aszulqa.com

apam pisang gebu dan lembut

Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi boleh dijadikan bahan asas kuih muih tradisional Melayu yang pelbagai. Pisang emas sangat enak dibuat kuih. Antaranya ialah apam pisang yang gebu dan lembut.

Resepi apam pisang gebu oleh Mas Cotek ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
2 sdt soda bikarbonat
ayak semua bahan

BAHAN B
1 1/2 cawan pisang emas yang dilenyek
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula pasir
3 biji telur
1 sdt esen pisang (opah tak letak pun)
1 sdt perahan limau nipis
blend semua bahan kecuali pisang sehingga
sebati (nak blend sekali pun boleh)
p/s**minyak jagung boleh gantikanĀ dengan minyak masak

Cara buat apam pisang:
1.Satukan Bahan A dan Bahan B
2.Gaul hingga sebati
3.Masukkan 3/4 adunan keĀ dalam acuan yang telahdisapu sedikit minyak
4.Kukus selama 20 minit
5.Siap dihidangkan
** Adunan di atas menghasilkan 40 biji apam pisang

Kredit Resepi : mas cotek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven − 1 =

Scroll To Top