Kuih koleh kacang hijau tahi minyak adalah kuih lama dan kuih muih tradisional Melayu yang sangat sedap dan semakin tidak dikenali oleh generasi Z. Ini kerana kuih koleh kacang hijau semakin susah didapati dan tidak ramai peniaga yang menjualnya sekarang.
kuih muih as zulqa
apam pisang gebu dan lembut
Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi boleh dijadikan bahan asas kuih muih tradisional Melayu yang pelbagai. Pisang emas sangat enak dibuat kuih. Antaranya ialah apam pisang yang gebu dan lembut. Read more
resepi apam gula merah, simple tapi sedap
Kuih apam adalah antara resepi kuih muih tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Resepi apam susu, resepi apam polkadot, resepi apam lenggang dan resepi apam kampung adalah antara resipi apam yang popular.
lompat tikam viral RM1 di pasar berek 12
Percayakah anda masih wujud kuih berharga RM1 sebungkus di tahun 2023 ini? Kuih yang dimaksudkan ialah kuih lompat tikam yang sememangnya sinonim dengan Kelantan.
Kuih lompat tikam RM1 sebungkus ini masih boleh didapati di Pasar Berek 12, Kota Bharu, Kelantan. Alangkah beruntungnya penduduk Kelantan kerana masih dapat menikmati kuih muih sedap dengan harga yang tersangat murah, jika di Lembah Klang ini memang sudah tidak wujud harga ini…sebiji kuih sahaja pun sudah berharga 80 sen inikan pula sebungkus kuih yang ada 4 jenis bahan berlainan.
pancake gebu viral, kuih moden boleh buat sendiri kat rumah
lompat tikam kelantan viral
Jika anda peminat kuih muih Melayu, anda pasti terliur melihat kuih lompat tikam viral Berek 12 Kelantan yang tular sejak kebelakangan ini. Berita baiknya, kini anda boleh buat sendiri kuih lompat tikam viral ini kat rumah menggunakan resepi kuih lompat tikam sukatan cawan. Walaupun ada 4 jenis bahagian kuih yang anda perlu sediakan untuk lompat tikam, tapi percayalah ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan.
Ramai juga yang tertanya-tanya lompat tikam asal daripada mana dan kenapa ia dinamakan begitu. Mendengarkan namanya yang menakutkan seperti tidak sepadan dengan kuihnya yang sedap berlemak manis. Menurut sejarah kuih lompat tikam ini berasal dari kerajaan Mahapahit. Kerajaan Majapahit ingin mempersembahkan kuih ini kepada Kerajaan Kelantan sekitar tahun 1700. Sewaktu dayang-dayang ingin mempersembahkan kuih ini kepada Sultan Kelantan, malangnya salah seorang dayang tersadung pada bendul di Istana, lalu melompatlah Sultan kerana terkejut dan tertikam dayang itu. Disebabkan peristiwa itu, Sultan Kelantan dengan rasminya menamakan kuih itu sebagai kuih lompat tikam.
Boleh share dahulu resepi lompat tikam Kelantan ini kat wall fb anda. Apabila bulan puasa tiba pasti berguna resepi kuih muih Melayu seperti ini. Tidak perlu lagi nak bersesak di bazaar Ramadhan, jimat masa, tenaga dan duit. Pasti puasa hati dapat buat sendiri kuih sedap ini dan jamu seisi keluarga.
kuih butir nangka sukatan cawan_Kuih tradisional melayu yang mudah
Kuih butir nangka adalah antara kuih tradisional Melayu yang mudah. Jika anda ada masa kurang setengah jam lagi untuk berbuka puasa, anda boleh cuba buat kuih butir nangka ini untuk berbuka puasa. Aromanya yang harum semerbak memang membangkitkan selera. Resepi kuih muih yang mudah dan cepat sebegini patut anda cuba.
resepi waffle rangup dan lembut, sempurna kejadiannya!
Waffle rangup dan lembut semestinya sedap dan boleh buat kita teringat-ingat apabila membelinya di kedai. Anda hanya memerlukan acuan waffle untuk membuat sendiri waffle kat rumah. Cara buat waffle sebenarnya sangatlah mudah kerana kesemua bahan-bahan dibancuh sekali sehingga sebati sebelum di masak dia dalam acuannya.