aszulqa.com

kerabu pucuk paku menu diet sihat

Wanita dan diet tidak dapat dipisahkan. Mesti ramai di antara kita yang sedang ber diet, cuba ber diet ataupun pernah ber diet atas banyak sebab. Faktor paling banyak orang ingin berdiet adalah untuk kurus, namun tidak kurang juga yang ber diet untuk sihat tubuh badan.

Read more

resepi perap ayam bakar @ ayam grill yang sungguh menggiurkan!

Resepi perap ayam bakar yang mudah dan sedap sentiasa dicari-cari tidak mengenal musim. Ayam bakar resepi yang sentiasa ‘evergreen’ baik untuk hidangan harian, musim perayaan ataupun untuk pergi berkelah @ piknik. Resepi ayam bakar sememangnya mudah disediakan dan bahan-bahannya juga agak simple, sesuai juga untuk menu diet sihat. Cuma jika untuk menu diet, tidak perlulah letak butter @ mentega, memadai dengan sapuan sedikit minyak sawit supaya ayam tidak hangit. Boleh tonton resepi ayam bakar menggiurkan seperti di bawah:

SINGGANG IKAN/ Menu Diet Sihat

Bagi mereka yang sedang dalam tempoh diet, pasti risau apakah makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Kadangkala, sampai tidak tahu apa yang ingin dimasak dalam menu masakan setiap hari. 

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

Resepi Ikan Siakap Singgang Kelantan

Resepi Ikan Singgang sangat sesuai sebagai menu diet sihat, menu berpantang, menu masakan harian, menu berbuka puasa dll.

Jika ditanya ikan siakap masak apa sedap?
Selain dibuat siakap stim lemon, ikan siakap juga sangat sedap dimasak singgang ikan Kelantan. Masak singgang ikan siakap Kelantan ini boleh menjadi pembuka selera menu masakan harian jika dimakan bersama dengan budu mahupun sambal belacan. Juga boleh menjadi menu pembuka selera untuk orang demam yang tidak sedap mulut. Resepi singgang ikan siakap sebagai lauk berkuah adalah masakan simple tapi sedap, sangat senang dimasak even orang bujang pun boleh masak ni.

 

Selain ikan singgang siakap, antara ikan lain yang sedap dibuat singgang seperti singgang tongkol, singgang tenggiri, singgang kembung, singgang selar dll.

BAHAN-BAHAN ikan siakap singgang kelantan
-2 ekor ikan siakap
-4 inci lengkuas
-10 ulas bawang putih
-2 asam keping
-3 tangkai cili kering
-9 batang bendi

AYAM TANDOORI Lembut & Juicy

Resepi Ayam Tandoori, ayam bakar dari koleksi resepi ayam…kini tiada lagi rahsia cara buat ayam tandoori macam kat kedai mamak atau restoran. Resepi viral mudah dan sedap ayam tandoori, cara masak tandoori di rumah ini sangat mengujakan jika korang cuba masak sendiri ayam bakar ni kat rumah.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Resepi ayam bakar tandoori ini juga boleh dijadikan menu diet sihat. Ini adalah antara resepi ayam dari menu diet sihat yang sedap & berbaloi untuk dimasak sendiri. Resepi ayam tandoori, ayam bakar ini tidak menggunakan kaedah goreng, hanya kaedah bakar ayam. Berbaloi untuk korang cuba cara buat ayam tandoori sendiri kat rumah sebab korang boleh makan ayam tandoori fresh yang lembut dan juicy. Tidak seperti di kebanyakan kedai mamak yang ayam bakar tandoorinya sudah tidak juicy & kering kerana sudah dipanaskan berkali-kali.

 

Ayam tandoori lembut & juicy ni terasa nikmatnya bila dimakan bersama dengan perahan lemon & hirisan bawang. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya….ayam tandoori makan dengan apa?

Boleh sahaja dimakan dengan nasi putih, nasi briyani, nasi arab…apa sahaja nasi yang sesuai dengan selera anda. Kalau taknak makan dengan nasi, sedap dimakan bersama dengan roti naan macam kedai mamak tu.

