aszulqa.com

SIAKAP KENGSOM: Menu Diet & Sihat

Ramai yang belum tahu lagi resepi ikan siakap masak kengsom sebagai menu diet yang sihat. Resepi siakap kengsom sebenarnya berasal dari Thailand yang memang terkenal dengan menu hidangan yang cukup rasa pedas & masamnya, memang menggiurkan. Tambahan lagi jika ibu mengandung yang suka menu yang masam sepanjang kehamilan, boleh mengidam dibuatnya jika tak dapat siakap kengsom ni.

 

 

Pertama kali terdetik rasa nak masak ikan siapa khengsom ni, bila ia selalu lalulalang di newsfeed fb. Boleh dibayangkan rasanya yang manis masam masin tu bila lihat hidangan ni lengkap dengan nenas, daun kesum & asam keping. Walaupun tak pernah rasa kat mana-mana kedai sebelum ni, keinginan nak rasa & masak sendiri tu membuak-buak, dah pulak memang kita ni peminat asam pedas. Ada yang kata, ikan siakap keongsom ni juga dikenali sebagai asam pedas siam.

Sayangnya siakap kengsom yang nak dimasak ni tiada nenas sebab stok kat dapur takde time nak nak masak. Tapi takpelah, kita masak je siakap kengsom ni tanpa nenas. Lain kali bila dah ada stok, kita cuba versi ada nenas pula. Cara buat siakap masak khengsom pun mudah & tidaklah renyah mana, malahan tak perlu tumis pun. Bila dah tak perlu tumis ni maknanya tak memerlukan masa yang lama, cepat dimasak sebab tak perlu nak tunggu masakan pecah minyak yang selalunya memakan masa yang lama.

Siakap masak kengsom sememangnya menu diet & sihat kerana masakan ini tidak menggunakan sebarang minyak masak untuk menumis, bertambah sihat lagi bila kita menggunakan ikan siakap. Lengkap juga dengan sayur kangkung.

 

 

BAHAN KISAR
-2 biji bawang besar merah
-6 ulas bawang putih
-1″ kunyit hidup
-9 tangkai cili kering

BAHAN LAIN
-2 batang serai diketuk
-1-2 asam keping
-seikat kangkung
-seikat daun kesum
-1-2 ekor ikan siakap (dipotong)

CARA MEMASAK
1.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
2.Tambahkan air secukupnya
3.Biarkan mereneh & masukkan serai yang telah diketuk bersama asam keping
4.Masukkan daun kesum & kacau sebati
5.Kemudian masukkan potongan ikan siakap, kacau perlahan-lahan bila perlu sahaja supaya ikan tidak hancur
6.Setelah ikan hampir masak, masukkan dulu batang kangkung kerana batangnya mengambil masa untuk lembut berbanding daun kangkung
7.Perasakan dengan garam bukit
8.Akhir sekali masukkan daun kangkung & kacau sebati hingga masak.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Scroll To Top