aszulqa.com

SINGGANG IKAN/ Menu Diet Sihat

Bagi mereka yang sedang dalam tempoh diet, pasti risau apakah makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Kadangkala, sampai tidak tahu apa yang ingin dimasak dalam menu masakan setiap hari. 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

Resepi Kari Kepala Ikan Pekat Likat, Resipi Turun Temurun

Kari kepala ikan sentiasa di cari-cari di restoran mamak yang popular. Sepinggan kari kepala ikan boleh mencecah harga puluhan ringgit, bergantung pada saiz dan jenis ikan.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Ada pelbagai versi resepi kari kepala ikan seperti resepi kari kepala ikan azie kitchen, resepi kari kepala ikan che nom, resepi kari kepala ikan indian style, resepi kari kepala ikan mamak dan banyak lagi.

Kali ini kami akan kongsikan cara masak kari kepala ikan pekat likat, resipi turun temurun yang sedap hingga menjilat jari. Menu lazat untuk hidangan tengah hari mahupun hidangan makan malam resepi viral mudah dan sedap. Jika ada yang tanya, kari kepala ikan guna ikan apa? Untuk kali ini kami gunakan kepala ikan jenahak. Kepala ikan lain yang boleh diguna adalah seperti kepala ikan merah, kepala ikan tenggiri, kepala ikan salmon (hotel suka guna kepala ikan salmon) dan ikan-ikan lain yang bersesuaian.

 

BAHAN KISAR
-1 biji bawang merah besar
-2-3 ulas bawang putih
-1″ halia
-2 sudu besar rempah kari ayam
-3 sudu besar rempah kari ikan

BAHAN-BAHAN LAIN
-1 ketul kepala ikan kerabu
-1 sudu besar halba campur

-1 biji bwang merah besar (dihiris)
-2 ulas bawang putih (dihiris)
-2-3 tangkai daun kari
-1-2 sudu besar asam jawa (campur sedikit air, buang bijinya & jadikan pes)
-sedikit santan pekat
-bendi (ikut suka)
-tomato (*optional)

CARA MASAK
1.Masukkan halba campur dalam minyak

2.Masukkan daun kari & tumiskan hirisan bawang merah & hirisan bawang putih hingga layu
3.Kemudian masukkan bahan kisar
4.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
5.Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa & tambahkan air secukupnya
6.Masukkan garam bukit secukup rasa
7.Biarkan mendidih & masukkan kepala ikan kerapu dan biarkan ia masak
8.Setelah masak, terbalikkan sebelah lagi kepala ikan kerapu
9.Kacau perlahan-lahan supaya kepala ikan tak hancur
10.Apabila ikan sudah masak sekata, masukkan bendi
11.Biarkan beberapa saat sahaja kuah kari mendidih kemudian segera tutup api dan tutup dengan penutup periuk supaya bendi tak lembik
12.Siap dihidang!

Tips memasak kari kepala ikan sedap perlulah memastikan rempah yang ditumis betul-betul pecah minyak sebelum memasukkan air asam jawa dan air biasa. Jika rempah tidak pecah minyak, kuah kari akan terasa payau dan tidak sedap.

Seterusnya tips memasak kari kepala ikan supaya lebih sedap adalah dengan mencampurkan rempah kari ikan dengan rempah kari ayam. Campuran dua jenis kari ini akan menjadikan kuah kari lebih umphhh! Inilah resipi turun temurun yang sis amalkan.

SIAKAP KENGSOM: Menu Diet & Sihat

Ramai yang belum tahu lagi resepi ikan siakap masak kengsom sebagai menu diet yang sihat. Resepi siakap kengsom sebenarnya berasal dari Thailand yang memang terkenal dengan menu hidangan yang cukup rasa pedas & masamnya, memang menggiurkan. Tambahan lagi jika ibu mengandung yang suka menu yang masam sepanjang kehamilan, boleh mengidam dibuatnya jika tak dapat siakap kengsom ni.

 

 

Pertama kali terdetik rasa nak masak ikan siapa khengsom ni, bila ia selalu lalulalang di newsfeed fb. Boleh dibayangkan rasanya yang manis masam masin tu bila lihat hidangan ni lengkap dengan nenas, daun kesum & asam keping. Walaupun tak pernah rasa kat mana-mana kedai sebelum ni, keinginan nak rasa & masak sendiri tu membuak-buak, dah pulak memang kita ni peminat asam pedas. Ada yang kata, ikan siakap keongsom ni juga dikenali sebagai asam pedas siam.

Sayangnya siakap kengsom yang nak dimasak ni tiada nenas sebab stok kat dapur takde time nak nak masak. Tapi takpelah, kita masak je siakap kengsom ni tanpa nenas. Lain kali bila dah ada stok, kita cuba versi ada nenas pula. Cara buat siakap masak khengsom pun mudah & tidaklah renyah mana, malahan tak perlu tumis pun. Bila dah tak perlu tumis ni maknanya tak memerlukan masa yang lama, cepat dimasak sebab tak perlu nak tunggu masakan pecah minyak yang selalunya memakan masa yang lama.

Siakap masak kengsom sememangnya menu diet & sihat kerana masakan ini tidak menggunakan sebarang minyak masak untuk menumis, bertambah sihat lagi bila kita menggunakan ikan siakap. Lengkap juga dengan sayur kangkung.

 

 

BAHAN KISAR
-2 biji bawang besar merah
-6 ulas bawang putih
-1″ kunyit hidup
-9 tangkai cili kering

BAHAN LAIN
-2 batang serai diketuk
-1-2 asam keping
-seikat kangkung
-seikat daun kesum
-1-2 ekor ikan siakap (dipotong)

CARA MEMASAK
1.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
2.Tambahkan air secukupnya
3.Biarkan mereneh & masukkan serai yang telah diketuk bersama asam keping
4.Masukkan daun kesum & kacau sebati
5.Kemudian masukkan potongan ikan siakap, kacau perlahan-lahan bila perlu sahaja supaya ikan tidak hancur
6.Setelah ikan hampir masak, masukkan dulu batang kangkung kerana batangnya mengambil masa untuk lembut berbanding daun kangkung
7.Perasakan dengan garam bukit
8.Akhir sekali masukkan daun kangkung & kacau sebati hingga masak.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Scroll To Top