 

BAHAN PERAPAN & KISAR
?15-17 ulas bawang putih
?3 inci halia
?1 sb garam masala
?1 sb cili kisar@ serbuk cili
?1 sb serbuk kunyit
?1 sb jintan manis
?1 sb lada hitam
?1 bekas yogurt asli (130g)
?1/2 bj lemon
?pewarna merah
?garam
?peha ayam

Cara buat ayam tandoori
?Blenderkan kesemua bahan kemudian perapkan dengan ayam semalaman
?Esoknya boleh bakar guna pemanggang, oven atau air fryer
?Hidang bersama hirisan lemon & bawang merah
?Nak makan nanti pandai-pandailah korang nak makan camane…makan saje pun sodap, makan ngan nasi putih, nasi briyani pun boleh atau kawankan ngan roti Nan macam kedai mamak pun terangkat jugak ni !! Eh, pandai koranglah…

Klik sini untuk tutorial cara masak ayam tandoori.

Resepi Ayam Tandoori sedikit berbeza rempahnya bersama SOS PUDINA klik sini. 

………………………………………………………………………

TANDOORI CHICKEN Marination INGREDIENTS
?15-17 cloves garlic
?3 inch ginger
?1 tbsp masala
?1 tbsp chili paste @ chili powder
?1 tbsp turmeric powder
?1 tbsp cumin seeds
?1 tbsp black pepper
?130g yogurt
?1/2 lemon
?red food coloring
?salt
?chicken thighs

HOW TO MAKE TANDOORI CHICKEN at home?
1.Blend all the ingredients then marinate with the chicken thighs overnight.
2.Grilled the chicken & its ready to be served!

 

 

SIAKAP KENGSOM: Menu Diet & Sihat

Ramai yang belum tahu lagi resepi ikan siakap masak kengsom sebagai menu diet yang sihat. Resepi siakap kengsom sebenarnya berasal dari Thailand yang memang terkenal dengan menu hidangan yang cukup rasa pedas & masamnya, memang menggiurkan. Tambahan lagi jika ibu mengandung yang suka menu yang masam sepanjang kehamilan, boleh mengidam dibuatnya jika tak dapat siakap kengsom ni.

 

 

Pertama kali terdetik rasa nak masak ikan siapa khengsom ni, bila ia selalu lalulalang di newsfeed fb. Boleh dibayangkan rasanya yang manis masam masin tu bila lihat hidangan ni lengkap dengan nenas, daun kesum & asam keping. Walaupun tak pernah rasa kat mana-mana kedai sebelum ni, keinginan nak rasa & masak sendiri tu membuak-buak, dah pulak memang kita ni peminat asam pedas. Ada yang kata, ikan siakap keongsom ni juga dikenali sebagai asam pedas siam.

Sayangnya siakap kengsom yang nak dimasak ni tiada nenas sebab stok kat dapur takde time nak nak masak. Tapi takpelah, kita masak je siakap kengsom ni tanpa nenas. Lain kali bila dah ada stok, kita cuba versi ada nenas pula. Cara buat siakap masak khengsom pun mudah & tidaklah renyah mana, malahan tak perlu tumis pun. Bila dah tak perlu tumis ni maknanya tak memerlukan masa yang lama, cepat dimasak sebab tak perlu nak tunggu masakan pecah minyak yang selalunya memakan masa yang lama.

Siakap masak kengsom sememangnya menu diet & sihat kerana masakan ini tidak menggunakan sebarang minyak masak untuk menumis, bertambah sihat lagi bila kita menggunakan ikan siakap. Lengkap juga dengan sayur kangkung.

 

 

BAHAN KISAR
-2 biji bawang besar merah
-6 ulas bawang putih
-1″ kunyit hidup
-9 tangkai cili kering

BAHAN LAIN
-2 batang serai diketuk
-1-2 asam keping
-seikat kangkung
-seikat daun kesum
-1-2 ekor ikan siakap (dipotong)

CARA MEMASAK
1.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
2.Tambahkan air secukupnya
3.Biarkan mereneh & masukkan serai yang telah diketuk bersama asam keping
4.Masukkan daun kesum & kacau sebati
5.Kemudian masukkan potongan ikan siakap, kacau perlahan-lahan bila perlu sahaja supaya ikan tidak hancur
6.Setelah ikan hampir masak, masukkan dulu batang kangkung kerana batangnya mengambil masa untuk lembut berbanding daun kangkung
7.Perasakan dengan garam bukit
8.Akhir sekali masukkan daun kangkung & kacau sebati hingga masak.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Scroll To Top