Resepi jagung cheese viral, makan sekali pasti nak lagi bagi yang pernah mencubanya. Rasanya yang berkrim lemak manis berkeju memang sangat sedap dan sukar dilupakan bagi penggemar makanan manis.
Menu Minum petang
kek marble sukatan cawan gabungan rasa kek red velvet dan kek coklat
Kek marble tampak menarik dan cantik kerana bercorak dan berwarna kontras. Apabila dipotong, setiap belahan kek marble ini kelihatan seakan marble mungkin disebabkan itulah ianya dinamakan kek marble. Resepi kek marble sukatan cawan adalah paling mudah diikuti dan difahami.
kuih koleh kacang hijau tahi minyak sukatan cawan, kesedapannya berbaloi dengan kerumitan membuatnya!
Kuih koleh kacang hijau tahi minyak adalah kuih lama dan kuih muih tradisional Melayu yang sangat sedap dan semakin tidak dikenali oleh generasi Z. Ini kerana kuih koleh kacang hijau semakin susah didapati dan tidak ramai peniaga yang menjualnya sekarang.
resepi apam gebu kukus sukatan cawan dan tips apam mekar merekah
Apam gebu gebas dan lembut fluffy bila dimakan adalah idaman setiap peminat kuih apam. Jika terbeli kuih apam yang keras, padat dan tidak gebu pasti kecewa rasanya.
apam pisang gebu dan lembut
Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi boleh dijadikan bahan asas kuih muih tradisional Melayu yang pelbagai. Pisang emas sangat enak dibuat kuih. Antaranya ialah apam pisang yang gebu dan lembut. Read more
resepi apam gula merah, simple tapi sedap
Kuih apam adalah antara resepi kuih muih tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Resepi apam susu, resepi apam polkadot, resepi apam lenggang dan resepi apam kampung adalah antara resipi apam yang popular.
resepi Belebat Keledek Oren
resepi apam nasi legend, kuih kampung yang sentiasa evergreen
cekodok pisang gebu dan rangup
ROTI PISANG COKLAT…idea menu sarapan/ minum petang mudah
Roti gardenia putih memang enak dimakan begitu sahaja. Namun, ada masanya roti gardenia tidak habis dimakan. Maka ramai yang mencari idea dengan roti gardenia lebih nak buat apa?
Jika sebelum ini kita biasa buat roti cheese, roti sosej, roti telur…apa kata kali ini cuba resepi roti pisang coklat olahan Dr. As Zulqa. Resepi roti gardenia untuk sarapan atau untuk minum petang ini hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Boleh gandakan kuantiti bahan untuk dapatkan lebih banyak roti pisang coklat.
Resepi roti pisang coklat:
Bahan-bahan:
3 keping roti gardenia putih
2 biji pisang berangan
marjerin secukup rasa
gula secukup rasa
coklat cip secukup rasa
Cara buat roti pisang coklat:
1. Potong pisang seperti dalam video
2. Sapu marjerin depan dan belakang roti keping pertama
3. Taburkan gula pada sebelah keping roti kemudian nyalakan api perlahan dan mula membakar sebelah keping roti yang disapu gula
4. Sebelah roti lagi susunkan potongan pisang
5. Taburkan coklat cip ke atas pisang
6. Ambil roti keping kedua dan sapukan marjerin kedua-dua belah roti
7. Letakkan ke atas keping roti pertama
8. Kemudian susun potongan pisang ke atas keping roti kedua
9. Selepas itu taburkan coklat cip
10. Ambil kepingan roti ketiga dan ulang sapu marjerin pada kedua-dua belah roti
11. Letakkan ke atas roti kedua
12. Kemudian taburkan gula pada kepingan roti paling atas
13. Perlahan-lahan terbalikkan kesemua roti
14. Bakar roti hingga keperangan
15. Siap!