aszulqa.com

resepi biskut mudah 3 bahan, biskut arab suji legend!

Mendengarkan bahan-bahan biskut raya seminima 3 bahan sahaja, pasti ramai yang teruja untuk mengikuti resepi biskut mudah 3 bahan ini. Ini adalah resepi biskut raya simple dan popular saban tahun.

Read more

biskut arab susu gebu dan cair di mulut

Antara biskut raya paling mudah dan cepat ialah biskut arab. Untuk lebih rasa sedap, biskut arab susu menjadi pilihan. Bila buat sendiri lebih puas hati makan rasa lemak berkrim, gebu dan cair di mulut.
Resepi biskut arab susu perkongsian Liz Ommar telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
bahan-bahan:
1 cawan minyak sapi 
3 sudu gula kastor
1 cawan susu tepung
3 cawan tepng gandum (diayak)
Cara buat biskut arab susu:
1.Satukan minyak sapi, gula kastor dan susu tepung.
2.Gaul guna senduk sampai sebati.
3.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4.Uli sampai jadi doh lembut yang boleh dibentuk.
5.Bentukkan bulat-bulat
6.Bakar suhu 150°c selama 10minit
Bahan salut:
Gula aising 1 cawan
Susu tepung 1 cawan.
*Campur kedua-dua bahan. Bila biskut dah sejuk bolehlah disalutkan.
Kredit: Liz Ommar
 
 

Read more

biskut cornflakes lebih sedap bila ditambah coklat cips

Resepi biskut cornflakes crunchy chocolate chips adalah versi reepi biskut cornflakes yang lebih sedap. Kebiasaannya apabila tiba hari raya ramai yang mencari resepi biskut cornflakes sukatan cawan.

Read more

resepi biskut kacang hijau, biskut raya simple tapi digemari ramai

Resepi biskut raya sukatan cawan sering menjadi pilihan ramai kerana mudah untuk diikuti dan tidak memerlukan alat penimbang untuk menghasilkan biskut raya simple. Biskut mazola atau biskut kacang adalah antara biskut lama yang legend dan masih lagi ramai peminatnya hingga ke hari ini. Walaupun bukan musim perayaan, biskut kacang ini senang untuk dibuat kudapan dan juga senang didapati di pasaraya yang menjualnya.

Read more

cara buat stok cili kisar homemade dan petua cili kisar tahan lama

Cara buat stok cili kisar homemade adalah sangat mudah dan boleh disimpan lama jika betul caranya. Stok cili kisar serbaguna ini memudahkan kerja para ibu untuk memasak mee goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, ibu sambal, sambal nasi lemak dan sebarang jenis sambal lain, asam pedas, ayam masak merah, kari dan 1001 masakan lainnya.

Read more

resepi kaya pandan homemade

kaya pandan memang sedap dimakan bersama roti. Selain dibuat jem kaya pandan, ianya juga sedap dimakan sebagai pencicah kuih cakoi. Jika selama ini kita selalu beli jem kaya pandan ‘readymade’ apa kata kita cuba kaya pandan ‘homemade’ pula.
Read more

RESEPI TTEOKBOKKI makanan korea viral macam dalam K-Drama

Sejak akhir-akhir ini K-Drama sangat diminati rakyat Malaysia terutamanya generasi Z. K-Drama bukan sahaja mempengaruhi gaya fesyen, gaya hidup malahan makanan Korea turut digilai gen Z. Melihatkan kesedapan makanan Korea yang ditonton dalam filem dan drama Korea ramai yang turut mencuba dan menyukainya.

Read more

ROTI PISANG COKLAT…idea menu sarapan/ minum petang mudah

Roti gardenia putih memang enak dimakan begitu sahaja. Namun, ada masanya roti gardenia tidak habis dimakan. Maka ramai yang mencari idea dengan roti gardenia lebih nak buat apa?

Jika sebelum ini kita biasa buat roti cheese, roti sosej, roti telur…apa kata kali ini cuba resepi roti pisang coklat olahan Dr. As Zulqa. Resepi roti gardenia untuk sarapan atau untuk minum petang ini hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Boleh gandakan kuantiti bahan untuk dapatkan lebih banyak roti pisang coklat.

Resepi roti pisang coklat:

Bahan-bahan:
3 keping roti gardenia putih
2 biji pisang berangan
marjerin secukup rasa
gula secukup rasa
coklat cip secukup rasa


Cara buat roti pisang coklat:
1. Potong pisang seperti dalam video
2. Sapu marjerin depan dan belakang roti keping pertama
3. Taburkan gula pada sebelah keping roti kemudian nyalakan api perlahan dan mula membakar sebelah keping roti yang disapu gula
4. Sebelah roti lagi susunkan potongan pisang
5. Taburkan coklat cip ke atas pisang
6. Ambil roti keping kedua dan sapukan marjerin kedua-dua belah roti
7. Letakkan ke atas keping roti pertama
8. Kemudian susun potongan pisang ke atas keping roti kedua
9. Selepas itu taburkan coklat cip
10. Ambil kepingan roti ketiga dan ulang sapu marjerin pada kedua-dua belah roti
11. Letakkan ke atas roti kedua
12. Kemudian taburkan gula pada kepingan roti paling atas
13. Perlahan-lahan terbalikkan kesemua roti
14. Bakar roti hingga keperangan
15. Siap!

Read more

kek lumut resepi viral mudah dan sedap

Bulan Ramadan 2023 bakal tiba dalam masa beberapa bulan lagi. Apabila tibanya bulan Ramadan ramai yang teruja mencuba resepi masakan baru untuk juadah berbuka puasa seisi keluarga. Di samping resepi bulan Ramadan, resepi hari raya juga bakal popular di pertengahan bulan puasa.
 

Read more

Apam lenggang lemak manis

Apam lenggang lemak manis, resepi kuih kampung simple ini sedap dibuat sarapan pagi pagi mahupun minum petang. Resepi apam lenggang lemak manis perkongsian Wirawati Negara ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
 

Read more

Scroll To Top