aszulqa.com

Buat Sendiri Sos Carbonara Homemade lebih Creamy tanpa prego, tanpa sos tin! ~ Menu Spaghetti

Buat Sendiri Sos Carbonara Homemade lebih Creamy tanpa prego, tanpa sos tin! Benda boleh buat sendiri, buat apa kita beli kan….lagipun menu spaghetti sos carbonara homemade ni lebih sihat tanpa sebarang pengawet seperti sos carbonara segera dalam tin atau balang kaca tu. Dahla lebih sihat, lebih jimat juga sebab boleh buat ikut kuantiti banyak mana yang kita nak.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Rahsia resepi spaghetti carbonara sedap terletak pada adunan bahan-bahannya. Resepi spaghetti carbonara sedap mestilah ada rasa lemak berkrim selalunya dari gabungan cheese dan susu. Bila buat sendiri sos carbonara, kita boleh adjust sendiri rasanya mengikut selera kita.

Resepi sos carbonara homemade ni tak susah manapun, semua orang boleh buat…cuma perlu sediakan bahan-bahannya sahaja. Selain itu kita boleh pelbagaikan bahan-bahan dalam sos carbonara homemade ni ikut kesukaan kita. Contohnya jika kita suka udang, kita boleh masukkan udang…jika suka daging boleh masukkan daging cincang. Resepi spaghetti carbonara yang menggunakan udang & daging meatball ada sis kongsikan di sini.

Untuk resepi sos carbonara homemade kalini sis akan gunakan bahan utamanya ayam. Jika kita tengok, banyak menu spaghetti carbonara yang menggunakan sosej @ hotdog….pun boleh je korang nak guna ikut selera masing-masing. Cuma sis memang sangat-sangat jarang beli sosej kat rumah ni, kalau boleh elak kita elakkanlah…sebab sosej bukan makanan yang sihat terutamanya untuk kanak-kanak. Kalau sekali-sekala tak mengapalah, jangan dibiasakan sangat sebab selalunya kanak-kanak memang suka makan sosej ni. Korang boleh je cari info sendiri tengok bagaimana sosej ni dihasilkan & daripada apa ia diperbuat & bolehlah dinilai sendiri. Pilihan di tangan masing-masing kan. Sis hanya menyampaikan je takut korang terlepas pandang.

 

Berbalik pada resepi spagheti carbonara homemade ni, selain ayam…bahan wajib selalu sis guna mestilah ada kena susu, cheese & cendawan shitake. Barulah sos carbonara homemade kita ni lebih creamy, lemak berkrim disukai ramai. Untuk memekatkan sos, sis tambahkan bancuhan tepung gandum. Spageti carbonara ni memang sedap lemak berkrim & tak pedas…anak-anak mesti suka! Tambahan sekarang ni musim lockdwon 3.0, anak-anak pula asyik ulang alik ke dapur je kerjanya….spagetti carbonara homemade boleh dijadikan menu pkp 3.0 @ menu lockdown 3.0 yang sentiasa evergreen =). Menu spaghetti ni memang mengenyangkan & resepi mudah!

Jom lihat bahan-bahan sos carbonara homemade
-mentega @ marjerin
-1 biji bawang holland (potong dadu)
-3 ulas bawang putih (potong dadu)
-1 cili merah (dihiris)
-cendawan shitake (dihiris)
-1 dada ayam (dihiris kecil)
-2 dada ayam
-2 cawan susu (susu segar @ susu tepung @ susu cair)
-2 sb tepung gandum + sedikit air
-2 cheese keping
-black pepper @ serbuk lada hidam
*optional- parmesan cheese

 

Tutorial cara masak sos carbonara homemade klik video bawah

Cara buat sos carbonara homemade
1.2 keping dada ayam dihiris dua bahagian kemudian lumurkan garam & black pepper
2.panaskan sedikit minyak & masak dada ayam kemudian ketepikan
3.panaskan mentega @ marjerin kemudian masukkan cendawan shitake
4.bila cendawan shitake dah layu bolehlah diangkat & ketepikan dahulu
5.panaskan butter & masukkan hirisan ayam
6.kemudian tumiskan bawang holland, bawang putih & cili merah hingga layu
7.masukkan susu
8.masukkan cendawan shitake
9.perasakan dengan garam bukit
10.masukkan bancuhan tepung gandum
11.masak hingga mendidih
12.masukkan cheese keping
13.masukkan serbuk black pepper
14.kacau sebati & boleh tutup api
15.waktu hidangkan sos carbonara bersama spageti, untuk lebih sedap boleh taburkan parmesan cheese ke atas sos….memang yumeh!

 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
FB Page (klik like & follow)
FB Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Boleh juga lihat video tutorial sos carbonara buat sendiri sini!

Scroll To Top