aszulqa.com

Apakah hydroquinone berbahaya?

Ramai yang tertanya-tanya adakah hydroquinone berbahaya? Jadi, sebelum menjawab soalan ini, perlu kita kenalpasti apakah sebenarnya yang disebut sebagai hydroquinone ini.
Hydroquinone adalah sebatian phenolik dehydrobenzene dan ia sangat berkesan untuk memudarkan hiperpigmentasi. Kesannya sangat drastik dan ketara.
Ia berfungsi untuk menghalang pengoksidaan enzim yang dinamakan tyrosinase. Ditambah lagi, dapat menghalang sintesis RNA & DNA yang boleh mengubah pembentukan melanosome. Disebabkan hydroquinone bersifat karsinogen, penggunaannya sangat dibimbangi. Selain itu ia juga akan menyebabkan masalah kulit seperti ochronosis dan leukoderma. Setakat ini, kepekatan maksimum yang dibenarkan untuk hydroquinone adalah 4%.

 

 

Setelah terjawab persoalan apakah hydroquinone merbahaya, maka kita perlu sentiasa berwaspada meneliti setiap kandungan produk kosmetik yang kita gunakan.
〉〉 Boleh share di fb anda supaya lebih ramai yang berwaspada dengan hydroquinone.

7 kaedah memutihkan kulit secara selamat

Kebanyakan orang Melayu yang memiliki kulit sawo matang, amat mendambakan kulit yang putih bak pelakon k-pop Korea. Ramai yang mengambil langkah mudah membeli produk kecantikan dan kosmetik yang murah dan dapat memberi kesan putih serta merta tanpa memikirkan adakah bahan-bahan yang digunakan itu selamat atau merbahaya. Mereka ini obses ingin cantik tanpa mengendahkan kesan di kemudian hari.

Merkuri dan hydrokuinone adalah 2 bahan yang sering digunakan untuk memutihkan kulit secara serta merta. Disebabkan banyak kes yang berlaku akibat merkuri dan hydrokuinone, ramai yang trauma untuk membeli produk penjagaan kulit (skincare) yang diwar-warkan boleh memutihkan kulit.

Sebenarnya terdapat 7 kaedah selamat yang boleh digunakan dalam produk penjagaan kulit (skincare) untuk memutihkan kulit, atau dengan kata tepatnya mencerahkan kulit:

1. Merencatkan tindakan enzim tyrosinase

-Enzim tyrosinase adalah berfungsi untuk menghasilkan melanin pada kulit, yang mana menyebabkan kulit kita kurang putih atau tidak putih. Jadi dengan bahan aktif yang dapat membantutkan aktiviti enzim tyrosinase, maka kulit wajah akan bertambah cerah secara berperingkat-peringkat dan tidak mendadak.

2.Bahan yang bersifat antioksidan

-Pemilihan bahan dalam produk penjagaan kulit (skincare) yang bersifat antioksida dapat menghalang radikal bebas pada wajah. ini kerana, radikal bebas yang tidak terkawal boleh merosakkan kulit.

3. Pelindung UV

-Bahan yang bersifat anti-UVA/ UVB perlu dimasukkan ke dalam produk yang mana pemakainya terdedah kepada sinaran matahari.

4. Bahan pemudar melanin

-Bahan yang dapat memudarkan melanin juga dapat meng optimum kan lagi sesuatu produk pencerahan kulit.

5. ‘Peeling’/ Pengelupas yang bertujuan untuk membuang sel kulit mati

-‘Exfoliator’ atau bahan pengelupasan kulit yang lembut dapat mempercepatkan pembuangan sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru yang sihat. Disamping itu, pembuangan ‘whitehead’ dan ‘bleakhead’ amatlah penting untuk memastikan pori-pori kulit muka tidak tersumbat dan dapat menerima bahan efektif yang digunakan pada kulit muka secara berkesan.

6.Bahan yang menggalakkan penggantian sel yang baru

-Terdapat banyak bahan yang boleh digunakan bagi merangsang pertumbuhan sel baru. Pilihlah bahan yang selamat dan berkesan .

7. Amalan pemakanan yang tinggi kandungan antioksida

-Contohnya memakan makanan yang tinggi kandungan vit. C dan glutathione.

7 kaedah memutihkan kulit secara selamat ini, jika didapati pada produk penjagaan kulit (skincare) insyaAllah akan memberikan kesan yang mujarab dan selamat.

Produk anti-aging yang bagus

Kulit yang sihat dan awet muda adalah idaman dan ramai yang mencari produk-produk ‘anti-aging’ yang bagus, bagi memastikan kulit sentiasa terjaga dan tak lekang dek penuaan usia.

