-1 biji bawang merah besar
-5 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 sb lada hitam
-3 sb gula perang
-1 st garam bukit
CARA BUAT Ayam bakar @ panggang ala kenny rogers
1.Kesemua bahan kisar dikisar bersama
2.Sediakan ayam bersama potongan kentang & lobak merah di dalam satu bekas
3.Tuangkan kesemua bahan kisar ke dalam bekas ayam
4.Kemudian masukkan majerin & mixed herbs
5.Perapkan sekurang-kurangnya 3 jam, nak lebih sedap perapkan semalaman
6.Lepas dah perap aym dll sedia untuk dibakar
7.Jika bakar oven suhu 180-210 (ikut oven masing-masing), bakar selama 1 jam
CARA BUAT SOS Ayam bakar @ panggang ala kenny rogers
1.Lebihan sos perapan dituang ke dalam periuk
2.Panaskan api & kacau sebati sos perapan tadi
3.Masukkan sedikit air
4.Untuk pekatkan kuah masukkan bancuhan tepung jagung (1 sb tepung jagung + air)
5.Untuk mencantikkan warna kuah masukkan sedikit kicap pekat lemak manis
6.Kacau sebati
7.Hidangkan sos bersama ayam panggang ala kenny rogers
8.Untuk lebih sedap, sediakan hirisan lemon
9.Bila nak makan, tuangkan sos ke atas ayam panggang kenny rogers & perahkan lemon