aszulqa.com

CHEESEKUT OREO 4 Bahan Sahaja: Resepi Cheesekut Viral

CHEESEKUT OREO yang mudah dan sedap, hanya menggunakan 4 Bahan Sahaja: Resepi Cheesekut Viral yang menjadi kesukaan ramai.

Tengok gambar pun dah menggoda kan! YA…memang sedap cheesekut oreo ni. Cara buat cheesekut oreo ni pun senang sangat, tanpa mixer, tanpa oven juga tanpa gelatin…hanya perlukan blender dan peti sejuk. Tapi kalau taknak guna blender, pakai whisker je pun boleh…dan kalau taknak simpan dalam peti sejuk, lepas siap nak terus makan cheesekut oreo ni pun boleh. senang bukan?!

Lebih mudah faham jika lihat video tutorial cara buat cheesekut oreo kat bawah:

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Musim lockdown 3.0 ni, walaupun duduk rumah tetap sibuk jugakan dengan Work From Home (WFH)…mana nak pantau anak-anak PDPR lagikan. Kalau boleh tu nak cari resepi yang paling mudah & paling simple dibuat…..haaaa! resepi cheesekut viral ni memang sangatlah sesuai dibuat untuk seisi keluarga, tak sampai setengah jam pun dah siap ni…senangnya lahaiii

 

 

Bayangkan sambil WFH, sambil suap sesudu dua cheesekut oreo ni masuk mulut…nyummmmm! hilang kejap stress bekerja. Anak-anak pun bila dah dapat cheesekut oreo ni tak bising dah mulut cakap…lapar, lapar.

Tapi mungkin perkataan lain pula disebutnya
“nak lagi…nak lagiiiiiii”…….he he heee, kena standby buat 2,3 adunan lah baru puas makan gitu.

OK, jom tengok 4 bahan cheesekut oreo & cara buat  cheesekut oreo resepi viral mudah dan sedap ni…

 

 

BAHAN-BAHAN Cheesekut Oreo
1] 250g cream cheese
2] 1/2 cawan fresh milk (boleh guna jenama apa pun)
3] 1/3 cawan susu pekat manis (boleh adjust ikut tahap kemanisan yang disukai)
4] 2 peket oreo

 

 

A] ADUNAN CREAM CHEESE
-blenderkan cream cheese + fresh milk + susu pekat manis ikut sukatan yang diberi di atas

B] OREO
-1 1/2 peket oreo dibuang inti ditengah kemudian dihancurkan (boleh guna blender kering atau tumbuk atau ramas guna tangan jika larat)…simpan 1/2 peket lagi jangan dihancurkan untuk di buat topping nanti

 

-Lapiskan cream cheese

 

 

-Kemudian lapiskan pula oreo hancur…ulangi proses melapis hingga habis

 

 

-atas cream cheese taburkan sedikit oreo hancur dan letakkan sekeping oreo sebagai topping

 

 

 

-dah siap ni kalau nak lebih sedap boleh simpan di dalam peti sejuk dahulu

 

 

-tapi kalau dah tak sabar…boleh je terus NGAP!

Selamat mencuba.
Boleh je share kat wall korang supaya senang nak refer kelak, nanti takdelah hilang bila dah datang mood nak buat cheesekut oreo ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 5 =

Scroll To Top