Jika diteliti, pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan produk-produk ‘anti-aging’ yang bagus.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh A.Chiu and A.B.Kimbal (2003), antara bahan-bahan aktif yang berkesan untuk produk anti-aging adalah ekstrak seaweed, ekstrak peppermint, ekstrak alga, ekstrak timun, aloe vera dan witch hazel. Fungsi bahan-bahan’anti-aging’ ini ada diterangkan di bawah:

Ingredient                          Proposed mechanism


Seaweed extract               Antioxidant activity
Peppermint extract           Promotes circulation and relieves swelling
Algae extract                    Unclear, possible antioxidant activity
Cucumber extract             Relieves swelling, suggested anti-inflammatory effects
Aloe vera                          Anti-inflammatory effects
Witch hazel                       Anti-inflammatory effects
Penthanol                         Humectant


witch hazel
seaweed extract
algae extract
peppermint extract

Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat buat anda yang tercari-cari produk ‘anti-aging’ yang bagus.

Cara Merawat Jerawat Dengan Berkesan

Ramai yang sudah berputus asa kerana tidak tahu cara merawat jerawat dengan berkesan. Walaupun telah mencuba pelbagai produk, namun jerawat masih berleluasa malah ada yang semakin menjadi-jadi.

Tahukah anda terdapat 3 jenis ubat yang terbukti berkesan untuk rawatan jerawat iaitu:

1) Antibiotik

Antibiotik yang disyorkan untuk kegunaan luar pada kulit adalah clindamycindan eritromisin, atau diambil secara oral (tetracycline, etoprim-sulfamethoxazole). Pengambilan antibiotik dapat mengawal bakteria di permukaan kulit dan juga mengurangkan keradangan pada kulit. Antibiotik lebih efektif apabila digabungkan dengan benzoyl peroksida atau retinoid.

2) Benzoil perosida

Benzoyl peroksida, boleh didapati sebagai produk di kaunter (contohnya, Clearasil, Stridex) dan melalui preskripsi (sebagai contoh, Benoxyl, PanOxyl, Persagel), yang mana dapat mengawal pertumbuhan bakteria di permukaan kulit yang sering memburukkan jerawat. Namun demikian, terdapat kesan sampingan iaitu kerengsaan kulit boleh berlaku.

3) Retinoid

Rawatan retinoid isotretinoin oral (Absorica, Amnesteem, Claravis, Myorisan dan Zenatane) dikhususkan untuk mereka yang mengalami masalah jerawat teruk (nodular atau cystic). Isotretinoin dapat menyusutkan saiz kelenjar minyak. Jadi, tanpa kelenjar minyak yang aktif, jerawat aktif akan berkurang. Walaupun demikian, kulit kering, kolesterol tinggi dan trigliserida, dan kecacatan kelahiran adalah antara kesan sampingan yang bakal berlaku. Wanita yang mengandung tidak digalakkan mencuba rawatan ini.

Semoga cara-cara merawat jerawat dengan berkesan ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Penyebab pigmentasi dan jeragat muka

Ramai yang risau dengan masalah pigmentasi dan tercari-cari apakah penyebab pigmentasi dan jeragat muka.

Sebenarnya, pigmentasi terjadi akibat daripada pendedahan secara berlebihan terhadap sinaran ungu matahari (UV). Kedua-dua UVA dan UVB akan merangsang pengeluaran melanin iaitu sejenis bahan gelap semulajadi yang dihasilkn oleh kulit. Penghasilan melanin ini menyebabkan kulit menjadi gelap dan tampak lebih tua dari usia sebenar.

Keburukan sinaran UV adalah ia menghasilkan radikal bebas di dalam kulit yang boleh menyebabkan kerosakan teruk pada sel-sel kulit. Radikal bebas ini berupaya memecahkan kolagen dan elastin dalam kulit kita yang mengakibatkan kedutan dan juga garis-garis halus.

Adalah disarankan agar menjaga kulit seawal usia 20-an agar risiko pigmentasi, tona kulit tidak sekata, kulit kusam, garis-garis halus dan kedutan dapat dikurangkan.

Pakailah sunblock/ sun protector setiap kali anda melangkah keluar dari rumah dan terdedah kepada sinaran UV. Ia adalah langkah melindungi kulit muka anda daripada penyebab pigmentasi dan jeragat muka.

Apa penyebab JERAWAT?

Ramai yang tidak suka dan mencari-cari penyebab utama kenapa jerawat muncul di muka.

Secara puratanya, jerawat banyak dikaitkan dengan genetik dan hormon yang tidak seimbang. Antara penyebab utama jerawat terjadi adalah:

♦ gaya hidup

♦pemakanan

♦pola tidur

♦stress

♦kebersihan

 

Sebenarnya kekurangan ASID LINOLEIK menyebabkan penghasilan jumlah sebum yang tinggi dan kulit berminyak. Jadi, apabila kulit tidak terkelupas seperti yang sepatutnya berlaku, sel-sel kulit mati akan berkumpul di bawah permukaan kulit dan di dalam liang pori.

Jadi, apabila sel-sel mati bercampur dengan minyak yang terperangkap dan menyebabkan liang pori tersumbat maka terjadilah bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih.

Sekarang anda sudah tahu penyebab utama jerawat, jadi bolehlah anda share di fb wall supaya anda tidak terlepas pandang info yang penting ini =)

Scroll To Top